A Diary of Daddy-To-Be

u always know that it’s crucial when your wife tell u this,

“ayang..due date lagi 2 3 hari~”

it will brings you lots of emotions..perasaan tu sangat bercampur baur..gembira of course..then have some kind of ‘nervous’ feelings and i think nervous suits my feelings well..siapa yang tak cuak kan bila benda yang paling besar dalam hidup kita akan berlaku..masa akad nikah tu nervous juga, tapi saya sentiasa set dalam fikiran yang kelahiran merupakan perkara yang sama pentingnya..

then i glance through my handset, looking for calendar..11/11/11 is on friday..nice eh? lahir 11/11/11..tarikh yang cool untuk seluruh umat manusia..tapi saya tidaklah segila beberapa orang yang memaksa diri mereka buat pembedahan caesar untuk bersalin..pada saya, selagi boleh normal, buat normal je..tak kisahlah dapat tarikh tu ke tak..after all, it’s just a date..

anyway, my wife ada kencing manis ketika mengandung..so takde istilah menunggu seminggu lepas 11/11/11 di wad jika masih belum bersalin..bahaya untuk baby, bahaya untuk ibunya..kencing manis ketika mengandung mungkin disebabkan masa mula2 pregnancy, my wife suka sangat makan kurma dan kismis..kononnya untuk kecerdasan baby..last2 kena kencing manis..yup..kurma dan kismis memang baik untuk kesihatan..masalahnya banyak yang ada di malaysia adalah kurma dan kismis komersial..so khasiat tu tak berapa sangatlah..gula dan artificial je yang lebih..

dalam 2 3 hari sebelum 11/11/11, saya memang kerap runsing dan hati pula cepat berdebar debar..hopefully segalanya berlaku dengan sangat lancar..

 

09/11/11

segalanya seperti biasa..bangun pagi, pergi kerja..balik kerja..makan..rehat2..usik2 perut wife..fikir2 nama anak,

“kalau lelaki ek, nama dia Mahbob..Mahbob Tukiran..kalau perempuan, bagi nama mudah2 sudah Siti Melati Tukinah..” kata saya..

“ish..ayang ni..gila apa..bagi la nama best2..Daniel sedap jugak..Danish pun ok..” balas isteri..

“Daniel..? dah macam arak la pulak Jack Daniel..Danish..? tau nanti nak enjoy je (sambil buat gaya ‘kita enjoy’ macam Nora Danish)..nama2 tu macam common sangat je sekarang lah ayang..nak nama yang simple yet appealing..”

ya..saya memang old skool..kalau tak old skool, jumud sikit pasal nama2 ni..i dont fancy nama2 novel sangat macam Dhia, Qistina, Daniel, Danish dan lain2..saya pun kurang pasti kenapa..maybe sebab saya tak suka menonton drama Melayu kot..mungkin juga sebab saya tak suka nama orang sekadar ikut ikutan..semua orang letak nama sedap2, kenapa saya pun nak struggle nak guna nama sedap yang sama juga..? yang saya tau, nama anak saya mesti simple dan dipanggil dengan nama yang betul plus ada maksud yang boleh mendidik dia supaya jadi seperti maksud nama tersebut..i share a vision with my wife, nama tu mesti ada kaitan dalam hidup kami berdua..

malam menjelang..hati semakin berdebar debar..ini kerana saya sentiasa mahukan baby saya lahir hari rabu sebab komepni cuma bagi cuti 3 hari je..so kalau lahir hari rabu, untung cuti rabu khamis jumaat..kalau lahir jumaat..rugi gila..sabtu dan ahad memang cuti dah..huhuhu..malam tu setiap kali wife mengadu sakit perut, saya akan celik dan tengok kenapa..saya juga urut2 kan kakinya malam tu..biar dia tidur tenang dan tak risau2..tapi saya memang tak pandai urut..so mungkin urutan saya tak pernah menenangkan lah..apa punya husband daa..

malam itu beransur cerah keesokan paginya..semuanya seperti biasa..saya bangun pagi seperti biasa..pergi kerja juga seperti biasa..wife juga bangun pagi, sarapan, mandi, rehat2, bawka perut jalan keliling rumah seperti biasa..berlalu satu hari yang mendebarkan..tetapi debaran itu tidak pernah hilang..

 

10/11/11

satu hari lagi berlalu seperti biasa..tetapi kali ini saya tahu, masanya sudah hampir tetapi tak berani nak cakap kat sapa2..saya pendam je dalam hati..balik kerja hari tu, usik2 perut wife macam biasa..cerita2 sikit pasal bersalin..

kami setakat ini akan dulukan hospital kerajaan..dan wife saya pula kisahkan tentang di mana saya ketika proses kelahiran tu..setakat di Johor Bahru, memang selamba banyak pusat bersalin..di Pelangi ada, di Bandar ada, Kempas, Permas, Seri Alam, pendek kata dalam keadaan sehabis terdesak, hospital sangat berdekatan dengan kawasan perumahan..kami memilih Hospital Sultan Ismail (HSI)kerana di Johor Bahru, tu je hospital gomen yang suami boleh berada sekali dalam labor room..hospital tu juga serba moden dan lebih maju berbanding ‘kakak’nya, Hospital Sultanah Aminah (HSA), hospital di mana saya lahir..as i said..my wife pentingkan saya mesti berada dengannya ketika bersalin..HSI is the best option so far..

selain itu, hospital swasta juga berlambak..kelebihan hospital swasta adalah ada duit semua jalan..asal kita sanggup bayar, tidur sebelah wife temankan dia warded pun boleh, takde hal..asal kita sanggup bayar, nak caesar 11/11/11 walaupun due date bukan tarikh tu pun takde masalah, nak rakamkan kelahiran pun rasanya takde masalah selagi ongkosnya mencukupi..hospital swasta juga tidak akan menyusahkan kita sediakan kain batik, baju baby, lampin, apa 2 segala bagai kerana semuanya akan disediakan mengikut pakej..as i said, ada duit semua boleh..

tapi tak semua orang sama jalan ceritanya, kompeni saya tak cover langsung pasal hal2 bersalin ni..ya..TAK COVER langsung maka tiada Guarantee Letter..so kalau bersalin di swasta, saya kena sediakan sendiri RM1500 hingga Rm3000 untuk normal dan berganda lebih daripada itu jika pembedahan caesar..dan berganda ganda lagi daripada itu jika ada komplikasi..

but it’s ok..the money is there..saya dah simpan sejak tahu my wife pregnant lagi..so dalam keadaan sehabis gila terdesak, saya akan gunakan apa yang ada..for me it’s not a problem..cuma oleh kerana ini anak pertama kami..keluarga kami juga nasihat supaya pergi ke hospital kerajaan dulu..i’m not sure kenapa tapi sepanjang tempoh bersalin, klinik kesihatan tempat my wife cek darah dia setiap bulan menjalankan kerja yang amat baik..nurse juga datang rumah melawat my wife walaupun tidak berkala tapi sangat mengambil berat..at least i do feel if they can provide this kind of service, why should i burst my financial elsewhere..? lebih baik apa yang saya simpan tu, saya melabur kat bakal anak saya..

just..as usual..hospital gomen memang terkenal dengan ‘waiting time’nya yang merunsingkan..that’s why certain people sanggup berbelanja lebih asalkan proses yang berlaku itu cepat dan tak perlu banyak fikir..

 

akhirnya..10/11/11 berlalu pergi seperti biasa..tetapi saya ambil cuti pada 11/11/11 itu untuk hantar wife ke HSI kerana instruction daripada Klinik Kesihatan, ‘jika tak lahir sebelum 11/11/11, terus warded..jangan lambat sangat..’

kami tidur malam tu dengan perasaan serba nervous..saya apatah lagi..sangat tak selesa perasaan macam tu..malam tu kami berpegangan tangan sebelum tidurdan sama2 pejam mata..cuba menenangkan hati masing2, berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar..

malam berlalu pergi..datangnya cerah bertarikh 11/11/11, the due date for my next generation……..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: