Pinjaman PTPTN dihentikan selepas 2013?

yeah..they kid u not..they will be no PTPTN in the future..however, still it’s in a “discussion” mode..everything can be changed and discussed..

hurmm..kalau nak ikutkan, kalau saya seorang pemberi pinjam pun, tak lalu saya nak tanggung hutang yang orang tak nak bayar..bukan sorng dua..even bukan 100 atau 200 orang..even bukan 1000 atau 2000 orang..tapi berpuluh puluh ribu orang berhutang dengan saya..gila..

im stil not sure kenapa masih ada orang yang susah nak bayar..in the end i realize that actually there are not capable to pay..mereka sangat KURANG BERKEMAMPUAN untuk membayarnya..

ketidak mampuan seseorang daripada segi kewangan adalah subjektif..mereka yang belajar guna wang PTPTN, menjadi pandai kemudian menjadi hebat dalam kerjaya, let’s say salary 3k sudah pasti tak mampu bayar PTPTN kalau sudah pakai kenderaan peugeot 5008, sudah ada pakej Blackberry sebulan Rm250..sudah ada unifi sebulan Rm249..sudah ada sebuah rumah sewa duduk sorang2 sebulan RM500..even mereka yang bergaji Rm3k juga tidak akan mampu bayar PTPTN tersebut jika menonton cerita yang ditayangkan di pawagam tanpa gagal..

jadi..macam mana mereka nak bayar hutang PTPTN..?

selain ketidakmampuan, NILAI wang juga memberi satu impak yang mereka tidak mahu bayar pinjaman tersebut..bayangkan dengan gaji Rm3k..tolak EPF, SOCSO, zakat, apa benda segala bagai, cincai jadi Rm2.6k..dalam 2.6k tu lah nak maintain kenderaan, nak maintain rumah, nak maintain gadis2, nak maintain lifestyle..so jika kena keluarkan Rm100 hingga Rm200 sebulan untuk sesuatu yang kelihatan tak berhasil merupakan satu perkara yang sukar..dalam keadaan melihat Rm100/Rm200 tu didermakan begitu sahaja tanpa hasil, macam mana mereka nak bayar hutang PTPTN..?

however..there should be another case bila kita patut anggap kita BERHUTANG..

zaman ketika belajar merupakan zaman yang sangat best dan sangat enjoy..i believe most of us will not think for another second if they want to return to their ‘student life’..they will i’ so sure of that..siapa yang tak nak hidup dengan bebas..dengan kawan2..dengan segala macam perkara baru yang kita dapat belajar..dengan segala macam keseronokan yang kita akan hilang apabila melangkah keluar daripada kampus..masa2 ‘student life’ itu sangat BERNILAI..

however..adalah lebih bernilai jika kita melihat kembali keseronokan kita di kampus itu datangnya daripada apa..wang penentu segalanya kan..dan berapa ramai daripada kita yang bila wang PTPTN masuk je, terus pergi makan besar..terus pergi jalan2..ada juga yang bengap sikit, terus beli handset yang ribu2 harganya sedangkan keperluan ketika itu adalah sangat minimum berbanding pelajaran..

dan bila mana kita dah guna wang PTPTN tu untuk perbelanjaan, untuk makanan yang dah jadik darah daging..untuk minuman yang telah ditukar kepada tenaga menjadikan kita kekal sihat sampai sekarang..untuk pembelian buku2, ilmu yang memenuhi dada..untuk perbelanjaan kenderaan yang membawa kita ke kuliah tanpa kemalangan dan kegagalan..kenapa kita mesti buat tak tahu dengan sumbangan yang kita SUDAH pun guna..? kenapa kita mesti rasa ‘tidak perlu’ sedangkan ketika itu, tidak akan ada siapa pun yang akan bagi kita perbelanjaan seperti apa yang PTPTN sudah sediakan..?

banyak orang komplen yang PTPTN ni ada riba’ lah..sepatutnya bagi pinjaman with zero interest lah apa lah..so terus rasa tak nak bayar sebab kononnya takut jadi sebahagian api neraka kerana menyokong riba’..

pathetic i supposed..

coz in the country namely Malaysia, sedar atau tidak, pinjaman pendidikan merupakan pinjaman yang paling murah kos perkhidmatannya berbanding perkara lain..dan jika kita sudah tamat belajar dan sudah patut mula membayar, pinjaman pendidikan juga merupakan pinjaman yang paling linean dan paling ‘malas nak amik port’..cuma tulis surat kita belum bersedia nak bayar kerana masih menganggur, dan kita akan dapat penangguhan pembayaran..try buat kat kereta dengan rumah tengok..tau2 je kena tarik nanti..PTPTN juga antara pinjaman yang simple..walaupun ikut pakej kena bayar RM200 atau Rm300 sebulan..tapi jika kita bayar kurang Rm200 pun, tak eprnah dapat surat PTPTN yang kita ni tertunggak bayarannya..

kalau dulu 5%, memang lah macam riba’ sebab banyak sangat..kemudian dikurangkan 3%..dikira kos perkhidmatan..sudahnya sapa nak bayar gaji2 kerani yang uruskan data2 tu semua..? kemudian dah jadi 1%..tu pun ada orang kata (termasuk saya) tak berbaloi sebab tak banyak beza..

then i realize once again, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

kalau rasa nak bayar tu, bayarlah..tapi kalau rasa tak nak bayar, terpulanglah..tapi jangan kutuk gomen pulak nanti akan datang takde pinjaman pelajaranlah..kos pendidikan terlalu tinggilah..kos sara hidup meningkat lah..menjadikan anak anak kita bodoh nak mampus sebab tak dpat masuk universiti kerana takde pinjaman yang sesuai..

cuma bangsa kita je sibuk meniaga pisang goreng di simpang jalan, tak berkembang dan kena roboh dengan bandaran sebab takde lesen, lepas tu menangis tak berlagu cakap takde duit untuk anak2..bangsa lain meniaga tepi jalan, kemudian beli kedai, kemudian go kreatif dengan pelbagaikan produk, kemudian dah bersedia untuk menongkah arus hidup 50 tahun akan datang..

jadi kalau pinjaman pendidikan tu dah takde, macam mana nak pastikan anak2 kita berjaya..? masuk MLM..? tu lagi fucking shit punya idea..

Advertisements

3 responses to this post.

  1. sy SOKONG!!!!!!!!!!!!!!!!! sy meluat betul ngan org yg menyalahkan org lain or benda lain utk hal ptptn nih… bising ke langit ke tujuh pasal bunga lah, riba lah.. tp hakikatnyer pokok nyer pun blom start dibayar.. sy dulu start bayar dgn rm20.00 je sbln.. keje pun promoter je dulu.. smpi mcm tu, sbb dh tau hutang tu wajib dibayar.. sibuk sgt persoalkan dosa org bg riba, tp dosa sendiri tak byr hutang? hutang kereta or rumah tak plak bising interest byk even bendanyer still hak bank? yg loan ptptn ni dh tentu ilmu dh jd milik kiter dh pun… THANKS LAH KELUARKAN STATEMENT2 YG TURUT TERBUKU DLM HARI NIH… ORG TAK BERSYUKUR, MCM TULAH… walau ilmu penuh didada, tp hati tetap tak zuhud, baik jgn pung pang2 mengkritik… sekian.. sorry terpanjang plak komen.. geram giler..

    Balas

  2. Posted by AzamHassan on Januari 3, 2012 at 8:27 am

    xpe2..luahkan2..memang kat opis saya pun ada yang dah kerja above 5 years dan salary 4 5k..tapi masih lagi tak nak bayar ptptn even 100 sbulan..pelik kan..

    Balas

  3. Posted by dasgf on Jun 26, 2013 at 4:21 pm

    UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

    1. BUNGA “UJRAH” YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

    2. JUMLAH BUNGA “UJRAH” YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR…..ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.

    MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: