RON97 naik harga lagi!

not sure how i would like to see this issue..is it from the good side..or as usual, from the bad and suspicious side..

kenaikan harga minyak RON97 sangat menjadi isu dalam kalangan masyarakat malaysia..iyelah..selain melayu dan islam, minyak juga merupakan perkara yang sangat sensitif pada kita..

macam biasa, gomen pun cakaplah “minyak kita merupakan yang termurah di rantau ini..” wat de fak? memang lah termurah tapi even se”murah” RM2.90 pun belum tentu sebahagian besar rakyat malaysia mampu menggunakannya secara tetap..maksud murah tu, cuma applied kat penyeludup minyak di sempadan thailand dan juga pelancong2 singapura yang berkunjung ke malaysia dengan kerap..yup..minyak kita sangat murah pada mereka..naiklah sampai RM3.20 sekalipun, saya pasti, orang singapura masih cool lagi..apatah lagi para penyeludup di utara tu..mereka masih lagi dikira untung..

tapi ada ke orang nak smuggle RON97..? haa entahlah..

kita mula dengan RON95..

RON95 minyak standard yang semua orang pakai walaupun saya rasa minyak tu sebenarnya RON94 yang ditambah additive untuk jimatkan kos..petronas la yang saya rasa macam tu..sebab mula2 guna RON95 dulu dari petronas, sangat lah bebal kereta saya jadik..berat semacam je..sangat berbeza dengan biasa..apatah lagi bila compare dengan rakan2 lain yang guna minyak luar negara..minyak luar negara lebih berkualiti..

dalam hati saya, biasalah GLC..kena jana untung by hook or by crook sebab sebahagian untung tu disumbangkan kepada “pembangunan malaysia” =P

tapi!!!! petronas dah kenalkan minyak RON95 EXTRA..saya rasa minyak ni barulah betul RON95 setanding dengan minyak2 luar negara di malaysia ni..hopefully lah kan~

jadi, RON95 masih bersesuaian dengan harganya RM1.90 setakat ini dan jika RON95 naik harga, saya rasa boleh tumbang satu kerajaan yang ada sekarang..walaupun belum tentu kerajaan baru akan turunkan harga minyak tu..sepatunya RON95 perlu kekal harganya kerana harga minyak pun boleh dikatakan stabil setakat ini..

untuk RON97..

jika dinamakan premium, tentulah datang dengan harganya kan..

kereta BMW jika dinaikkan harga minimum RM500k sebuah..saya rasa setakat rakyat marhaenis akan cakap, “hell do i care!” janji kereta biasa proton, perodua, toyota, mitsubishi dan lain2 yang biasa2 tu masih lagi harganya mampu milik..yang marah cuma golongan berada yang memang ada niat nak pakai BMW..

motosikal Harley Davidson atau motor2 besar yang harganya sama macam kereta, dinaikkan juga harga minimum kepada RM100k sebuah..macam biasa, setakat rakyat marhaenis pasti akan cakap, “hell do i care..?? or do i look like i care..??” (note, rakyat marhaenis semakin bijak sekarang, dah ramai cakap bahasa inggeris =P)..janji motor biasa modenas, yamaha laginda (search youtube, kamen rider kepong), demak, nitro dan lain2 yang seangkatan masik mampu milik..bukan setakat mampu milik, jenama2 itu juga masih berkualiti..yang cuma bising mereka yang memang penggemar motor berkuasa tinggi..majoritinya, mereka ini semua golongan berada..

kemudian harga makanan2 premium seperti KFC, MCDonald, Burger King, Manhattan Fish Market dan yang seangkatan dengannya juga dinaikkan harga kepada RM20 hingga RM80 sepinggan ikut keadaan..this is arguable for certain person tapi untuk mereka yang di kampung2, yang hidupnya ala kadar, seharusnya akan berbunyi juga, “shit..i dont care any! as long my standard food..rice, eggs, vegetables, chicken, meat, rempah ratus, is all still affordable and i still can eat what i want..” yang marah cuma penggemar setia makanan2 tersebut yang jika mereka tak makan benda2 premium macam tu pun, takdenya boleh bawak mati..rata2 penggemar ini pula mampu untuk makan benda2 tu at least seminggu sekali..

kemudian alat2 elektrik premium juga ada harga minimum yang tinggi..penghawa dingin misalnya, kita tetapkan harga minimum RM2k sebuah..pada mereka yang bukan level2 pengguna barangan premium seperti air cond tu, maka gunalah kipas..jika bukan kipas biasa pun, kipas remote..still harganya masih affordable..

televisyen, tv flat screen kita tetapkan harga minimum RM4k sebuah..mereka yang golongan berada sudah tentu merungut kerana mahal tapi adakah mereka yang duduk di rumah PPRT itu ambil kisah..? asal ada tv..dapat tahu perkembangan semasa walaupun tv kotak bersaiz 14 inci second hand pun sudah memadai..

jadi..RON97..merupakan minyak premium..semua orang memuji minyak ini kerana keberkesanannya untuk prestasi yang membanggakan..saya juga merupakan pengguna RON97 jika saya ingin jalan jauh..yup..memang sangat puas hati..tapi benda baik, itulah harganya..jika naik RM4.00 sekalipun, minyak RON97 merupakan minyak premium yang tidak ada had harga..

pernah tengok mereka yang bongkar kereta standard dan masukkan barang2 premium? ganti ekzos, ganti barang2 dalam enjin, ganti piping, tukar sport rim, masuk adjustable suspension, brake pad brembo..ini kerana mereka mahukan prestasi yang baik..dan prestasi yang baik, datang dengan harga yang ‘baik’ juga..

jika kita kurang peduli dengan barang2 premium itu, maka kereta standard sudah memadai untuk membawa kita ke mana2..

walapun RON97 naik harga, tapi RON95 masih lagi harga yang sama..jika nak cakap minyak RON95 di malaysia bernilai bullshit especially petronas, maka gunalah shell atau esso dan ada rakan saya cakap gunakan caltex yang dikatakan lebih berkuasa..

bila kerajaan naikkan harga minyak, semua orang bising dan mahu tukar kerajaan yang dikatakan korup..tapi seperti yang saya katakan, “minyak” merupakan perkara sensitif..walaupun yang naik cuma minyak premium, mereka masih juga bising2..

mungkin ada orang boleh menyangkal kerana minyak premium ni kualitinya lebih baik dan lebih bagus untuk enjin..tapi renungkan, guna kereta BMW juga lebih bagus, guna motor harley davidson juga lebih berkuasa, guna penghawa dingin di rumah juga lebih selesa, malah guna tv flat screen 42 inci juga menambah seri rumah..lagipun, modify kereta kaw kaw juga merupakan suatu kepuasan..tapi adakah itu semua satu keperluan atau mungkin sebenarnya cuma satu keinginan..?

bergantunglah pada diri sendiri..lihat kemampuan dan jangan biarkan sentimen menguasai kita..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: