A Diary of Daddy-To-Be #3

11/11/11 continued..

setelah beberapa lama menunggu, akhirnya nama saya dipanggil..masa tu saya dah nampak wife saya dah duduk atas kereta sorong dan ditolak oleh seorang nurse..senyum simpul je beliau..arahan yang diberikan oleh nurse kat kaunter kepada saya ada simple,

“bawak kertas ni..pergi daftar kat bawah kemudian bawak filenya ke sini untuk daftar masuk wad..”

kertas kecil yang digembar gemburkan

maka, saya pun turunlah ke pusat pendaftaran kat lobi utama HSI..perkara pertama pada sesiapa yang masuk ke HSI ni adalah HSI ni sangat cantik..lobinya juga macam lobi hotel..serius..memang cool lah senang kata..nak daftar masuk wad pun rupanya dah macam nak pergi bank..sebab kebanyakan manusia bila sebut hospital, cuma terbayang hospital swasta je yang kelihatan mewah..kelihatan tenang..but not for HSI..what i can say is HSI adalah hampir setanding dengan hospital swasta lain..

here is the lobby

and here is pusat pendaftaran

for info, kos untuk bersalin di HSI adalah berdeposit RM800 untuk kelas 1 yang paling mahal jika saya tidak silap..untuk kelas 2 pula berdeposit RM350 manakala wad kelas 3 saya kurang pasti..sepatutnya ambil gambar kan papan harga ni..semua harga adalah untuk warganegara malaysia..untuk warganegara asing pula adalah sekali ganda lebih mahal..oh..saya sebut deposit kerana jumlah kos tak semestinya makan habis Rm800 tu misalnya..jika ada balance, pihak HSI akan pulangkan semula..cool kan..

wad apa yang menjadi pilihan?

nak ikutkan saya, saya memang tak nak letak wife di wad kelas 1..pernah terbayang tak cerita hantu..? dah lah duduk sorang2..lepas tu terjaga malam2 pun sorang2..tiba2 ada nurse masuk..kita ingatkan dia nurse..tapi tiba2 nurse tu tembus dinding dan terus ke tingkap..tak pun kita dah la sorang2..lepas tu terjaga malam2 kemudian kita tersedar ramai orang di sekeliling kita..tak pun..err..the story can goes and on..actually..that’s not the case..err..probably slightest of my emotion memang sebab tu jugak..huhu..

 

saya memilih wad Kelas 2 kerana beberapa sebab,

1. wad kelas 1 duduk sorang2..di hospital gomen, suami dilayan seperti orang lain..cuma boleh datang melawat pada tengahari dan lepas asar saja..selainnya, merempatlah bini kita dalam bilik tu sorang2..kesian..

2. my wife needs a support..saya takde sentiasa bersamanya untuk support sepanjang masa..jadi wad kelas 2 ada 4 orang ibu..mereka boleh berkawan kawan dan berborak sementara masing2 hilangkan perasaan nervous tu..i think it’s work coz tengahari saya drop wife di wad..lepas asar saya masuk, my wife dah boleh describe siapa lagi3 orang ibu tu dengan sangat banyak maklumat..sampai husband kerja mana pun dia tau..memang betul2 nervous lah!

3. wad kelas 3 duduk di ruang besar macam hall 10 orang dan kelas 2 pula duduk dalam bilik 4 orang..saya bayangkan as this is cicit pertama dalam keseluruhan keluarga besar, bukan setakat parents..pakcik makcik kazen mazen sedara mara sepupu sepapat sure akan turun pada satu waktu yang sama lepas bersalin nanti..jadi dengan ambil wad kelas 2, ada sikit privacy lah untuk semua orang menonton baby di samping tak kacau pesakit lain..

jadi..buatlah pilihan ikut keadaan dan wad Kelas 2 adalah yang terbaik untuk keadaan kami anak beranak~

 

after dah buat bayaran, saya diberi file yang perlu dibawa untuk daftar wad pulak..arahan yang diberi oleh nurse agak general so kena banyak bertanya juga..sampai saja di wad, saya nampak wife saya dah tukar baju hospital warna pink..baju tu sangat besar sampaikan short sleeve boleh jadi long sleeve bila dipakai..just imagine how big it is..selesai daftar di wad, saya pun lepak lah borak2 dengan wife kejap..as saya nampak takde apa, so pergilah solat jumaat dulu di masjid berhampiran..lepas asar baru saya masuk semula..

seharian di wad..tak jadik apa..my wife dah di induce pada sebelah paginya..tapi setiap kali cek, bukaan cuma 2 cm saja sampailah petang..in fact logically, bila bukaan 2 cm pada sebelah petang, memang ada kemungkinan esok pagi lepas sarapan baru boleh ada contraction..so sangat lama lagi untuk wife saya lepak wad..

so that 2cm opening continues until 11pm..at that time, saya cuma berhubung dengan wife menggunakan handset je..ye lah..mana boleh melawat kan..tapi saya cuba jugalah bungkus air mineral sebotol dan cakap dengan guard nak bawak baik bagi kat wife di wad..dia tengok saya atas bawah, amik nama dan lepaskan saya pergi..gembira bukan kepalang! at least i can give her last support for the day before dia tidur keseorangan malam tu..

 

jam 11.35 malam, saya pun memandu pulang ke rumah dengan membawa fakta bahawa bukaan wife saya baru 2cm, beliau pun masih belum rasa sakit yang sangat kerap dan ada kemungkinan bersalin lebih lambat daripada yang saya expect..so then at home..i put my handset to highest ringtone and goes to sleep..berpura pura tenang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: