Liga Malaysia vs Liga Perdana England

i am a normal spectator..

and i love a flowing style of football..

memang sentiasa ada debat sama ada secara langsung atau tidak tentang bola sepak di malaysia..lebih ramai orang beli jersi bola sepak luar negara berbanding jersi negeri dan kelab tempatan..

lebih ramai juga yang lebih mudah menghafal setiap nama pemain dalam liga bola sepak inggeris plus posisi setiap pemain plus pemain ganti jika pemain utama tak main plus yang paling hardcore..siap tahu berapa umur masing2 dengan tepat..!

berbanding pemain dalam liga perdana malaysia..tak ramai yang tahu siapa pemainnya..tak ramai yang tahu apa posisi mereka..dan jika ada seorang player tak main pun, saya rasa tak ramai yang perasan player tu tak main..

that’s reality..

bukan kerana tak patriotik..tapi pada firasat saya, mereka yang menonton bola cuma mencari satu perkara iaitu HIBURAN..

dan jika mereka dah dapat hiburan tu, maka obsesi akan muncul selepasnya..

it’s almost the same dengan seorang penyanyi..ramai orang akan ter’sangkut’ dengan lagu yang di bawa..bila dah suka dengan lagu, obsesi terhadap penyanyi akan timbul dan mula akan mengikut perkembangan artis tersebut..yang lagi hebat, lagu tak sedap pun akan jadik sedap di telinganya..termasuk membeli produk2 yang dipasarkan termasuk album..

that’s HIBURAN at it’s good..that’s what brings passion to someone’s life..

masalahnya, sebagai penonton bola sepak, liga bola sepak malaysia kurang aspek HIBURAN tersebut..passing bola ke laut, tendang tinggi lebih kerap daripada tendang ke arah gol, gaduh atas perkara kecil dan membawa kepada perubahan menataliti sepanjang permainan, penonton perangai macam anjing baling2 sampah dan barang berbahaya kat pengadil dan pihak lawan, bila menang sorak..bila kalah, bakar poster, banner, kerusi stadium ah bagai..

penyokong kelantan..? ish tak lah..penyokong kelantan adalah penyokong yang terbaik di dunia..bersopan santun..bertutur kata lembut..mana ada pernah depa bakar kerusi stadium bila team depa kalah, mana ada depa pernah bakar banner yang ada gambar nik aziz..mana ada mereka baling batu kat FRU..ish..takde lah..team kelantan kan layak main kat olimpik sepatutnya takkan penonton dia berfikiran dunia ketiga kot..takkanlah..

yeah..sarcastic..i know..

anyway, HIBURAN yang dicari dalam liga malaysia masih lagi kurang..cuma setakat musim 2011 ni, ada beberapa pasukan yang menarik untuk ditonton seperti negeri sembilan dan johor fc..johor fc tu seab obsesi dengan nama johor..so mestilah tonton kan..hehe..

just glad recently kita ada pasukan malaysia yang hebat..jadi player2 yang main kebangsaan ni pulak akan memberi impak terhadap player2 lain dalam kelab masing2..baru2 ini juga kita dah bawak safee sali ke untuk trial di cardiff city..safiq rahim pula akan menyusul kemudiannya..hopefully there’s a new atmosphere bila player kita berjaya dalam trial tu nanti..insya allah..

so then, janganlah bising bila ramai orang kita lebih layan liga luar negara berbanding liga tempatan kerana apa yang dicari mereka dalam liga tempatan tu boleh kata takde..HIBURAN pun takde, adrenalin rush apatah lagi..

hopefully team malaysia akan semakin menyerlah di persada antarabangsa untuk menaikkan lagi value aspek HIBURAN dalam liga bola sepak tempatan..

malaysia boleh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: