A Diary of Daddy-To-Be #4 (The Delivery)

Wife : elo..ayang..urmm..saya..saya dah nak masuk labor room..*click*

 

that was the call that i receive that nite..at that time saya sempat jeling jam yang menunjukkan masa somewhere 12.45 pagi..kelam kabut saya terus melompat daripada katil terus berdiri..iye beb..lompat daripada katil terus berdiri..try ah buat..kalau tak kelam kabut yang teramat sangat, sure tak jadik punya..suara wife saya dah sangat lemah masa dia call tadi tu..dan saya tak sempat balas apa2..terus je letak..coz when she said she’s on the way to labor room, it MUST be something..takdenya orang masuk labor room suka2 ye tak..

 

saya terus salin baju..terus capai kunci kereta, terus bagitau family yang saya nak ke hospital..pagi2 buta tu terus berdesup satria neo ke hospital..daripada biasanya 15 minit nak ke hospital bila jalan lengang, saya boleh drive dalam tempoh 5 minit je..still..kalau tak kelam kabut, jangan harap lah boleh bikin macam tu..standard lah kan, bila kita nak cepat, dan dan masa nilah semua orang bodoh keluar memandu secara berjemaah..yang bawak motor lane kanannya lain..takde side mirror lak tu..bodoh..yang bawak kereta macam jahanam perlahan pun ada..yang bawak kereta terhuyung hayang pun ada..gampang gila perangai masing2..kenapa semuanya mesti keluar masa ni..??

sampai di perkarangan parking hospital, cepat2 saya parking dan cepat2 saya berjalan ke pintu masuk..muka masih mau maintain cool yet in an urgent mode..so biar pak gad kesian dan tak banyak soal terus je lepas..menjadi juga rasanya..sebab bila saya cakap wife nak deliver, terus je dia lepaskan pergi..yeah! just dalam hati, saya berharap depa tunggu saya datang sebelum baby keluar..haha..boleh tak camtu..? i dont want to miss even a single second for this occasion..

 

delivery process from a husband perspective

sampai di labor room, saya kena tandatangan satu kertas yang cakap saya tak bawak apa2 multimedia untuk merakam situasi dalam labor room nanti..it’s kind of awkward situation where a nurse somewhere in her 50s said this,

“tak boleh bawak apa2 ek dik..ipad ke..iphone ke..tablet pun tak boleh ek..”

maybe nurse sekarang pun dah moden kan..just pelik kenapa emphasize ipad iphone dan tablet..? hehe..

selepas tandatangan, saya diberi pas macam pas pelawat sementara dan dibenarkan masuk..u know what..suasana kelam kabut saya, tak tentu arah daripada rumah tadi sungguh tidak signifikan apabila berada di labor room..nurse2 yang ada dalam labor room tu masih lagi berborak hal hal semasa..gossip kahwin norman dan memey rm12juta tu..then ada juga bergelak tawa sesama sendiri..then bila amik pas pelawat saya pun, depa masih boleh borak2..ketawa..it’s weird you know..tatkala saya dapat mendengar suara2 suara sakit daripada hampir kebanyakan labor room, nurse2 ni rilek je..maybe they dont treat it a their job anymore..it’s kind of routine i supposed..just a nice thing that jam ketika itu menunjukkan hampir 1.15, semua nurse nurse ni bersengkang mata memastikan lahirnya beberapa manusia dengan selamat ke bumi..

saya akhirnya dibawa ke labor room nombor 8 seingat saya yang menempatkan wife saya dan 2 orang doktor di dalamnya..mereka tak bagi saya masuk dulu kerana bak kata nurse, depa nak pastikan air ketuban dah pecah dan beberapa lagi hal2 berkaitan yang perlu diuruskan..saya tunggu luar je lah..dalam masa menunggu tu, mata meliar juga kat labor room lain..mendengar kesakitan ibu2 yang nak bersalin, buat hati rasa sangat tak tenteram..mendengar tangisan bayi yang selamat dilahirkan jadikan jiwa ni kacau..selamatkah kelahiran untuk kami? sihatkah baby tu? ada apa2 akan berlaku kah nanti? serius kacau bilau..

then setelah beberapa minit, saya dibenarkan masuk..wife saya dah tak senyum dah..hilang perasaan dia kat benda2 lain..apa yang penting padanya cuma nak deliver baby dengan selamat..tu je..

saya tengok doktor tulis2 something kat komputer..lepas tu mereka beredar..tinggallah saya dan wife saja dalam labor room tu..saya genggam tangannya dan usap kepala..cubaan untuk menenangkan beliau..dalam hati saya, tekad saya cuma satu..untuk pastikan wife saya kuat lalui semua tu, saya sendiri kena tenang dan kuatkan diri..

as i expected..my wife dah tak fikir apa..sakit contraction tu makin lama makin kerap..setiap kali sakit, wife saya akan pegang kuat tangan saya dan suruh siap marah2 untuk panggil doktor..as far as i know, sakit seperti itu cuma biasa..dan bukan sakit mahu lahirkan baby..saya ignore je permintaan wife untuk panggil doktor..saya genggam je tangan dia..biarlah kena marah pun marah lah..i know what i’m doing..apa yang saya buat adalah suruh dia tengok muka saya setiap kali rasa sakit dan kemudian transfer rasa sakit tu untuk terus teran ke bawah..jangan tahan je sakit tu sampai merah2 muka..sebab baby cuma boleh lahir masa sakit je..so buat apa sakit tapi takde hasil kan..so saya paksalah wife teran ke bawah setiap kali rasa sakit..setiap kali dia rasa sakit, saya sentiasa ingatkan dia sentiasa teran ke bawah..push baby ke bawah..push baby ke tempat yang betul untuk kelahiran..just glad she follows what i said..i refused to call a doctor each time she ask me to do so coz i know it’s not the time yet..certain husband akan gelabah katanya dan panggil doktor berulang kali..tapi saya masih lagi bulatkan tekad, saya kena tenang dan tak carried away dengan my wife punya perasaan..

sampai satu tahap..my wife sakit lagi..as per i said to her, dia teran ke bawah..at that time, saya dapat rasa peluh dah semakin banyak keluar di dahinya..dan air mukanya juga semakin berubah..at that time i know something will happen..saya cepat2 keluar panggil doktor dan bila doktor datang dan cek, dia cakap dah bukak 6cm rasanya yang membolehkan delivery berlaku..terus dia panggil beberapa nurse..amik beberapa peralatan, pakai glove dan ready untuk menerima baby..

 

anyway, it’s weird u know when a stranger touch ur wife private part..dan bukan setakat sentuh..dia rodok..ya..rodok macam takde apa2 berlaku..letak ubat kind of lubricant kat jarinya, kemudian rodok that private part ke dalam..pusing2 kan keseluruh area..saya yang tengok pun macam..apakah?? memang ni ke procedure dia..? bukan patut kena lemah lembut ke..?? memang patut pun pernah ada kes doktor kena pukul dengan husband..huhu..but in the end, he’s a doctor and i dont know anything..let him finish the job rite..buat lah apa pun, janji jangan rodok pakai benda lain dah dan janji sumanya selamat..

masa ni doktor dah bukakkan jalan untuk baby..bukan main kembang lagi jalan yang dia tolong bukak tu..memang lah fleksibel kan  tapi..entahlah..dia bukak jalan tu rasa macam dah boleh masuk telur kasawari..gila..saya nak layan wife punya sakit lagi, tapi nak observe apa doktor buat lagi..stress siut..! doktor suruh wife teran dan terus teran..saya macam biasa suruh wife tengok muka saya dan ikut arahan saya..anytime doktor suruh teran, saya pun suruh isteri tarik nafas panjang dan teran sekuat hati..tapi bila saya nampak muka dia merah masa teran tu, saya suruh wife lepaskan nafas dan ulang semula..actually, proses teran tu seharusnya kebawah..macam buang air besar..kita tau wife salah teran bila muka dia merah..means dia tak teran ke bawah tapi teran ke atas which is takkan ada hasil langsung..daripada teran sampai merah2 muka, baik lepaskan nafas dan mula sekali lagi..jangan bazir tenaga..tu yang penting..dalam proses ni, saya sentiasa ingatkan wife dan sentiasa suruh dia tengok saya..sambil2 tu saya curik tengok apa yang berlaku di bawah sana..dalam hati..INI SERIUS HORROR..

 

selepas beberapa ketika teran tu..doktor tunjuk saya yang kepala dah berada di tempatnya..saya jenguk dan memang betul dah nampak rambut2 keluar..i acknowledge that this is the most important session throughout the delivery which is untuk keluarkan kepala baby..saya teruskan dengan tugas saya, menyuruh wife teran ikut arahan saya daripada tadi dan pastikan dia tidak teran di muka..teran mesti teran ke bawah..saya lihat hujung kepala baby tu bergerak gerak setiap kali wife teran..setiap kali teran, semakin terkeluar kepala tu..it’s a good news i suppose..doktor suruh jangan berhenti panjang antara teran..kena keep it coming..tak nak baby lemas..

saya nampak hujung kepala semakin banyak dah nak keluar..saya bagi galakan kat wife yang kepala baby dah nak nampak..just glad that she accept the challenge dan teruskan teran supaya baby betul2 dapat keluar..masa ni dah ramai pulak koleksi doktor yang datang tiba2..dah macam show pulak..biarkan..janji wife dan baby saya selamat..

tiba2 doktor berkata, “saya mau buka jalan lagi aa..u teran saja tau..bagus sudah kepala sudah nampak..”, my wife memang tak nampak..tapi saya dah nampak doktor capai gunting..apa nama saintifik dunia doktor dia saya tak tau..yang saya tau itu adalah gunting..dan doktor dah bersedia nak gunting sikit untuk lebih senang baby keluar..arghhh..ini sungguh kasihan..saya teringat masa saya sunat..tu pun dah bius..ni gunting hidup2 beb..doktor ready letak gunting di hujung bukaan..dan bila dia kata teran, saya pun suruh wife tarik nafas panjang, angkat kepala dia sikit dan teran sekuat hati..sekuat yang boleh kali ni coz i know the doctor is up to something..sebaik saja my wife teran, doktor pun gunting sikit bukaan tu..nyilu rasa..

 

lepas teran lagi beberapa ketika..doktor pun paksa lagi teruskan teran..saya pun paksa wife terus dan jangan berhenti, saya dah nampak keseluruhan ubun2..kemudian saya nampak dahi baby..kemudian mata..hidung..mulut..dah terus terpacul keluar keseluruhan kepala baby..doktor suruh wife saya rehat kejap dan saya bagitau wife kepala dah keluar..my wife kelihatan tenang sikit masa ni..but the job still not done yet..there’s another thing that she must do, teran untuk keluarkan bahu baby dan seterusnya whole of it..

now, my wife tarik nafas panjang lagi, kemudian teruskan teran untuk keluarkan semuanya in one shot..masa ni doktor dah pegang kepala baby macam parut kelapa..dipusing pusingkannya kawan tu..serius tak terkehel ke leher dia..? bila dah nampak bahu kanan, dia pegang pulak bahu dan dipusing pusingkan badan baby untuk keluarkan bahu satu lagi..that’s why baby tak boleh besar sangat..so bahu ke bahu dia lebih rapat dan lebih mudah dikeluarkan..saya observe yang ketika ini, kedua dua bahu baby macam saling bertemu..taut sehh..saya sehabis doa takde apa2 yang buruk akan berlaku..

 

dengan sekali teran, bahu kanan dapat dikeluarkan..kemudian bahu kiri..selepas tu, it’s an easy way..dan saya sempat jeling jam menunjukkan pukul 3.45am, keseluruhan bdan berjaya dikeluarkan dan saya dah nampak baby saya as a whole di atas meja delivery tu..ya allah..saya tak tau nak desribe perasaan ketika tu macam mana..saya menitiskan air mata juga coz semuanya selamat..my wife pun sangat letih..saya usap kepala dia dan kiss dahinya..ucapkan congratz..alhamdulillah semuanya selamat..

 

doktor pun potong tali pusat dan lepas potong tu lah baru baby menangis..saya sangat lega..sangat sangat sangat sangat lega..nurse bungkuskan baby, bersihkan, bagi ubat apa benda ntah kat peha kiri kanan, kemudian bagi saya untuk di azankan..air mata saya tak berhenti mengalir ketika azankan waris saya sendiri..baby juga ibarat faham apa yang berlaku dan saya nampak dia bukak mata masa saya azan tu..

so then lahirlah seorang lagi manusia lelaki ke muka bumi bernama Anas Naufal bin Azam dengan berat 2.67kg pada jam 3.45am bertarikh 12 November 2011..IT’S-A-WONDERFUL-FEELING..im a daddy now~

 

terima kasih saya ucapkan kat semua warga HSI kerana berjaya menjalankan tugas dengan sempurna..semoga kalian semua sentiasa diberkati tuhan dalam menempuh hidup2 seterusnya..thanks a lot guys..!

 

2 responses to this post.

  1. mase 5cm,Dr tu mmg masukkn tgn kt private part tu..nk senangkn ‘jalan’…tp sbb mase tu tgh contraction,sy nangis2 xnak dia seluk2 lg..haha…boleh plak sy buat camtu…
    Alhamdulillah,Fahri cumel,sbb tu sekali teran je trus kuar..tak sangkut2 kat bahu..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: