kita mungkin terlalu baik hati..

pagi tadi..ketika kami sedang briefing di luar pejabat, 6 buah jet pejuang yang saya percaya dari negara jiran melintasi udara..dengan kelajuan supersonik, bunyinya memang sangat membingitkan..kadang kala kami sendiri yang sedang berbincang terpaksa memberhentikan kata buat seketika..semata mata nak biar bunyi itu berlalu..

yang jadi peliknya..jet jet pejuang itu melintasi ruang udara malaysia..walaupun pada mulanya saya beranggapan keadaan di langit tidak sama dengan di bumi dan menjadikan walaupun kita nampak jet pejuang itu terbang di atas kita, tapi sebenarnya jet itu masih lagi dalam lingkungan ruang udara negara jiran..

tapi ini macam dah melampau..bukan setakat lagi atas kepala..malah dah terus melintasi lebih jauh ke dalam ruang udara malaysia..

adakah ini sebagai langkah berjaga jaga yang diambil mereka sebagai persediaan serang hendap al qaeda..ye lah..mereka ada sebuah kasino yang antara terbaik di asia tenggara..apatah lagi kos pertahanan mereka sangatlah tinggi dan mantap..

kita sibuk2 baru nak beli kapal selam..depa dah ada berbijik bijik kapal selam..siap boleh menyelam lagi..hehehe..

cuma..adakah operasi itu mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan malaysia..? dan jika ya benar mereka ada kebenaran, mengapa tiada amaran dikeluarkan terhadap mereka yang tinggal di persisiran pantai..? dan jika betul kebenaran dikeluarkan, apakah kelebihan yang kita dapat..? kita dapat jet mereka percuma sebijik ke..?

dan jika tiada kebenaran, atas sebab apa ruang udara kita boleh dicerobohi macam tu je..? adakah kerana semangat kejiranan, maka kita biar je negara kita yang berdaulat ini dipermainkan sentiasa..

di lebuh raya plus, dah lah rakyat kita sendiri yang dipermainkan dengan beberapa kenderaan plat seberang yang bawak kereta macam takde iman..yelah..mana nak jumpa haiwey straight dan lapang macam di negara mereka kan..

di laut pulak, atas kelemahan pentadbiran johor sendiri, pulau batu putih sudah jatuh ke tangan mereka..sedangkan jika di peta, haram jauh beza daripada segi kilometer antara mereka dengan kita..pulau itu memang pulau kita pada asalnya..dan sekarang, pulau pisang..memang ada kenyataan itu pulau kita, tapi sampai bila..? pihak berkuasa kita pun senyap je lagi..buatlah sesuatu encik..janganlah asyik sibuk jual pasir je ke negara sana..pastikan lah kehebatan Pelabuhan Tanjung Pelepas kita tidak hilang begitu sahaja kerana dah banyak pasir ditambak, kapal besar dah tak boleh masuk ke pelabuhan tu..

dan sekarang ruang udara kita pulak..? lepas ni apa..? ada jalan khas untuk mereka di negara ni..? koc keretapi khas..? pusat membeli belah khas..? tempat parking kereta khas..?

hmm..kita mungkin terlalu baik hati..

atau kita sebenarnya lemah..?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: