Selamat Hari Ibu

selamat hari ibu untuk semua ibu di dunia ini!

tapi ada jugak beberapa artikel yang saya baca tentang asal usul hari ibu yang dikatakan bercanggah dengan syariat islam..u know..? as the same macam hari valentine juga lah..maka conclusion daripada percanggahan ini, maka Hari Ibu itu HARAM untuk disambut hukumnya..cool kan..

entahlah..malaysia ni memang pantang pasal Halal Haram..bukan setakat pasal makanan which is good coz makanan tu penting sebagai darah daging kita kan..tapi pasal perkara perkara lain juga..

masalahnya, ada beberapa pihak lebih gemar tentang halal haram atau syak wasangka kepada benda benda yang remeh..malah..sangat remeh kot..kadangkala, key chain ada gambar kuda laut pun boleh dikatakan menghina islam kerana apa..? kerana ada unsur unsur tulisan allah dalam lukisan tu..

bekas gula gula getah pun jadi isu sebab kelihatan wujud simbol salib pada bekas tersebut..

kemudian the most famous tarian poco poco..tu pun jadik isu malah digembar gemburkan dengan sangat besar macam takde hari esok..

berkaitan hari dan tarikh pula..setakat hari valentine tu, memang benar pengharamannya adalah baik kerana tidak langsung mendatangkan kebaikan untuk manusia sejagat..

hari itu, semua gadis tidak perlu pakai seluar dalam kerana meraikan kebebasan hari valentine..wat the hell..? hari valentine juga, jika di negara barat, menjadi hari melampiaskan percintaan berbentuk nafsu semata mata..

hari valentine juga, hari penuh pembaziran..dan dan hari tu beli bunga..beli coklat..beli segala macam hadiah hanya untuk kekasih yang kita belum pasti kenapa orang itu mencintai kita..jika sebab sayang, daripada mana datangnya sayang tu..? adakah sebab daripada body yang lentik? dada yang besar? gaya yang seksi? punggung yang mantap? muka yang cantik sampai geram nak gigit2..? cuba hari tu si gadis jangan bagi si jantan dia pegang tangan ketika berjalan jalan..mau muncung kerana ‘tak dapat apa yang dia nak’..so hari valentine do have a sense untuk diharamkan di malaysia..

jika hari ibu ingin disamakan dengan hari valentine sampai kononnya haram untuk kita menyambutnya..apakah basic untuk perkara tu..? jika setakat sejarah yang kita ambil, saya rasa belum cukup kuat kerana kasih sayang kita terhadap ibu melangkaui apa juga sejarah yang ada..

satu ketika dulu, saya rasa mungkin ada antara kita pernah membenci seorang ibu kerana tak belikan kita gula2..ataupun lebih memanjakan adik kita yang lain ataupun emak kita sangat garang sampai memang menyampah lah kita dengan ibu kita tu..tapi sekarang kita semua dah besar, dah ada akal fikiran yang waras..maka adakah benci itu masih applied sehingga sekarang..?

“kenapa kau tak suka dengan emak kau..?” tanya Encik A kepada rakannya, Encik B seorang pegawai bank..

“sebab dulu masa kecik2, emak aku selalu tak bagi aku beli coklat tora..aku nak sangat mainan dalam dia..huh..” jawab Encik B..

pernah ke kita dengar dendam sampai macam tu sekali..? oleh itu, apa salahnya jika disebut “Hari Ibu”..maka kita sebagai seorang anak akan mengenang semua kisah kisah bersama ibu yang tersayang..betapa nakalnya kita ketika itu sehingga kita tak pernah kisah apa perasaan seorang ibu apabila dipanggil guru disiplin ke sekolah..?

betapa remuknya hati ibu bila result kita teruk sedangkan dia yang bagi kita duit sekolah setiap hari dan tak pernah penat berpesan supaya, “belajar pandai2..dah besar nanti boleh hidup senang..”

betapa kecewanya hati seorang ibu bila anak yang dijaganya sejak kecil rupa rupanya menghina dan memaki hamum ibunya sendiri semata mata ibu itu menegur isteri kita..

betapa luluhnya jiwa seorang ibu bila apabila sudah tua, terus diletak di rumah orang orang tua..sedangkan ketika kita tidak bermaya waktu kecil, beliaulah yang menjaga kita sehari semalam tanpa kenal erti jemu..

kemudian tiba2 hari ibu diharamkan kerana sejarah..?? sejarah hidup kita bersama ibu lebih penting daripada asal usul hari ibu itu sendiri..bukan Hari Ibu yang kita patut sambut..tetapi apabila timbulnya musim “Hari Ibu”, maka segala kenangan kita dengan Ibu kita sendiri akan muncul dengan sendirinya..jadi apa salahnya kita mengambil hari itu dengan menghubungi Ibu kita dan ucapkan “Terima Kasih Ibu..” berbanding kita fikir “ish haram hari ni..tak nak ah aku telefon emak aku pada hari ini..”

yup..benar..hari hari adalah hari ibu..tapi janganlah kita menutup ruang semangat kekeluargaan dengan sebab sebab yang sangat kecil..Ibu adalah segalanya..selagi sambutan itu tidak diselangi dengan perkara perkara yang berlebih lebihan dan menimbulkan maksiat, jadikanlah musim Hari Ibu sebagai penaik semangat supaya kita tidak akan lupa siapa kita pada asalnya dan siapa kita pada hari ini..

p/s : Selamat Hari Ibu kepada Mauri-Pan, seorang Ibu yang berjasa terhadap pembangunan roti di seluruh Malaysia..Selamat Hari Ibu, Ibu Roti~~ =P

2 responses to this post.

  1. SELAMAT HARI IBU…. BUAT OMAK YANG TERCINTA .AKAK SAYANG OMAK…

    Balas

  2. HARI GURU ….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: