Koperal Jenain dipenjara

from utusan malaysia,

Koperal Jenain dipenjara lima tahun
15/09/2011 1:43pm

SHAH ALAM 15 Sept. – Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. – Bernama
__________________________________________________________________

i say it’s justice coz walau macam mana sekalipun penjenayah tu ditangkap, seseorang tak harus membuat tindakan sendiri..walaupun ada kemungkinan penjenayah itu mendatangkan kemarahan kepada kita..police should aware of their profesionalism..

walaubagaimanapun, pada hemat saya, keluarga Koperal Jenain harus seharus harusnya menfailkan saman terhadap keluarga arwah Aminulrasyid Amzah kerana cuai dan leka shingga membenarkan remaja di bawah jagaan mereka memandu kereta dan menyusahkan orang ramai dan juga pihak polis..

Takziah untuk keluarga Aminulrasyid Amzah atas kematiannya walaupun semua orang faham, kejadian tu takkan berlaku jika keluarga arwah mengawal pergerakan anaknya dengan lebih ketat..apatah lagi memandu kereta pada waktu dinihari dengan parang di dalam but kereta..! Keluarga Koperal Jenain harus buat tindakan sewajarnya terhadap keluarga arwah kerana yang menanggung kesusahan selama 5 tahun adalah beliau sendiri..

al fatihah untuk Aminulrasyid..

Advertisements

One response to this post.

  1. yup..btol….walau nampak besar silap polis tu…tak boleh 100% salahkan dia..
    apepon mmg kene berbalik pada family~

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: