Melayu..

baru2 ini ada beberapa hal yang melibatkan melayu dan pada saya agak memalukan jugalah..daripada kes video porno yang pelakon dan tukang subahatnya Melayu..penonton dan peminta rasuahnya juga Melayu, perhimpunan bersih 2.0 walaupun initiatornya bukan Melayu tapi penggerak utamanya pula Melayu, perhimpunan bangang patriot dan perkasa juga dimulakan oleh Melayu..it seems like melayu is everywhere u know but unfortunately not in a good cause..

what makes Melayu so appealing is coz in malaysia, when we said Melayu, majority must be Muslim..jadi adakah Muslim seharusnya berperangai bukan2? tapi kita kan Melayu, so jangan terkejut lah kalau ada orang cakap, “eleh..negara Arab tu lagilah..lagi teruk!” it seems that melayu doesnt bother if we are bad as long there are some other people who are worst than us..kalau ranking tu ada 10, jika melayu dapat nombor 9 sekalipun, pasti ada bunyi, “takpe..janji tak corot..” this kind of mentality still exist today..

saya perhatikan dalam cerita cerita klasik zaman dulu kala juga ada menggambarkan yang melayu ni seorang yang mementingkan diri, sanggup menggadai maruah untuk peribadi, sanggup untuk menindas dan menyusahkan orang lain asalkan hasrat diri tercapai..even zaman dahulu kala pun sudah tertunjuk siapa melayu sebenarnya..

dalam kisah puteri gunung ledang misalnya..raja melayu begitu menyanjungi putri gunung ledang tersebut dan walaupun telah ditolak dengan sangat halus pinangan baginda, baginda kelihatan tak faham bahasa dan masih cuba memenuhi permintaan itu..

dalam proses memenuhkan permintaan puteri kayangan (kind of hasrat ke putrajaya??), raja itu terus memaksa rakyat2 supaya menuruti apa sahaja titah baginda tanpa banyak soal (rakyat2 yang menyokong membuta tuli)..raja itu juga memerah keringat semua pengawal2 supaya memastikan setiap kampung menurut kata mereka (maybe melalui perhimpunan bersih 2.0 dan juga acara2 lain yang timbulkan provokasi)..tak cukup dengan itu, sang raja juga sanggup mengorbankan darah daging sendiri untuk mendapatkan syarat terakhir iaitu semangkuk darah (seperti PAS yang akan dilupakan jika PR memerintah?)..

jika dikenang kembali, segala susah payah rakyat dan semua manusia yang terlibat adalah untuk hal peribadi sahaja iaitu untuk mengahwini puteri gunung ledang..jadi..adakah melayu sanggup menyusahkan melayu melayu lain semata mata hasrat peribadinya tercapai..? cerita klasik ini sudah bagi petunjuknya..

jangan dilupakan juga kisah klasik Hang Tuah..di mana Melayu bergaduh sesama Melayu kerana menegakkan prinsip masing2..kemudian tiba2 kedua dua pihak hilang entah ke mana sedangkan ayat bukan manis power lagi, “Takkan Melayu Hilang Di Dunia..” kind of tidak memenuhi prinsip sendiri..?

dalam kita berbangga dengan kejayaan Melayu sekarang berbanding masa dulu, kita lupa bahawa Melayu sekarang memang lebih mementingkan diri sendiri berbanding membangunkan sebuah kaum yang semakin ketinggalan..

saya ada terbaca satu artikel di mana hasil kaji selidik menunjukkan jika Melayu warga Singapura diganggu atau disusahkan oleh seorang warga China daripada negara besar  China sendiri, lebih 80% warga Singapura akan mempertahankan Melayu tersebut walaupun mereka berbangsa Cina..ini kerana pada mereka kaum sudah tidak ada lagi..yang ada cuma 1 Singapura..

kita? nama je 1Malaysia..tapi kalau melayu tu mendapat masalah, kita akan tengok parti politik dulu..kalau sama dengan parti politik kita, baru lah kita tolong..kalau bendera lain, huh..sorry lah..tu tak kira kalau kaum lain..kalau yang ditimpa masalah mungkin berbangsa india dan bendera DAP, melayu bendera BN tidak akan tolong melainkan ada kepentingan peribadi seperti menunjukkan mereka tu lebih baik daripada orang lain di malaysia..tapi kalau nak tolong masa tu, pastikan tv3, tv2 dan tv1 hadir sekali untuk merakamkan detik2 heroic tersebut~

memang letih cerita pasal melayu..memang terpaksa diakui melayu memang satu kaum yang mudah dipergunakan dan sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan peribadi..tapi nak buat macam mana..kita sepatutnya beruntung malaysia terdapat pelbagai kaum yang boleh kita lihat dengan mata sendiri di mana melayu yang baik dan di mana melayu yang scumbag..

kita juga dapat lihat dengan mata sendiri..di mana kita dalam tempoh 5 atau 10 tahun..adakah impian kaum yang mempergunakan melayu untuk jadikkan malaysia sebuah republik yang sama rata (tanpa kelebihan kepada melayu sebagai penduduk asal)  satu kejayaan..??

hopefully melayu boleh kembali bersatu dan maju seiring dengan kaum2 lain..

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: