Anak dan Perangainya

saya dan isteri kadangkala ada juga bercerita tentang bagaimana anak kami nanti..my wife dah 35 weeks pregnancy dan untuk keadaan sekarang, saya sentiasa hidup dalam ke’saspen’an..sentiasa bersedia untuk menghadapi pape je perkara yang mungkin akan datang..

anyway..ketika saya kecil, saya tak pernah nak tahu macam mana nak describe siapa saya sebenarnya..saya cuma dengar daripada parents yang saya ni pendiam..tak banyak cakap..misteri..pelik..ganjil..poyo..perangai entah apa2..semua2 yang berkaitan lah senang kata..

but somehow, when i was young, my dad ada rakamkan satu video pendek..at that time saya baru berumur 1 tahun..masa tu rakam pakai video yang besar bagak letak kat bahu tu..dalam video tu adalah kegiatan saya dan abang bermain main sesama sendiri..main sambung2 lori mainan di dalam rumah..main tembak2 di luar rumah..main turun naik bukit di rumah kazen..juz glad that video dapat di preserve dan dijadikan CD kerana tape VHS asalnya sudah bercendawan..alaa..sebut VHS pun budak2 moden bukan faham pun apa benda..lagi 10 tahun, sebut kaset pun lagi depa tak paham agaknya..hehe..now video pendek somewhere 45 minit tu ada dalam setiap komputer kami adik beradik..dan setiap kami adik beradik ada satu salinan CDnya..it’s hell of the most precious item in this world for us..

amazingly, saya cuma dengar je perangai saya ketika kecil melalui parents saya..tapi dengan adanya video tu..memang terang lagi bersuluh perangai saya ketika tu memang sama seperti apa yang parents saya katakan..

saya ketika kecil, mudah dipermainkan..menurut perintah..tak banyak cakap..hidup dalam dunia sendiri..kurang bergaul..semangat inkuiri yang tinggi..dan of course lah..comel..hwahwahwha..1 tahun katakan =P

adakah anak saya nanti akan macam tu bila dia lahir..??

before to conclude that, my wife is quite a different background compared to me..

my wife ketika kecilnya seorang yang mempunyai sejuta satu pertanyaan dalam diri..’mak kenapa ni?’ ‘mak kenapa tu..?’ ‘bapak kenapa macam ni..?’ ‘bapak kenapa macam tu..?’ seriously memang banyak tanyalah senang kata! tapi my wife bukan seorang talkative, cuma memang jiwa dia macam tu masa kecik..mahu tau semua perkara..rasanya my wife pun pernah toreh tapak tangan dia sendiri dulu sebab nak tau sakit ke tak kalau toreh guna pisau..cool kan~

my wife juga seorang yang pulun masa muda2 dulu..berusaha dapatkan sesuatu walau dengan apa cara sekalipun..sebab tu my wife pandai ketika di kampus dulu..nak harap saya dapt anugerah dekan..? hmm..dapat soalan bocor pun belum tentu boleh..huhu..overall, my wife masa kecik memang seperti budak kecik yang kita biasa nampak bertanya tak henti henti..then kalau tak dapat jawapan apa yang diinginkan, tindakan sendiri akan diambil..hehe..

jadi..adakah anak saya akan ikut perangai my wife..? mau jadik iklan burung murai hari2 kat rumah nanti..hoho..

however, jika kami ada persamaan, adakah anak kami akan amik bulat2 setiap persamaan yang kami ada..?

persamaan kami contohnya..
.
.
.
.
urrmm..
.
.
.
persamaan seperti..
.
.
.
urmm..
.
.
.
eh..kami takde persamaan lah..huhuhuh..tapi sekurang kurangnya kami saling melengkapi..agaknya~

ok..back to the question, perangai siapa akan anak kami ikut nanti..? his/her dad or his/her mum..? (his/her : kami tak tau pun jantinanya apa..dah scan tak nampak..malas nak scan lagi)

saya berseloroh dengan my wife ketika tengok HBO cerita Salt (romantik la sangat kan cite Salt tu nak tengok bersama)..saya cakap anak kita akan amik kedua dua perangai kita nanti..

anak kami nanti akan menjadi seorang observer yang baik..dia akan observe everything yang ada depan mata..akan amik semua maklumat yang ada..akan buat outcome sendiri dan bila dah banyak maklumat, baru akan disuarakan kat kami..dan saya sure, melalui semua maklumat yang dia ada..pasti akan berlaku sedikit argument antara kami dan dia..ada kemungkinan bila dia tak dapat jawapan sepatutnya, dia akan memberontak sampai dapat jawapan yang sahih..

ada kemungkinan juga, anak kami akan bertanya dengan sangat banyak seperti my wife masa kecik2..

ada kemungkinan juga selepas bertanya, anak kami akan berfikir sendiri dengan jawapan yang kami dapat sampai mula buat kerja sendiri sorang2..

anak kami juga mungkin akan jadi seorang yang misteri tetapi cool~

lots of possibilities bila tengok perangai kami masa kecil..hopefully everything going sooo well dan yang penting saya akan pastikan saya dan wife akan jadik best friend yang paling baik untuk anak kami sampailah dia besar..

luv u all..muahh~

2 responses to this post.

  1. saya rasa…anak saya seorang yang berani dan sabar orangnya nanti..
    sbb since pregnant ni la sy berani membuat bnd2 yang saya langsung tak terfikir nak buat sebelum ni…hehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: