A Diary of Daddy-To-Be #2

11/11/11

it’s D-Day..dalam askar, D-Day tu kira hari kejadian untuk sesuatu operasi..tapi dalam Facebook pulak, setiap orang yang kahwin mesti ada album gambar E-Day, D-Day segala kan..E-Day tu Engagement Day, D tu pulak kira hari perkahwinan lah kononnya..padahal pada saya D-Day yang sebenar adalah antara hidup dan mati..dan hari tu adalah Delivery-Day =)

oleh kerana saya sudah ambil cuti hari tu..maka pagi tu bangun awal..beg juga sudah siap dikemas untuk dibawa ke hospital..it’s all been said that hospital gomen takkan sediakan pape..kain batik pun kena bawak sendiri..so preparation is a must untuk sesiapa yang mahu gunakan perkhidmatan hospital gomen..ye lah, dah la bayar pratically cheap then nak harap layanan terbaik dalam dunia..nak murah tapi berkualiti, malaysians..

Barang persediaan bersalin ibu dan anak

selepas bersiap pagi tu, kami pun bersarapan roti canai dulu kerana wife tetiba mahu makan benda tu..walaupun dah hujung hari mahu bersalin, seleranya masih tidak berubah..it’s ok lah sekali sekala makan roti canai kot kan..daripada pagi2 sarapan tu makan chicken chop + lamb chop half cook with masala and whipped potato..sudah mana nak carik..

hari ini akan menjadi hari yang quite stressed coz dalam keadaan saya mahu anticipate apa saja kemungkinan yang berlaku, saya tetap set dalam minda yang saya masih kena pergi Solat Jumaat..serius daripada pagi saya berdoa yang wife saya tak akan bersalin ketika saya Solat Jumaat..i want to be there..i want to give my full support for her..i want to ensure she enjoys my company even though at delivery time, it’s only the pains that matters for her..at least..i am there for her..

sampai je di HSI, kami terus saja ke ‘kawasan koleksi ibu mahu bersalin’,

Nurse 1 : ya? ada apa?

Saya : nak main layang layang akak, kami datang sini memang nak main layang layang pun, bukan nak bersalin (kata saya dalam hati..); err..ikut buku merah ni, dia suruh check in arini..

Nurse 2 : Buku merah tu suruh?

Saya : ya, buku merah tu suruh..

Nurse 2 : Hihi..takpelah..duduk dulu ya..

yeah, at least they have some sense of humor..

after checking, mereka pun panggil kami semula,

“sekarang wife awak boleh masuk dalam lah..takpe handset ke apa semua tak payah bawak dulu, nanti kami akan panggil..barang2 semua biar husband pegangkan..husband, sila tunggu di bilik menunggu kat belakang tu ya..”

maka saya pun melambai wife saya pergi mengikut nurse ke bilik doktor..saya pula terus ke bilik menunggu di mana koleksi husband menunggu telah lama berada..ada antara mereka kat situ sejak 6 7 pagi lagi..ada juga antara mereka yang cuma datang untuk check up sebab wifenya baru jatuh tangga, ada juga yang dah bersedia bagai nak bersalin siap bawak beg bagai tapi akhirnya diarahkan pulang oleh doktor sebab belum masanya lagi..masing2 muka berkerut..yelah, mungkin risau agaknya..

oh ya, kebetulan hari ni ada something yang boleh diingati..lantas saya ambillah sekeping gambar,

11.11am on 11.11.11

yeah..masa yang dinanti nantikan oleh kebanyakan manusia..11.11 pagi pada 11 november 11..nice isn’t it..? ni je lah yang boleh saya kenangkan hari tu sebab takde occasion yang sesuai..jadi gambar jam tangan hantaran might do the trick here..ada sikit sentimental value~ anyway, seminit je pun masanya, bila masuk 11.12 pagi, still takde pape berlaku pun..we shouldn’t too fascinate with date/time u know, it’s just a number..

tapi masih lagi saya menunggu seseorang daripada dalam bilik doktor dengan berita yang mendebarkan..adakah wife saya bersalin hari ini? adakah kena warded dan bersalin seminggu kemudian? adakah kena balik rumah semula dan tunggu sakit di rumah? adakah memang benar mereka main layang layang kat dalam tu? there’s no way that i can know at that time..what i can do is only, WAIT..and WAIT..and WAIT..and Zzzzzzz..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: