2014 FIFA World Cup AFC Qualification

source & translation with regards of Wikipedia..

Brazil merupakan tuan rumah kepada Piala Dunia 2014 dalam tempoh terdekat ini. Sekarang, pelbagai benua telah melangsungkan perlawanan pra kelayakan untuk bermain di Brazil nanti termasuk benua Asia. Pasukan Malaysia, dengan semangat baru membawa nama baik Malaysia sebagai juara Asia Tenggara juga turut terlibat dalam perlawanan pra kelayakan piala dunia kali ini..

Secara mudah, terdapat 43 pasukan yang akan bertanding mengikut format yang telah ditetapkan. Pasukan pasukan itu adalah,

1. pasukan yang menduduki ranking 5 terbaik asia yang akan mendapat ‘bye’ dan terus ke Pusingan Ketiga.
2. pasukan yang menduduki ranking 6 – 27 asia yang akan mendapat ‘bye’ dan terus ke Pusingan Kedua.
3. pasukan yang menduduki ranking 28 – 43 asia yang akan bermula daripada pusingan paling rendah, Pusingan Pertama.

5 Terbaik Asia (‘Bye’ Pusingan Ketiga)

  1.  Japan
  2.  South Korea
  3.  Australia
  4.  North Korea
  5.  Bahrain

Ranking 6 – 27 Asia (‘Bye’ Pusingan Kedua)

  1.  Saudi Arabia
  2.  Iran
  3.  Qatar
  4.  Uzbekistan
  5.  United Arab Emirates
  6.  Syria
  7.  Oman
  8.  Jordan
  9.  Iraq
  10.  Singapore
  11.  China PR
  12.  Kuwait
  13.  Thailand
  14.  Turkmenistan
  15.  Lebanon
  16.  Yemen
  17.  Tajikistan
  18.  Hong Kong
  19.  Indonesia
  20.  Kyrgyzstan
  21.  Maldives
  22.  India

Ranking 28 – 43 (Pusingan Pertama),

  1.  MALAYSIA
  2.  Afghanistan
  3.  Cambodia
  4.  Nepal
  5.  Bangladesh
  6.  Sri Lanka
  7.  Vietnam
  8.  Mongolia
  9.  Pakistan
  10.  Palestine
  11.  Timor-Leste
  12.  Macau
  13.  Chinese Taipei
  14.  Myanmar
  15.  Philippines
  16.  Laos

Pusingan Pertama,

Seperti Pusingan pra- kelayakan olimpik yang lepas, pasukan di dalam Pusingan Pertama akan berlawan sesama sendiri dalam ‘Home-Away System’ untuk mendapatkan 8 pasukan terbaik terus ke Pusingan Kedua. Dalam Pusingan Pertama, 16 Pasukan ini akan dibahagikan pula kepada dua kumpulan iaitu Pot A, ranking 28 – 35 dan Pot B, ranking 36 – 45. Malaysia berdasarkan prestasi cemerlang baru2 ini diletakkan dalam Pot A dan diundi bertemu dengan Chinese Taipei. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut,

1st Leg, di Malaysia,
Malaysia (2) vs Chinese Taipei (1)

2nd Leg, di Chinese Taipei
Chinese Taipei (3) vs Malaysia (2)

Aggregat
Malaysia (4) vs Chinese Taipei (4)

Tahniah untuk Malaysia kerana layak ke Pusingan Kedua berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Walaubagaimanapun, permainan Malaysia sungguh ‘biasa biasa’ saja dan mengurangkan keyakinan saya untuk menang dalam pusingan seterusnya..

Pusingan Kedua,

Malaysia dan 7 pasukan lain yang menang dalam Pusingan Pertama akan bertemu pula dengan pasukan yang telah mendapat ‘Bye’ di Pusingan Kedua. Dalam pusingan ini, Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan Singapura pada 23 dan 28 Julai nanti dan masih dalam format ‘Home-Away”..kira macam buku bertemu ruas ah..sekumpulan anak Malaysia akan bertemu dengan sekumpulan pemain import warganegara Singapura..lalalala~

Pusingan Ketiga,

15 pasukan yang berjaya menang dalam Pusingan Kedua pula, akan dikumpulkan bersama dengan pasukan yang mendapat ‘Bye’ di Pusingan Ketiga. 20 Pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Mereka yang berjaya mendapat Juara dan naib Juara setiap kumpulan akan layak ke Pusingan Keempat.

pergh..memang banyak lapis untuk ke Piala Dunia ni kan..dah macam interview Petronas lak..

Pusingan Keempat,

sebanyak 10 pasukan yang berjaya layak ke pusingan ini akan dibahagikan pula kepada 2 kumpulan di mana juara setiap kumpulan akan layak AUTOMATIK ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 di Brazil nanti..!

bayangkan lagu Negaraku dimainkan di Brazil..bertemu pula dengan pelbagai negara daripada benua yang berlainan..ohhh..i’m drooling…slurrrruuuupppppp~~

tapi untuk Malaysia melangkah ke Brazil, Malaysia perlu terlebih dahulu mengalahkan seteru utama kita iaitu Singapura. Diharapkan permainan kita bertambah matang dan lebih FOKUS terutaman di bahagian PERTAHANAN..any player will do almost everything as long it will helps their country eligible to play in Brazil..so beware!

Go Go Malaysia..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: