Baucar Buku 1Malaysia..Jual!

it’s a good effort for me from the government..but for haters, “alaaa..ni gula2 je semua ni..gomen masih fucked up dengan altantuya dan lembu2nya..pembangkang lebih mulia sebab semua orang pakai kopiah dan peliwat tu ketua kami..blah lah gomen..dah lah kapir..”

yeah..we live in all kind of haters rite..and it will never fades..

 

Baucar Buku 1Malaysia ni disasarkan kepada mereka yang lepasan SPM bertujuan untuk meringankan beban mereka untuk membeli buku2 ilmiah, jurnal, buku akademik dan juga kelengkapan pembelajaran sepanjang mereka berada di institusi lepasan SPM..tak kisah lah institusi tu Tingkatan 6 ke..Matrikulasi ke..Diploma, IPTA or IPTS, Masters, Doctorate..setiap mereka akan dapat Rm200 setiap seorang..

however, ada sesuatu yang pelik berlaku..baucar buku ni dijual sesuka hatinya pun oleh mereka yang merasakan mereka tak perlukan langsung baucar buku..entahlah ek..macam kita dapat kupon KFC percuma..takde pulak nak jual semula..kenapa baucar buku ni nak jual pulak..? dah tak nak pakai, bagilah orang lain..ye tak..?

lagipun duit Rm200 tu bukan duit kita pun..ia adalah percuma yang datang daripada kocek gomen..senang kata, duit pembayar cukai ah..dah apakah signifikan nya kita gunakan duit pembayar cukai untuk buat beli sport rim motor, handphone, aksesori komputer, jam tangan, aksesori kereta untuk kegunaan peribadi..? apakah signifikannya..?

 

but for the other idea,

i’ve used to be a student before..i bet lots of readers here used to be a students too..menjadi pelajar dalam erti kata pelajar lepasan SPM..budak 2 SPM mana layak daa dapat kupon ni..menjadi seorang pelajar matrikulasi dan seterusnya seorang pelajar IPTA membuatkan saya terfikir, buku apa yang saya boleh beli dengan Rm200 tu..? if im not mistaken, ketika di matrikulasi, saya masih ingat lagi kebanyakan buku rujukan adalah daripada tenaga pengajar sendiri..mereka buat buku nota sendiri kemudian jual buku nota tu kepada para pelajar..of course lah buku nota mereka bukan untuk dikormersialkan..jadi macam mana nak guna baucar 1malaysia untuk beli buku tersebut..? boleh kaw tim tak..? even kalau dapat beli pun, buku2 yang dijual oleh tenaga pengajar bukan cecah Rm50 pun equivalent dengan sekeping kupon..takkan nak burn balance macam tu je..rugilah kan..jadi, penggunaan baucar buku untuk pelajar matrikulasi adalah minimum..

ketika di IPTA pulak..kebanyakan buku2 yang digunakan adalah agak terhad kepada satu semester saja bagi pelajar Tahun 1..ketika saya di Tahun 1, sebagai seorang pelajar Engineering, kami akan belajar hampir semua subjek..kami belajar Matematik Kejuruteraan, Mekanik Kejuruteraan..then kami belajar jugak Teknologi Elektrik..ada juga subjek Geologi, subjek Strenght of Material, Pengaturcaraan Komputer C++ yang setakat saya ingat..dan kesemua subjek tu cuma applied dalam Tahun 1 sahaja..basically, saya tak beli satu pun buku dalam Tahun 1 kerana buat apa nak beli kalau cuma guna sekali..saya rasa aliran2 lain di IPT lain juga melalui perkara sama..Tahun 1 cuma persediaan..oleh sebab itu, penggunaan Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tahun 1 juga boleh dikatakan minimum..

bagi pelajar Tahun 2 3 4 dan seterusnya, di sini barulah baucar buku akan digunakan secara meluas..kalau tanya saya, saya cuma beli buku yang saya suka je macam buku Physics Statics and Dynamics..kedua dua buku memang saya beli untuk collection..sebuah buku berharaga RM60 seingat saya ketika itu..walaubagaimanapun, pembelian buku hanyalah sebagai rujukan dan tidak tertakluk langsung untuk digunakan ketika pembelajaran..ada kalanya, nota dan latihanyang lecturer bagi lebih jelas daripada buku rujukan..ada juga buku yang lecturer gunakan untuk pembelajaran adalah buku mereka sendiri..dan of course lah, harganya tak cecah Rm50 macam biasa..buat apa guna kupon macam tu..rugi je kan..oleh sebab itu, mereka di tahun 2 3 4, Masters, Doctorate, adalah mereka yang sangat memerlukan baucar buku tapi penggunaannya sangat bermusim..buku apa je yang mereka sempat fikir sebelum 31 March 2012..? kadang2 dah habis tempoh tu barulah dapat tau nak kena beli buku apa..

 

untuk budak2 IPTS, mereka dah cukup kaya untuk bayar yuran IPTS maka baucar buku Rm200 not applicable for some of them..so, penggunaan baucar buku oleh pelajar IPTS juga pada saya adalah minimum..entah2 kebanyakan mereka yang jual semual baucar di di mudah.com kot..huhu..except mereka yang masuk IPTS untuk ambil Diploma..that’s a totally different story..mereka nak belajar, tapi tak layak masuk Matriks atau Tingkatan 6..maka Diploma IPTS lah jawapannya..bacaur buku amat membantu kerana mereka bukan tergolong dalam golongan yang kaya raya..hopefully mereka memang nak belajar lah..dan bukan masuk Diploma IPTS untuk kebebasan..

 

then..di mana salahnya Baucar Buku 1Malaysia ni..?

pada saya, Baucar Buku 1Malaysia harus diberikan kepada pelajar SPM untuk membeli buku2 rujukan tambahan dan juga membeli buku2 latihan tambahan untuk mereka sekurang kurangnya tak fucked up ketika di SPM nanti..we in malaysia, segalanya bermula dengan SPM..kalau bodoh SPM, maka susahlah kita untuk teruskan kehidupan lepas tu..pada saya pelajar SPM adalah mereka yang menggunakan buku2 tambahan yang lebih banyak berbanding pelajar lepasan SPM..memang buku2 rujukan di IPTA tu mahal2 belaka dan kelihatan penting, tapi sebagai student, siapa je yang maksimumkan pengunaannya..? adakah semua golongan student menganggap Rm200 tu sebagai bantuan..? i dont think so..for them, Rm200 cuma bonus..mereka dapat baucar RM200 tu dulu then baru fikir nak beli buku apa..bukannya mereka dan ada list buku untuk dibeli pun..go ask them..it’s true..

tapi bagi pelajar SPM, baucar Rm200 tu betul2 satu bentuk bantuan..mereka dah tau buku jenis apa yang diperlukan untuk mengharungi SPM nanti..buku himpunan Skor A SPM saja dah berapa ringgit untuk satu buku..kalau ada 9 10 subjek..? dah berapa ringgit..? kemudian buku Nota Ringkas Sejarah..buku Nota Penguat Memori apa2 subjek dan paling penting pada saya adalah buku latihan Matematik dan Matematik Tambahan..semua buku2 rujukan tu bukannya murah..malah sangat berguna kepada pelajar2 SPM ni..ketika saya di MRSM dulu, kami dipaksa buat 50 soalan seminggu untuk Matematik Tambahan menggunakan buku Koleksi 1001 Soalan Matematik Tambahan KBKK..semua orang mesti ada buku tersebut..gila senak perut nak siapkan masa tu..in fact, di MRSM tu juga, kami tak guna buku sekolah standard, kami guna buku rujukan keluaran pelangi sebagai buku kegunaan dalam kelas..bayangkan macam mana Rm200 tu boleh membantu..?

bagi buku bahasa pula, sudah tentu perlukan buku rujukan ringkasan Novel Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk lebih memahami novel yang dibaca..sudah pastilah memerlukan buku panduan menulis karangan..sudah pastilah juga memerlukan contoh2 soalan tatabahasa..pada saya, buku2 SPM walaupun sekadar rujukan, adalah compulsory berbanding cuma ‘rujukan’ oleh pelajar IPT..

jadi..siapa yang lebih memerlukan..? budak2 SPM atau budak2 lepasan SPM..? sebab tu banyak budak2 ni jual je, dapat duit, boleh beli alat tulis..boleh beli Test Pad untuk mencatat nota ketika di kuliah..malah boleh juga mereka buat makan tengahari sebelum ke kelas..boleh juga mereka gunakan untuk fotostat nota2 rakan..is there a problem for it..i dont think so..depa still guna untuk kebaikan..just duit cash susah nak dikawal..cakap je buat beli buku, tapi entah kemana nanti..

 

cuma sekarang yang penting, anggaplah ia sebagai amanah daripada negara untuk kita..gunakanlah sebaiknya untuk diri sendiri..kalau nak selewengkan pun, susah nak kawal kan..pandai2 lah nak hidup..

 

Surah Al-Ahzab, Ayat 72,

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan

8 responses to this post.

  1. saya xtau la kalo voucher tu hanya boleh utk buku saje..kat kolej sy,diorg boleh gune utk beli brg2 computer..mouse,printer..headphone pon boleh..
    kalo sy,rm200 tu cam x cukup la..beli la magazine ke…novel ke..

    Balas

  2. Posted by AzamHassan on Januari 31, 2012 at 10:56 am

    memang boleh beli benda lain..tapi niatnya untuk lain..nak kawal org berbelanja benda lain tu satu cite lagi..that’s y sesuai utk budak SPM..kompem beli buku rujukan saja..hehehe..

    Balas

  3. Posted by nur hidayah hamzah on Februari 17, 2012 at 6:39 pm

    Bercakap tentang penggunaan baucar buku saya setuju dengan pendapat awak..mungkin untuk keluaran baucar buku untuk masa akan datang biarlah pelajar SPM mendapat juga baucar buku tersebut..memang kalau diikut perbelanjaan sebenar bantuan RM 200.00 ini sangatlah tidak mencukupi tetapi tidaklah bermakna ia tidak membantu langsung..kepada mereka yang telah menggunakan baucar kemungkinan besar mereka telah buat pilihan yang terbaik untuk apa yang patut mereka beli dahulu..seperti saya sebagai penuntut ijazah di ipts saya dapat membeli sebuah buku ilmiah yang berharga RM349.00 jadi saya terpaksalah menambah menggunakan duit poket sendiri..walaupun dapat beli sebuah ia membantu mengurangkan kos sebenar untuk saya tanggung..alangkah bagusnya kerajaan kita meninggikan lagi kos baucar buku akan datang..daripada insan yang sangat menghargai buku..

    Balas

  4. Posted by amar on Februari 9, 2013 at 4:03 pm

    kt mane ek lokasi yg boleh beli printer pakai baucer buku…

    Balas

  5. Posted by Laici on Februari 23, 2013 at 7:02 pm

    untuk budak2 IPTS, mereka dah cukup kaya untuk bayar yuran IPTS maka baucar buku Rm200 not applicable for some of them..

    This statement is stupid, bukan semua pelajar yang sambung pelajaran kat IPTS, diploma@ijazah cukup kaya, kadang2 dorang dah apply IPTA tapi tak dapat..sila betulkan fakta tu. sebenarnya ramai yang apply untuk IPTA, tapi sebab kabel kuat,orang yang tak layak dapat masuk, dan keutamaan diberikan kepada bekas pelajar dari IPTA itu jugak (UiTM beri kelebihan pada pelajar diploma mereka untuk sambung belajar berbanding pelajar dari insititusi lain awam mahupun swasta)

    Balas

    • Posted by AzamHassan on April 18, 2013 at 9:07 am

      this statement actualy related to some news on that day..di mana mereka dapat baucar buku dan jual baucar buku tu coz they think they dont need it..

      talk about kabel in IPTA, it’s not a kabel..awak boleh ushar mereka yang dapat result not very good in their diploma in uitm contohnya..they still need the degree so sebab tu uitm degree akan longgarkan syarat utk amik mereka semula..kalau dah kat uitm pun teruk..then nak harap uni lain amik sambung degree? susah lah kan..so instead of talking yang depa ni kabel drpd diploma ke degree..u should think that yang uitm diploma sambung ke uitm degree is a bliss for them..a lifeline..a helpful link..

      about apply IPTA tak dapat..see the result before u apply please..dan tengok pilihan masa nak apply UPU before tu..me myself dapat pilihan yang ke 6 or 7 before joining USM coz im too ambitious to get the course i want..

      dan bayangkan if saya salah pilih UPU..sure sy pun tak dpt IPTA gak..

      just to say it’s a kabel sbb tu ada org tak dpt..it’s.just.so.wrong…

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: