Berita Utama TV3

SITUASI NORMAL LEPAS TENGOK BERITA

Situasi 1

Encik A : eh, kau tengok tak Berita TV3 semalam, ada eksiden kancil tu langgar basikal tengah lumba..fakap betul..
Encik B : haa..tengok2..gila ah drebar kancil tu..perempuan kan..? tak pun sebab polis tak jaga betul agaknya..
Encik A : entahlah..tapi kesian gak..direct hit tu..
Encik B : tapi sure basikal dia ada insurans..40k tu sebijik..gila..

Situasi 2

Kalsom : eiiiiiiiii…tipahhhhhhhhh…kau tau takkkk..semalammmm kann aku tengok Berita TV3 budak kecik tu kena langgar van tapi takde sapa pun amik tau..sedihnyaaaaa…
Tipah     : a’ahhhhh laaahhh..aku tengokk semalam gak..kesiannnyaaa..kalau aku jumpa drebar van tu..aku siat kepala dia macam taugeh ni haaa..
Kalsom : itulah..semalam masa sidai baju, abis lalat2 tepi dapur tu aku sebat pakai baju baru basuh..marah punya pasal..tak guna betul orang tu kann..dah nak kena basuh baju semula..
Tipah    : pulak..

Situasi 3

Puan A : semalam kat Berita TV3,  ada tunjuk tanah runtuh kat KL..takut pulak sekarang nak beli rumah..
Puan B : aku tengok jugak..siap ada video pergerakan tanah lagi kan..hiissshh..kenapa pemaju tak nak buat tembok penahan..biasa rumah tinggi2 lereng bukit ada kan benda tu..?
Puan A : tu lah masalahnya..entah apa2 pemaju ni..untung nak lebih..yang luluskan pulak, rasuah je lebih..bila ada orang mati, pandai pulak salahkan orang lain..huh..

SITUASI TAK NORMAL LEPAS TENGOK BERITA

Situasi 1

Encik A : kau tengok tak Berita TV3 semalam? start2 berita je terus cerita BN menggesa kita semua terus memberi mandat supaya keadaan ekonomi dan kestabilan negara terus dikekalkan!
Encik B : ada aku tengok tu..memang mandat BN tu penting..lepas berita tu pun, ada ulasan pasal mandat BN tu juga kan sampai 8.30 malam..aku dengar dan memang aku sangat tersentuh dengan semangat Najib membangunkan negara..tak sia sia aku tengok Berita TV3 semalam..

Situasi 2

Puan A : semalam kat Berita TV3, ada lagi liputan hari yang ke 788 pasal pendedahan salah laku pemimpin pembangkang..masa hari ke 699 tu aku tengok, aku dah tau dah pemimpin ni mesti kena punya, tapi bila tengok liputan hari ke 756, dia tak mengaku salah..alih2 semalam cakap putar belit lagi..
Puan B : itulah..Berita TV3 ni memang pandai buat liputan untuk pemahaman kita bersama..kalau tak sampai bila pun kita tak tau cerita dia..memang patut liputan tu masuk hari yang ke 788..banyak sangat perkara yang perlu rakyat semua tahu untuk kebaikan kita dan negara yang tercinta ni!
Puan A : ya..betul cakap kau..aku harap liputan tu terus berlangsung kat Berita TV3 sampai ke siri 2500..kalau tak, teruk kita semua..apa sangatlah hal2 kemalangan, kematian, penculikan, penderaan kalau nak banding dengan pendedahan tu ye tak..
Puan B : betul betul betul..aku sungguh bersemangat sekarang..aku akan terus menonton Berita TV3 kerana dia dapat bagi informasi sempurna!

Situasi 3

Encik C : semalam keluar berita pasal hal rasuah pemimpin kerajaan yang seorang tu..kejap je beritanya, aku toleh tengok baby aku tidur, terus dah jadik berita lain..
Encik D : ye lah..kau ni..Berita TV3 kan adil..mestilah bagi liputan kat semua laporan salah laku yang ada baik kerajaan atau pembangkang..berita yang keluar tu menunjukkan Berita TV3 tak pernah bias untuk menyiarkan laporannya..
Encik C : betul cakap kau..lagipun buat apa siarkan berita macam tu lama2..kan ada banyak lagi cerita yang boleh disiarkan macam siri ceramah seorang pemimpin pembangkang yang insaf, cerita betapa teruknya kerajaan negeri selangor, kedah, kelantan dan pulau pinang..then nak siarkan perkembangan usaha kerajaan dalam memajukan negara..banyak lagilah!
Encik D : tu lah..Berita TV3 ni adil kan..memang tepat Berita tu semua dikeluarkan untuk kesejagatan kita sebagai rakyat malaysia..

________________________________________________________________________________________________________________

anda berada dalam situasi mana..? pertama atau kedua..? jika anda berada dalam situasi kedua, tahniah anda adalah 1 dalam 25 juta manusia..

berita adalah berita no matter what..if they need a propaganda, go build a tower just like Command and Conquer..or hire an aeroplane then released millions of papers..or maybe they also can engaged lots of ceramah here and there..or maybe, show us in REAL what is your effort to help us, the rakyat, to build a better life..

but please..not in Buletin Utama TV3..Buletin Utama TV3 adalah berita dalam negeri untuk kita semua tahu tentang apa yang terjadi di sekitar malaysia dan bukan untuk politik..

stop ass licking too much..get a life man..

2 responses to this post.

  1. Posted by Jaffrey on Februari 2, 2012 at 12:51 pm

    sebenarnye propaganda tu penting dalam pemahaman ideologi.
    tapi setau aku dalam sejarah tak pernah propa dia adalah obvious macam tv3 ni.
    terang lagi bersuluh niatnya.
    hahaha…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: