Mesin Judi

from suratkhabar pengampu tertua malaysia, utusan malaysia,

Kelemahan PBT punca kegiatan mesin judi berleluasa

MELAKA 23 Sept. – Kegiatan mesin judi haram yang berleluasa sejak kebelakangan ini di Melaka didakwa berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri dua minggu lalu memutuskan supaya pesalah tidak lagi diberi kompaun sebaliknya terus diheret ke mahkamah.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tidak dipatuhi PBT yang masih mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis yang menjalankan kegiatan itu, malah turut memberi tempoh 14 hari untuk memulangkan peralatan.

“Saya tidak berpuas hati dengan cara PBT bertindak menangani kegiatan judi haram ini. Saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak faham prosedur yang kerajaan negeri putuskan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.

“Tidak boleh lagi kompaun atas kesalahan ini dan musnahkan mesin judi yang dirampas. PBT tidak boleh terlalu lembut dalam bertindak untuk menangani kegiatan mesin judi haram,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dua premis di Taman Bunga Bukit Beruang di sini yang pernah diserbu oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana menjalankan kegiatan judi haram sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, Exco kerajaan negeri telah bermesyuarat dua kali bagi membincangkan perkara itu sejak dua minggu lalu dan memutuskan agar PBT merampas peralatan mesin judi, menyita premis, mendakwa pemilik dan memusnahkan mesih judi bagi mengelak ia merebak ke tempat lain, namun tidak dipatuhi oleh PBT.

Sehubungan itu kata beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Omar Kaseh akan mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan arahan yang diputuskan baru-baru ini dengan disertai PBT terlibat, polis, Tenaga Nasional Berhad dan agensi berkaitan.

Kata Mohd. Ali, SUK akan menyelaras tindakan penguatkuasaan PBT terlibat termasuk memastikan arahan yang ditetapkan dipatuhi.

Jelasnya, tindakan merampas mesin judi haram oleh PBT dan polis tidak mencukupi sebaliknya langkah penguatkuasaan yang berkesan serta tegas harus diambil bagi menghapuskan sepenuhnya kegiatan tersebut.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram kepada pihak berkuasa termasuk beliau sendiri melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial Facebook bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.
____________________________________________________________________

bukan kelemahan sistem..mengaku jelah encik ali rustam yang RASUAH dah berleluasa dalam hidup PBT kat sana..apa susah sangat..? nak suruh orang ramai salurkan maklumat konon..tapi bila sampai kat pegawai betanggungjawab, sure tutup je dua dua mata tak nak amik tahu sebab KOCEK DAH TEBAL..

piiraaahhhh..

One response to this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: