Makcik Hajjah Sitt AL-Wuzara #3

i think..this is the end of Makcik’s saga..thanks to mr mikhaelahmad that awares me about new info regarding this matters..”nak layan blog tapi lembab..baik tak payah buat blog tak gitu wahai encik raptorarena..?” ya..saya mengaku..agak lembab..huhuhu..

this is the full statement from GaySec regarding a ‘wrong-target’ issue about Nor Arlene Tan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan.
____________________________________________________________________

kesimpulan? GaySec adalah amatur..tetapi effort yang diberikan untuk mengenalpasti siapa makcik durjana tu sepatutnya sangat dihargai..as they are hackers, meminta maaf merupakan jalan terbaik untuk menyelamatkan diri..buatnya server or sistem mereka kena rampas..perghh..tak berbulu la pulak nak bina satu sistem baru pulak kan..tu tak kira kalau kena saman..? kena naik court..? kena jail..? kena macam2 lagi lah!

but still..kita semua tahu siapa itu Nor Arlene Tan dan kelab yang diikutinya..sudah pasti akan menjadi satu bualan di starbucks atau rengit coffee..err..tempat bualan kena moden..kalau kedai kopi di warung2 cuma ad aorang tua borak pasal wrestling =P

anyway, GaySec tetap berjanji mahu membanteras mereka yang menghina agama islam di malaysia..kind of a nice thing to heard isnt it..hopefully their effort will be recognizes throughout the community even i do believe as they are ‘hackers’, it’s quite tricky to works undergrpund forever..

all the best to GaySec..! dan all the best to pihak berkuasa untuk membanteras ajaran dan fahaman sesat yang semakin berkembang di malaysia..they are bad u know..just imagine one day that our own muslim child be a member of ‘sesat’ committee just because their girlfriend/boyfriend ask them to do so.

nauzubillah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: