gagak..

tadi ketika saya memandu di lebuhraya psir gudang mahu datang kerja sekitar jam 0725H..eh..dah macam laporan polis la pulak..hwahwa..

suasana di lebuhraya pasir gudang pada waktu2 begitu memang sesak seperti biasa..semua orang mahu pergi kerja..semua orang mahu cepat..yang tak mahu cepat adalah manusia bodoh yang bawak kereta di lorong kanan dengan kelajuan 20km/j kot..manusia seperti itu adalah sengal dan super menyusahkan warga kerja yang lain..patut disingkirkan daripada hidup di dunia..

dalam masa jem tu..saya tengok2 sekitar..tengok pokok2..ada la beberapa burung gagak yang berterbangan..meriah juga kelihatannya..ye lah..tengah jem kan, mula perasan, “kan best kalau kereta pun ada sayap..” tapi nanti jem kat udara pulak..cis..

tapi yang jadik horrornya..burung2 gagak ni berterbangan..kemudian bergurau (bergurau ke?) sesama sendiri..dan tiba tiba dalam masa mereka berterbangan daripada satu pokok ke pokok yang lain merentasi lebuhraya, ada seekor gagak ni mencengkam seekor burung gagak yang lain dan burung gagak tu terus jatuh atas jalanraya betul2 di depan mata..

saya sempat mengelak dan bergerak seperti biasa..burung tu melalui bawah kereta saya dan bila saya tengok cermin pandang belakang, burung tu bergerak gerak dan seterusnya dilenyek tepat oleh sebuah kia carnival..

ohhh..sadisnya..

kesimpulannya..se best mana pun kita rasa sesuatu perkara itu..pasti ada masalah juga yang mungkin kita tak akan expect terjadi menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang..

se best mana pun burung gagak ada kepak dan bebas terbang kesana kemari, mereka masih ada masalah sehingga mengakibatkan kematian..sekurang kurangnya, memandu kereta walaupun dalam jem yang teruk, tidak akan membawa masalah sebesar burung gagak yang dilenyek tadi..

err..ada kaitan ke kesimpulan ni..? haa lantak..

One response to this post.

  1. kekee..lawak jugak kaitan antara burung gagak ngan memandu ek..tp..bolehlaaa…hahaha..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: