cendawan dan kopi..

bukan cerita rakyat cendawan ajaib tu ok..ni cerita lain yang takde kaitan pun..hehe..

ketika kami sedang dinner 3 beranak menikmati sup cendawan dan beberapa ekor ikan goreng, emak pun bercerita sesuatu yang berkaitan dengan cendawan..

dulu masa emak saya baru2 kahwin dengan abah..ada kawan opis emak bagi sebungkus cendawan butang yang besar dan kelihatan sangat sedap..entah apa mimpi tiba2 datang dan bagi cendawan tu kat emak..

“nanti buat sup tau..sedap buat sup ni..campur lobak pulak..memang sedap..buat sup tau..”

emak saya cakap terima kasih dan menerima dengan hati terbuka..emak dah terbayang sedapnya makan sup cendawan..lagi2 pulak emak n abah memang dah lama tak makan cendawan tu..

“buat sup tau..sedappp..” beriya iya benar kawan emak pesan..emak pun angguk2 ajelah..kang di ajak berborak, mau satu hari tu bertemakan cendawan je pulak..satu apa tak jadik kerja..hah lantak..

balik di rumah..emak pun bersiap2 untuk memasak cendawan butang tu..emak potong lobak..daun sup..dan pelbagai la lagi resepi yang sepatutnya..last sekali bila dah siap sup tu, emak pun campurkan cendawan..aroma dia memang lain dari yang lain..sedap..sangat sedap emak kata..

siap sahaja masak..emak tutup dapur dan bawak periuk tu atas meja makan..iyelah..excited kan..dah siap2 pinggan dulu atas meja..tinggal tuang je..abah pulak dah pergi ambik periuk nasik dan letak atas meja..siap sedia untuk bercendawan..aromanya memang membangkitkan selera..

emak capai satu senduk dan tuang dalam mangkuk..entah kenapa tidak semena mena..baru satu senduk dituang..mangkuk itu tiba2 retak dan terbelah dua cantik di tengah2..!

emak dan abah saling berpandangan..masing2 dah rasa tak sedap hati..emak ambil mangkuk tu..masuk dalam plastik..dan satu periuk sup cendawan tu semuanya emak buang sekali terus ke dalam tong besar di luar..emak cakap dia terasa sesuatu yang tak kena..abah pun macam tu..

esoknya..kawan emak tu tak berkata apa..emak pun tak cerita tentang kejadian tu..bukan nak bersangka buruk tapi emak dapat tahu ada ‘sesuatu’ yang di’tanam’ dalam cendawan tu..jika tak kenapa mangkuk tu boleh terbelah tiba2 dan kawan emak tu pun memang buat tak tahu apa pun..bertanya pasal sup pun tidak..

entahlah..kejadian tu kekal misteri dan alhamdulillah setakat ni keluarga saya tidak terkena sebarang perkara yang mungkin nak kenakan kami sekeluarga..

mungkin ilmu hitam..? mungkin sains boleh terangkan kejadian sebenar..? tapi kenapa kawan emak terus tak ambil tahu pasal cendawan tu..? tapi kenapa beriya iya dia suruh buat sup..?

emak pun sambung cerita yang masa dia kecik2, atuk bawak pergi minum di sebuah gerai.. lepas order kopi, atuk terdiam kelihatan terasa sesuatu..lalu atuk pun pusingkan tangkai cawan tu menghadap dalam dan mulut terkumat kamit baca sesuatu..hasilnya cawan tu retak dan pecah sebelum atuk sempat minum..terus atuk ajak emak pergi minum tempat lain..

still have explaination in science..?? remains unknown..

Advertisements

3 responses to this post.

  1. oo…suh atuk ajar~ ajar~

    saya nak baca time en azam bg sy minuman, mana tau dia nak buat sesuatu dengan tangan2 dia skali retak =P

    Balas

  2. Posted by Jat dat dat dat on November 25, 2009 at 10:29 am

    saya punla..cam menarik je..
    ade gak orang berdengki menggunakan bende2 syirik.WTF..nk dengki pun..jgn ar sampai syirik..hau hau hau

    Balas

  3. gelak hau hau hau tu mcm kenal la…kat mana yaa..?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: