Archive for 20 April 2009

donlod..

mcm gampang ejaan..tapi tu la download dalam bahasa melayu..donlod..haha..

saya baru membeli satu akaun rapidshare daripada rakan saya amin polimer yang masih lagi meneruskan karier sebagai pelajar master di kampus kejut usm..terima kasih bro kerana membawa aku ke jalan yang benar..semoga anda sentiasa diberkati dan sentiasa berada dalam lingkungan orang2 yang kaki internet..

dengan adanya akaun tu, bolehlah saya mendonlod sesuka hati dari internet terutamanya cerita prison break dan gossip girl yang saya ikuti sejak 1st year di usm lagi..sangat gembira sampai rasa macam nak gigit papan tanda taman gembira kat jalan masuk taman saya tu..sangat gembira sampai rasa macam nak bersalaman dengan setiap bangla di keliling sambil berkata,”berapa..? baru lama..? hijau..? terima kasihhh..”

rasa sangat gembira sampaikan queue donlod saya terus ada 10 file yang berterusan..yang paling seronok, bila saya off komputer nanti pun, dia masih boleh resume donlod..tak macam sebelum ni yang saya pulun dengan membiarkan komputer on sepanjang hari..memanglah bil elektrik jadik dekat rm200..hilang akal apa..

tapi hakikatnya, saya mengambil pelan streamyx yang paling murah jadik kualiti donlodnya agak mendukacitakan..dengan kelajuan cuma 384kb..saya terasa bagaikan mahu bcabut wayar telefon pastu ikat kat leher dan gantung diri..kadang2 tensen juga..

adakah perlu upgrade kepada pelan yang lebih baik..? tapi lebih baik operasi bermakna lebih duit..dan lebih duit bermakna lebih belanja..

apa2 pun, saya sudah gembira dengan adanya barang baru yang diperkenalkan dalam hidup saya..tq..^^

fikir2 kan..dan selamat beramal..

eh..bukan2..fikir fikirkan..dan selamat mendonlod~