1Melayu, 1Bumi

Utusan Malaysia, sebuah akhbar prokerajaan dalam satu ruangan rencananya menyeru supaya Melayu di seluruh Malaysia bersatu dan memperjuangkan slogan 1Melayu, 1Bumi supaya menjadi medium utama perjuangan kaum Melayu di Malaysia..

saya kurang pasti dengan idea ini..menunjukkan seolah olah Melayu ni takde kerja lain kecuali berpolitik sehinggakan perjuangan cuma boleh ditonjolkan dalam arena politik sahaja..

alasan perjuangan 1Melayu, 1Bumi adalah supaya dapat melawan atau setidak tidaknya setanding dengan semangat ‘brotherhood’ kaum Cina..ya..terbukti sejak beberapa puluh tahun sudah, kaum Cina amat bersatu dalam menentukan hala tuju politik mereka..hanya segelintir kecil kaum Cina yang mementingkan karier politik masing2 tidak akan bersuara menyatakan pendapat masing2..

hakikatnya, kaum Cina, bergaduh di atas kertas undi tetapi bersama minum kopi apabila menyambut Tahun baru Cina..

itulah yang cuba ditiru oleh penulis artikel Utusan Malaysia tersebut, Melayu perlulah bersatu..lebih bersatu daripada apa yang telah berlaku sekarang..

Kemenangan beberapa kerusi oleh DAP di sarawak menunjukkan bahawa kaum Cina mempunyai masalah dengan sistem pentadbiran Melayu Malaysia..mereka inginkan perubahan..

cuma..mengapa dalam pada mereka inginkan perubahan..kita pula terpaksa menanamkan sifat perkauman dalam diri..? sudah tentu jika kita semakin bersifat perkauman, semangat perubahan mereka akan lebih ketara bukan..?

Perkasa, sebuah parti ekstrim pro Melayu pula akan melancarkan ‘Perhimpunan Melayu’ di kedah..dan salah satu isi kandungan perjumpaan itu adalah dengan mengumumkan gerakan 1Melayu, 1Bumi..

i dont like Perkasa actually..they are too much to reform Malaysia..mereka kelihatan seperti berselindung di belakang nama ‘Melayu’ supaya ramai rakyat akan bersama mereka..hakikatnya, apa yang cuba mereka perjuangkan cuma untuk menguasai negara sahaja..

Kaum Cina sebenarnya sudah maju jauh daripada Melayu..mereka sudah lama sedar dan faham apakah cara terbaik untuk emmastikan mereka sentiasa berkuasa dalam apa juga bidang yang ada..

penubuhan SRJK (C), memberi mereka peluang yang besar untuk memastikan anak didik mereka akan sentiasa berpegang kepada sifat ‘persahabatan’ sesama cina yang tak mungkin akan padam..

kaum Cina juga sedar bahawa perniagaan merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan legacy Cina akan kekal dan teguh walaupun sesuatu kawasan itu dikuasai Melayu..

kaum Cina juga telah maju kehadapan dengan memastikan sistem pendidikan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi..

jika dirungkai dalam masyarakat melayu, masyarakat melayu tidak pernah kisah walau satu hal pun tentang konsep yang kaum cina telah perjuangkan..pendidikan, perniagaan, perjuangan kebanyakan orang melayu cuma berkisar kepada keuntungan dan bukan kepada semangat brotherhood..

masyarakat melayu lebih gemar berpolitik..terbukti dengan tertubuhnya sangat banyak pertubuhan NGO yang tak menyumbang terhadap pembangunan negara..yang mereka tahu, apabila ada stu isu panas keluar berita, mereka akan berkumpul membantah, berpiket, buat kenyataan akhbar ataupun membuat laporan polis..that’s it..selepas itu kita tak akan dengar lagi apa2 berita daripada mereka..

tujuan? kurang pasti..tapi dengan cara itu NGO NGO tersebut lebih dikenali..so tujuan utama adalah ingin dikenali mungkin..

rakyat bukan melayu di malaysia sangat sensitif dengan perkataan “melayu’ dan ‘islam’..kejatuhan Pak Lah adalah disebabkan semangat ekstrim keislaman yang cuba diterapkan dalam sebuah negara berbilang kaum berbilang agama..ditambah dengan sogokan dan momokan para politicians yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada..akhirnya? kerana sifat ekstrim itu, kerajaan nyaris kalah para PRU yang lepas..

kenapa kita tidak ambil pengajaran itu dan tiba2 ingat menimbulkan semangat ekstrim melayu..? bukankah 1Malaysia sudah cukup memastikan melayu kekal berkuasa dan dihormati disamping menjaga hati kaum2 lain..? tidak cukupkah dengan itu..?

kaum melayu memang bersatu..tetapi politik tu telah menanam sifat kebencian dalam diri melayu itu sendiri..

kerajaan menanam sifat kebencian kepada pemimpin melayu pembangkang..pembangkang pula melakukan perkara yang sama..

teringin untuk melihat saudara anwar ibrahim, datuk nik aziz, datuk najib duduk semeja dan berbincang tentang masa depan melayu..? tunggu kucing bertanduk mati kemudian hidup semula dalam nyawanya yang ketujuh pun belum tentu..

ini kerana, setiap apa yang diperjuangkan oleh setiap personnel itu cuma bernama ‘melayu’ tetapi membawa fahaman politik masing2 untuk menaikkan diri sendiri..

1Melayu, 1Bumi is a bad idea..unless we malays is only a minority in the country..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: