Hiburan di Malaysia

hiburan itu subjektif..

 

mulakan dengan diri sendiri..hiburan di televisyen yang utama pada saya adalah bola sepak..ya..bola sepak terutamanya permainan melibatkan Malaysia, Arsenal, Johor FC atau Johor..atau melibatkan juga permainan kelab yang saya berminat seperti Queen Park Rangers (ada logo Malaysia), Manchester City (super talented team) dan lain2 yang saya rasa saya boleh dapatkan hiburan..err..Barcelona saya tak layan sangat sebab perasaan iri hati tu timbul serta merta..lagipun depa ada Fabregas..cis..

pada sesetengah orang, bola sepak bukan option dalam hidup mereka..apa kejadah lepaskan bola sebijik lepas tu kejar ramai2..? pada saya bukan kejar bola tu yang diutamakan tetapi teknik mengawal bola tu lebih diutamakan dalam sesuatu permainan yang cantik..saya tak nak jadik sebangang Ultras Malaya yang menyokong Team Malaysia membabi buta..pada saya permainan atau pemain yang teruk layak dicarutkan aje..atau ikut stail Panglima..diludahkan aje..ptuihhhhh!!!!

rancangan masakan juga adalah hiburan pada saya..saya suka kulinari dan warna warni yang ditampilkan dan juga professionalism yang diterapkan terhadap sebuah makanan..saya juga kadang2 sukakan ke’terpaksa’an wajah mereka yang merasa makanan sambil sebut, ‘urmmm..sedap..’ ataupun, ‘urmmm..memang terasa rempah2 dia dalam ni suma..’ kerana kadangkala pujian mereka tak nampak genuine..hehehe..pendek kata, apa saja rancangan masakan, tidak ada masalah pada saya untuk anggap itu sebagai hiburan..

selain itu juga, saya sentiasa menganggap rancangan dokumentari satu hiburan yang melapangkan..walaupun kadangkala adik2 ipar saya yang lain sentiasa pelik bila saya bukak channel astro 550 dan menganggap ‘menonton rancangan haiwan adalah tanda kebosanan’..sedangkan saya sentiasa bukak 550 dulu baru carik channel lain..it’s education u know..dan saya memang sangat sangat sukakan haiwan..katanya zoo johor sudah ada unta dan tapir..maybe saya juga nak berkunjung ke sana untuk melihat dalam tempoh terdekat ni~

pendek kata, itulah hiburan pada saya..itulah hiburan yang menenangkan di samping merehatkan mata lepas bekerja seharian..

 

and now the real deal,

 

as i said earlier, hiburan itu bersifat subjektif..ada juga antara mereka yang tidak menganggap langsung apa yang saya tulis sebelum ini sebagai hiburan..pada mereka hiburan itu menceriakan..hiburan itu mendatangkan adrenalin rush..hiburan itu mendatangkan excitement dan keterujaan..hiburan itu sepatutnya..of course..menghiburkan..!

menjadi satu misteri pada saya apabila ada mereka yang menganggap sinetron sebagai hiburan utama..pada saya, apa salahnya drama melayu sampaikan terlalu obses dengan cerita cerita seberang..in music, yes..they are ahead..but in drama, i dont think so..it’s juz like watching cerita p.ramlee yang cuma ditukar watak dan environment saja..it’s so typical..it’s so stereotype..yet semua orang masih menontonya seperti tidak pernah puas..yang jadik masalah, bila drama malaysia buat gaya yang sama, terus kena cop kuno dan sampah..pelik kan..

rancangan nyanyian realiti televisyen juga merupakan satu hiburan yang agak keterlaluan pada  saya..daripada perosak budak kecik dengan idola kecil..kemudian pergi ke akademi fantashit untuk newcomer yang macam dah takde masa depan lain..kemudian pergi ke mentor, malaysian idol dan sekarang yang terbaru..rancangan Vokal bukan sekadar rupa untuk mereka yang takde rupa tapi masih lagi berangan nak jadik artis..pelbagai jenis rancangan realiti sekarang yang bullshit and yet masih ditonton oleh segenap lapisan masyarakat..err..segenap lapisan ke..melayu je kot..kenapa rancangan macam ni mesti terlalu banyak untuk audience sekecil malaysia..? apa signifikan kita mengundi untuk artis kesayangan? supaya dia berjaya dan kita tumpang gembira..? so bila tumpang gembira, dapat cd percuma..? tak jugak..apa tujuan menyokong membabi buta seseorang artis tu..? apa tujuan mencintai dunia hiburan yang ditaja oleh artis2 yang kadangkala mereka SPM pun sangkut..macam elfira loy yang takde cita cita, macam artis2 yang komen pasal hudud..bodoh kan..

in the end, saya tidak akan faham jiwa mereka yang menyokong artis sebagaimana mereka faham jiwa saya daripada aspek hiburan..

tapi perkara penting yang patut rakyat2 muda belia ni ambil tahu selain hiburan adalah politik..ya POLITIK..

dalam sekitar tahun 60an, satu pergerakan muda telah dicetuskan di Amerika Syarikat yang memberi pendedahan tentang kebebasan seorang remaja..yang memberi penekanan kepada enjoy life till the fullest..yang memberi satu fenomena terkuat ketika itu supaya para remaja harus bergembira dan seharusnya melupakan keadaan sekeliling supaya mencapai perdamaian dan ketenangan jiwa..gerakan itu dinamakan HIPPIES..dan HIPPIES ini menolak segala bentuk politik dalam hidup mereka..

geng hippies ni sangat meluas dan semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja di hampir seluruh eropah dan amerika syarikat ketika itu..ada antara mereka sanggup travel beribu ribu kilometer jauhnya untuk menetap di tempat di mana hippies berkumpul..di kawasan2 ini, mereka tidak akan menghiraukan tentang dunia luar..mereka akan meninggalkan dunia yang penuh kekejaman dan tekanan..memilih jalan mereka sendiri untuk mencari satu makna hidup yang baru yang lebih menggembirakan dalam diri mereka..mereka akan bersosial sesama mereka, menyanyi, menari, bertukar tukar pasangan dan menganggap apa saja di sekitar mereka ketika itu adalah hiburan selagi tidak menyakiti orang lain..they are happy in their own world..they love their way..for them, ini adalah hiburan yang berbentuk aman..

here comes the shittiest part..dalam pada mereka bergembira sentiasa dalam dunia mereka sendiri, ada antara mereka yang telah melebihi batas yang patut dilakukan untuk kekal aman dengan hiburan yang mereka bina..geng geng hippies ni mula mengambil dadah..mereka juga mula minum arak secara keterlaluan..mereka juga, atas nama hiburan, mengamalkan seks bebas yang tidak selamat..komuniti hippies ini juga mengamalkan seks yang pada dasarnya, ‘apa saja yang menghiburkan’..sama ada seks ganas, homoseks, lesbian, biseks, main dengan binatang, gang bang, main dengan awek atau isteri kawan ataupun bak lirik budak berhingus baru naik, najwa latif,

–banyak persoalan yang berada di minda–setiap yang berlaku ada kebaikannya–harus pejam mata dan cuba apa saja–

and yes..they try almost EVERYTHING yang berkaitan dengan seks sebagai hiburan..atas nama hiburan ni jugalah mereka tidak akan rasa jealous, sakit hati, atau apa saja jika pasangan mereka pergi carik pasangan lain..mereka juga menganggap itu satu kebebasan dalam diri dan itu juga adalah hiburan yang patut diterapkan dalam diri setiap warga hippies..

geng hippies ni jugak, atas nama hiburan dan semangat kekitaan yang menebal dalam diri mereka, tidak akan mengambil kira perasaan orang lain..mereka akan travel dengan kenderaan warna warni mereka, buat bising sepanjang perjalanan, buat onar di laman rumah orang, buat sampah, buang air merata di mana2 dan jika ditegur, mereka akan packing barang dan pergi ke tempat lain pula..they dont care about anyone else as long they are happy and as long they know what they did is for them to enjoy..itu adalah hiburan yang sangat solid untuk mereka..geng hippies juga, basically tidak beragama kerana pada mereka, agama akan menghalang mereka berhibur..

apabila sudah sampai satu masa, geng hippies ni menjadi terlalu ramai..mereka akhirnya berkubur dengan sendirinya..setelah beberapa lama mereka menerapkan hiburan sebagai satu aspek utama dalam hidup, sampai satu tahap, hiburan itu jugalah yang membunuh budaya hippies itu sendiri..dengan kadar jenayah semakin tinggi, dengan kadar kebodohan yang semakin tinggi dalam komuniti tu kerana asyik nak enjoy je kerjanya, dengan kadar kebencian orang ramai terhadap komuniti itu, menjadikan hippies tidak diterima langsung dalam kalangan masyarakat luar..

we all can see apa hiburan boleh buat kat satu2 masyarakat..kita juga boleh tau apa jenis hiburan yang merosakkan anak bangsa..kita juga nampak apa pengaruh hiburan kat dalam malaysia..kita juga dapat clear cut, kerana hiburan jugalah remaja sekarang tak nak ambil port pasal politik tanah air..adakah sampai satu masa malaysia ni akan menjadi seperti budaya hippies? terlalu pentingkan hiburan sampaikan takde sapa nak ambil tahu pasal politik..? bila mana pada masa akan datang, politik dikuasai oleh orang2 politik masa kini, masa itulah remaja2 sekarang yang ketika itu sudah berumur akan mula mnyesal dan akan mula menjadi semakin dipergunakan kerana tiada basis pengetahuan politik dalam hidup mereka..

pada saya, kita sebagai warga yang lahir pada tahun 80an dan akhir 70an harus mendidik jiwa anak2 muda supaya jangan terlalu pentingkan hiburan sampaikan takde sapa nak tengok buletin utama, berita dunia, berita terkini, atau apa2 saja rancangan politik yang ada..pastikan mereka tidak menunggu depan tv sebelum jam 12.30 tengahari hari ahad semata mata nak tengok melodi..pastikan mereka juga tidak menganggap sinetron tu sebagai pencetus kehidupan..pastikan mereka juga tidak menganggap surat khabar kecik2 gambar artis entah sapa2 tu lebih banyak menarik minat mereka daripada hal ehwal semasa..

yup..broaden our mind about politik..politik bukan saja pasal BN dan PR..bukan saja pasal najib dan anwar ibrahim..bukan saja pasal lembu dan shahrizat..bukan saja pasal PAS itu kuda kepada DAP..politik tu adalah tentang semuanya..budak2 kecik juga harus tau apa itu politik..mereka harus tau politik lebih penting daripada hiburan..jangan terlalu pentingkah hiburan sampaikan anak2 muda kita pun kita galakkan layan hiburan yang tak tentu arah tu..suruhlah mereka berpijak di bumi nyata supaya akan datang adalah lebih baik daripada hari ini..

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: