Majlis Fatwa tak halang poco-poco

this is my post regarding pengharaman poco poco di perak..

akhirnya, baru baru ini, majlis fatwa kebangsaan sebulat suara memutuskan bahawa poco poco masih boleh terus diamalkan di malaysia..cuma kali ini tak keluar surat rasmi macma perak buat la pulak..cuma boleh baca di suratkhabar sahaja..jadiklah kan..sekurang kurangnya semua orang yang tertanya tanya selama ini terjawab sudah..

walaubagaimanapun, kerajaan negeri perak masih dengan pendiriannya supaya tarian poco poco tidak dibenarkan dalam kawasan jajahan perak..sebab mengapa mereka masih mengharamkannya, saya tidak pasti..jika kerana penyelidikan yang telah mereka lakukan, saya expect mereka akan kembali ke majlis fatwa kebangsaan untuk membentangkan point penting untuk menegakkan pendirian mereka dalam isu ini..

hmm..pada saya selepas majlis fatwa kebangsaan memutuskan poco poco bukanlah satu ancaman kepada islam berdasarkan kepada Garis Panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu, mata semua sudah pasti tertumpu kepada majlis mufti perak sahaja..bagaimana mereka boleh mengeluarkan kenyataan yang cuma applied di perak dan bukan keseluruhan malaysia..?

yes..it;s a small issue..but gives quite a big impact for malaysian muslims..

1. mereka yang bersetuju dengan pengharaman poco poco tentu rasa tercabar dengan keseluruhan majlis fatwa kebangsaan..menjadikan akan timbul semangat berpecah belah..

2. mereka yang menyokong tan sri harussani akan sentiasa berada pada satu pihak sahaja..segala pendapat oleh mufti lain ada kemungkinan akan kurang diterima..

3.pengamal poco poco di negeri lain akan dipandang serong jika persatuan islam di perak yang menyokong pengharamannya melihat tarian ini dilakukan dengan berleluasa..

4. mereka yang mengamal poco poco di perak akan rasa serba salah..fatwa kebangssaan lebih besar daripada mufti negeri..tapi mufti negeri mengharamkan pula tarian itu..so how..? adakah mereka akan memandang serong pula kepada persatuan islam perak itu..? berpecah belah lagi?

5. menggambarkan bahawa muslim di malaysia tidak bersatu bukan sahaja daripada segi politik, tapi daripada segi sosial kehidupan juga..

diharapkan selepas ini..setiap fatwa atau pendapat yang melibatkan kepentingan perpaduan muslim di malaysia, akan dibentangkan terlebih dahulu di majlis fatwa kebangsaan..tidak seharusnya majlis mufti perak terus mengeluarkan pekeliling sedangkan majlis fatwa kebangsaan belum memutuskan apa apa..

kita orang islam sentiasa diperhatikan..jangan kerana perkra sekecil ini akan menjadikan kita kelihatan lemah pada kaca mata masyarakat berbilang agama yang lain..

3 responses to this post.

  1. Posted by AzamHassan on April 23, 2011 at 10:20 am

    some link to tan sri harussani’s further discussion regarding poco2..tepuk dada..tanya selera,

    http://utusan-malaysia-online.com/mufti-akidah-lebih-penting-antara-sembilan-asas-perak-haram-poco-poco

    Balas

  2. selain poco2..byk lagi exercise kat dunia ni…
    buat la J-robik ke…zapin ke…inang ke…
    xpe..yg ini,xdela namenye berlaku perpecahan..ni namenye berselisih pendapat..=)

    Balas

    • Posted by AzamHassan on April 25, 2011 at 10:12 am

      itulah..tapi sayangnya, kita berselisih dulu..kemudian baru berbincang..apa salahnya berbincang dulu kemudian baru keluarkan satu statement..hehe..

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: