Islam agama rasmi Malaysia

jadi..jangan pertikaikan..cuma pertikaikan istilah “RASMI” tu..rasanya tidak ada agama rasmi..yang ada cuma agama majoriti setiap negara..

Malaysia juga merupakan negara berasaskan keturunan Melayu yang sangat baik hati bagi jus soli kat kaum kaum lain..jadi lebih berhak terhadap segala bentuk pembangunan yang memihak kepada Melayu..

jadi..jangan pertikaikan..

jika Melayu itu hatinya kering dan berjiwa Yahudi, sudah pasti kaum lain akan jadi seperti Rohingya ataupun Tibet..tersisih kerana tidak sefahaman..

cuma apa yang Melayu perlu buat sekarang adalah “jangan poyo macam kita je betul”..sejarah dah menjadikan kita semua hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa..so live with it..

sikit2 nak Melayu itu..Melayu ini..kuil depan rumah buat upacara keagamaan, dah mengadu cakap bisinglah apa lah..tapi surau depan rumah yang ada 3 4 buah keluarga cina atau india di sekitar, bila mengadu pasal bacaan al quran dan bertasbih 5 minit sebelum azan, dah cakap tak menghormati sensitiviti kaum melayu Islam lak..kan ke tak adil tu..

again..live with it..kalau kita nak hati kering, kita dah buat daripada dulu lagi..tapi oleh kerana sejarah zaman dahulukala yang membawa kita pada hari ini, jadi apa lagi yang kita boleh lakukan..

pangkah PAS supaya Islam akan kembali ditegakkan..? ceh..PAS tu sampai satu masa hilanglah nanti..apabila satu masa nanti PAS diterajui oleh kumpulan so-called-korporat yang menggantikan kepimpinan ulama’ yang ada sekarang, PAS itu adalah Keadilan cuma nama sahaja berbeza..PAS will not be a saviour for islam and malays in malaysia..they will not..forever..

masakan pokok bergoyang jika tiada angin..takkan tiba2 terkeluar je bai’ah janji setia para paderi untuk menegakkan agama kristian sebagai agama rasmi malaysia..mesti ada puncanya..saya pasti juga..perkara ini ada kemungkinan besar benar2 berlaku..lagi2 bila tiba2 keluar ahli-DAP-yang-dibayar-untuk-mendedahkan perkara yang sebenar..

saya kurang pasti apa tujuan bai’ah itu diadakan..adakah mereka benar2 serius..? seperti ekstrimis berserban yang menyahut ‘allah akbar!’ setiap kali ceramah politik..adakah mereka benar2 maksudkannya..? atau adakah kerana apabila kita semua sudah berkumpul, maka ada lah sikit2 sifat ‘brotherhood’ itu timbul..

remind me back several years before i am older just like now..saya tak pernah pun fikir pasal pengorbanan ibu bapa saya terhadap saya ketika itu sehingga menitik air mata..sehingga rasa sangat insaf betapa susah payahnya mereka membesarkan saya..n yet..fikir kejap je..tapi hidup macam biasa jugak..main2 jugak..pergi main kuda jugak..pergi main game arcade curik2 jugak..tapi bila pergi ceramah motivasi dan apabila ditutup semua lampu..penceramah pun memulakan bicara..kemudian berjurai jurai juga air mata yang keluar mengenang keangungan ibu bapa saya ketika itu..

jadi..adakah sebab suasana yang mengubah keadaan sesuatu perkara..?

saya juga pernah pergi mandi manda di pantai bersama rakan rakan ketika di matrikulasi rasanya dulu..ada la dalam 6 7 orang i cant remember much..mandi2 tu seronok..tetapi oleh kerana rakan2 saya tu memang terkenal akan keislamikan mereka, tiba2..mereka berkumpul di dalam laut..mengajak saya sekali..berpegangan tangan dalam bentuk bulatan..mereka suruh saya menutup mata..tapi saya macam musykil..saya bukak jugak sikit2..

kemudian kami beristghfar..bertasbih..mengucap dua kalimah syahadah..kemudian seperti laungan ‘allah akbar’ dan laungan yang paling saya ingat antara banyak2 sebutan bahasa arab yag keluar adalah, ‘bai’ah bai’ah islamiah!” dilaungkan sebanyak tiga kali..ada juga beberapa orang keliling yang melihat je apa yang kami lakukan..tak pasti jika mereka takut atau tidak sebab ketika itu, musim pengebom berani mati tak berapa nak ‘up’ sangat..so ok je lah kot kan..

seriously..rakan2 saya menutup mata masing2..saya melihat seorang demi seorang di mana mereka semua sangat bersungguh sungguh dan bersemangat..seperti tertanam dalam jiwa masing2 bahawa mereka akan menegakkan agama islam sehingga titisan darah terakhir..i salute to all of them dan malu juga kerana saya ni jenis ‘biasa biasa je..’ huhu..

anyway..that’s the spirit yang mungkin timbul apabila kita sekelompok dalam satu nada yang sama..rakan2 paderi kristian itu juga..saya rasa, perkara yang sama juga berlaku..apabila mereka berkumpul, satu semangat ingin menguasai persekitaran akan timbul..apabila kita minoriti, kita rasa daripada diri kita sendiri, akan menjadikan kita semua majoriti satu hari nanti..

tapi bila kita dah sedia kala majoriti..mulalah lupa diri..menyampah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: