Review – Rise of the Planet of the Apes

saya menonton cerita ni malam tadi bersama seorang gadis yang berperut besar!

sinopsis cerita ni mengisahkan tentang ujikaji makmal ke atas seekor chimpanzee yang bernama Bright Eyes..apabila disuntik dengan sejenis virus ber kod 112, chimpanzee itu berjaya menunjukkan kebolehan luar biasa dan melebihi kebijaksanaan primat primat lain..kehebatan Bright Eyes telah direkodkan dan menjadi satu tanda kejayaan untuk pasukan pembuat ubat 112 tersebut..

malangnya, apabila hendak dikormersialkan ubat 112 tersebut khas untuk pesakit alzheimer untuk manusia, Bright Eyes perlu dikeluarkan daripada kandang dan dipamerkan kehebatannya..tidak ada siapa yang mengetahui bagawa Bright Eyes bunting dan tindakan manusia ingin mengeluarkannya daripada kandang dilihat chimpanzee itu sebagai cubaan untuk merampas anaknya..oleh sebab itu, Bright Eyes bertindak liar dan ditembak mati oleh sekuriti guard..

Caesar pula wujud selepas pasukan doktor mahu melupuskan semua chimpanzee ujikaji di makmal itu dan menganggap ciptaan ubat 112 sebagai gagal..Caesar berjaya dilahirkan dengan selamat walaupun Bright Eyes telah ditembak mati..tidak disangka bahawa Caesar sebenarnya mewarisi kebijaksanaan ibunya hasil ujikaji ubat 112 tersebut..

bermula daripada situ, watak Caesar terus berkembang dan dapat dilihat konflik dalaman diri chimpanzee itu untuk menerima hakikat bahawa dia merupakan seorang chimpanzee yang berlainan daripada chimpanzee lain..bermula daripada konflik dalaman itulah watak Caesar semakin berkembang dan dilihat berdendam dengan manusia serta berusaha membebaskan diri daripada mereka..
___________________________________________________________________

this story is so cool and full of feelings and emotions..untuk sesiapa yang mencari cerita aksi, tak berapa nak ada sangatlah tapi ada sangat banyak faktor ‘wow’ yang pada saya tidak dijangka daripada awal..watak Caesar dapat disampaikan dengan baik dan walaupun cuma seekor chimpanzee tetapi hasil ubat yang diberikan, Caesar kelihatan hampir menyerupai manusia..which is for me, quite a nice enigmatic surrounding throughout the story..

another thing is, tiada watak jahat yang betul2 jahat dalam cerita ni..hehe..cuma ada watak pekerja perlindungan chimpanzee yang tak berapa elok perangainya tetapi dibalas kejahatannya dengan menarik juga kot..selainnya, cerita ni free flow dan ada watak2 sampingan yang memberi impak yang ‘mudah difahami’ sepanjang cerita..

cuma maybe ada beberapa loophole dalam cerita ni di mana ada plot penting kelihatan diambil mudah apabila sekumpulan saintis itu ingin mencuba ubat ‘enhanced 112’ yang diberi nama 113..ubat 112 menggunakan suntikan tapi ubat 113 cuma menggunakan gas..para saintis yang terlibat pula tak memakai baju full suit untuk mengelak terhidu gas 113 tersebut, tapi cuma pakai penutup mulut je..dah tau dia gas ujikaji kan..takkan takde precautions..?

kemudian..kalau 112 berjaya guna suntikan..kenapa 113 kena guna gas..? mungkin pengarah cerita ingin memudahkan penyampaian kerana nak suntik sekor2 chimpanzee ubat 113 bukan oleh manusia tetapi oleh chimpanzee pastilah tak logik kan..gas lebih mudah mungkin..

overall..cerita ni relax tetapi masih mengekalkan ciri2 suspens yang berkesan..walaupun diklasifikasikan sebagai PG13, tetapi pada saya cerita ni mudah difahami dan perkara yang paling saya terbayang sampai sekarang adalah muka Caesar dan rakan2nya yang memang terserlah karisma asing2..hehehe..

one hint, Caesar akan bercakap bahasa manusia pertama kali dalam keadaan yang kita semua tak akan sangka! meremang juga bulu roma masa tu..hoho..

hav fun watching..i truly suggest this movie..Cars 2 is next!

3 responses to this post.

  1. best2! mesti tonton~ =D

    Balas

  2. tidakkah anda sedar bahawa, ia merupakan satu cara untuk meng’ia’kan bahawa teori darwin itu betul?

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Oktober 6, 2011 at 5:02 pm

      im not very sure about that lah bro..teori darwin menceritakan evolusi monyet ke manusia..dalam cerita tu, monyet tu tetap monyet cuma ada kelebihan menjadi manusia secara genetik buatan dan bukannya biological asal..

      but anyhow, u got the point..thanks for visiting ya!

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: