sumpah laknat..

sesiapa yang berani bersumpah laknat merupakan orang yang sangat yakin dan sangat berani..

saya terpanggil untuk komen tentang ini kerana baru2 ini kisah sumpah laknat menjadi isu utama dalam penentuan siapa pelaku video seks yang menyerupai anwar ibrahim..

trio datuk T akhirnya membuat kenyataan akhbar bahawa mereka akan melakukan sumpah laknat di masjid pada hari ini untuk menunjukkan bahawa mereka berada di pihak yang benar..mereka juga mengajar saudara anwar ibrahim untuk melakukan perkara yang sama..

persoalannya..sejauh mana sumpah laknat ini akan diterima..?

dulu dulu dalam fikiran saya, setiap kali orang yang bersumpah laknat walaupun dirinya salah, serta merta akan wujud petir yang terus menyambar dan membakar dirinya di tengah2 panas terik matahari..

ataupun habis sahaja sumpah laknat, pihak satu lagi pula akan terus tiba tiba berubah menjadi batu kerana laknat allah yang diturunkan ke atasnya..

it wont happen rite..

sumpah laknat pada saya merupakan jalan terakhir untuk menegakkan pendirian seseorang berkaitan sesuatu isu..walaupun namanya laknat dan sangat kasar tapi saya percaya bahawa laknat itu tidak akan datang serta merta seperti yang saya bayangkan macam dalam cerita si tanggang..

saya kurang pasti tentang anda tetapi bayangkan..just bayangkan..kita di pihak yang benar..dan ingin menegakkan pendirian sesuatu isu, kemudia kita pun pergi masjid dan melakukan sumpah laknat supaya pihak yang salah akan menerima pengajaran..akhirnya, sumpah laknat dilakukan..

kemudian..selang sebulan..ketika kita sedang memandu kereta, terlibat di dalam kemalangan yang teruk sehingga mengakibatkan patah kaki atau tangan..kemalangan itu pula disebabkan oleh pihak lain yang melakukan kesalahan dan bukan kerana kecuaian kita..

jadi..adakah itu juga dikira sebagai laknat di mata masyarakat walaupun kita tahu kita di pihak yang benar..? bukankah itu sudah menunjukkan yang kita ni berada di pihak yang salah..macam tu ke..?

ataupun satu lagi pendapat, kita tak akan ditimpa apa apa kecelakaan sepanjang kita membuat sumpah laknat..adakah begitu..? bermakna selepas sahaja sumpah laknat, kita terus kebal daripada sebarang kecelakaan yang mungkin akan menimpa kerana kita di pihak yang benar..

it’s hard if we want to say that we are playing god dengan melakukan sumpah laknat yang sangat sensitif walaupun kita sentiasa beriman kepada qada dan qadar allah..walaupun kita benar sekalipun dan melakukan sumpah laknat, tapi diri kita sendiri merupakan milik mutlak allah yang maha mencipta..segala apa kemungkinan masih boleh terjadi terhadap diri kita sebagai manausia yang lemah ini..

sepanjang pengamatan saya terhadap sumpah di masjid..tidak ada satu pihak pun yang tertunjuk sama ada mereka berada di pihak yang benar atau salah..saiful bukhari dulu pun bersumpah juga..tapi sampai sekarang saya masih kurang pasti apa kesan sumpah itu..adakah setakat nak publisiti..?

dan jika benar sumpah itu boleh memberi kesedaran, kenapa pihak yang sentiasa mempertahankan dirinya difitnah tu tak melakukan sumpah yang sama..?

for me..im sorry to say..but nowadays, sumpah laknat is not acceptable..benar atau salah..biarlah pihak perundangan yang menentukan..jika yang benar tu dijatuhkan hukuman sebagai pesalah, seperti saya katakan..kita sentiasa beriman dengan qada dan qadar allah dan apa yang kita lakukan di muka bumi ini sentiasa ada balasannya walaupun sekecil zarah sekalipun..yang benar tetap benar..dan yang salah tentu akan ada balasannya suatu hari nanti..

kenap mesti sumpah laknat jika kita pun belum pasti sumpah itu kelihatan akan berpihak kepada kita atau sebaliknya..

jika perundangan pihak berkuasa yang diambil kira..kenapa tak guna sahaja mesin pengesan pembohongan yang super jitu dan memang terbukti di peringkat antarabangsa..lebih baik masa2 hakim dan peguam itu digunakan untuk membanteras rasuah dan korupsi yang lain daripada bertungkus lumus untuk selesaikan satu kes yang penuh misteri ni..

2 responses to this post.

  1. btul2..saya setuju..

    benda mcm ni tak sesuai utk zaman sekarang sbb rami dah tak faham. kalau tetiba orang yang benar tu disihir orang selepas dia bersumpah..sedangkan balasan utk yang salah tu sampai lambat, ada kemungkinan boleh menimbulkan salah faham terutaman bagi orang2 yang suka amik kesempatan mem’politikkan isu.

    Balas

  2. Posted by Matjai on Mei 1, 2011 at 3:23 pm

    Good post.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: