poco poco difatwakan haram di perak..

surat rasmi pengharaman poco poco di perak

ini merupakan surat rasmi kerajaan perak berkaitan poco poco..

so then, i believe poco2 will die in malaysia..seriously..when it comes to halal haram, malaysian nowadays gives much more attention compared to several years ago..

basic kepada pengharaman poco poco adalah kerana tarian ini menyerupai amalam pemujaan dan juga menyerupai pergerakan agama tertentu..

i dont know..i cant complaint much coz jabatan mufti dah menyatakan sedemikian..in addition, cuma kerajaan negeri perak yang mengharamkan dan bukan seluruh kerajaan malaysia atau pun paling tidak kerajaan negeri2 lain..

means that poco poco is still ‘ok’ in other state..rite..?

asal usul tarian poco poco adalah dari pelbagai tempat..kebanyakan yang saya dengar adalah dari indonesia..lirik lagunya sendiri pun sebenarnya adalah tentang seorang lelaki yang memuji muji kecantikan seorang wanita..

Lirik Lagu Poco-Poco

Balenggang pata-pata,
(Jalannya berlenggang)

Ngana pe goyang… pica-pica,
(Goyangan badan mu… lincah)

Ngana pe bodi… poco-poco,
(Tubuhmu yang berisi dan lincah)

cuma ngana yang kita cinta,
(Hanya kamu yang ku cinta)

cuma ngana yang kita sayang,
(Hanya kamu yang ku sayang)

cuma ngana suka bikin pusing.
(Hanya kamu suka buat aku pening)

taken from : http://anizyn.blogspot.com/2010/01/lirik-lagu-poco-poco.html

saya mula diperkenalkan dengan poco poco adalah ketika saya dalam tahun 2 di kampus..ketika itu saya mengikuti lawatan ke KUKUM (sekarang Universiti Malaysia Perlis)..ketika pagi2 dikejutkan daripada tidur, satu kampus terus berarak ke padang, berkumpul dan seterusnya terus melakukan senaman ringan disusuli dengan tarian poco2 ni lah..

saya diberitahu bahawa tarian poco poco ini dibawa dari indonesia oleh naib canselor KUKUM ketika itu yang merupakan seorang mejar bersara tentera darat (betulkan jika saya salah)..beliau mendapat ilham memperkenalkan tarian poco poco di KUKUm ketiak itu apabila melihat askar indonesia melakukannya dengan sangat kemas..

saya faham..walaupun saya cuma sebagai seorang ahli palapes, tarian poco2 sangat mendapat tempat dalam kalangan askar kerana disiplin tariannya seakan akan sebuah kawad yang sempurna..pergerakannya tetap dan cantik..terdapat 9 atau 10 pergerakan terkawal jika dijumlahkan kesemuanya setakat mana yang saya dapat recall..

yang menjadi isu cuma kombinasi gerakan pertama yang menyerupai salib, tetapi koleksi pergerakan lagi memang tarian yang pada saya berdisiplin dan mempunyai step yang terkawal..yang penting, tidak langsung menyerupai salib..setiap jurulatih palapes sama ada pegawai atau LLP di kampus saya juga boleh menari tarian poco poco dengan pelbagai kombinasi dengan cantik..lagi2 jika dibuat secara beramai ramai..

tarian yang terkawal..atau senang saya katakan sebagai kawad tarian yang mudah..menjadikan kami sebagai palapes dan saya boleh katakan setiap ali palapes di setiap IPTA sangat memahami gerakan tarian poco poco ini..for me personally, it was a nice dance..

selepas daripada itu, tarian poco poco merupakan satu tarian yang wajib untuk semua sama ada untuk berhibur ataupun untuk bersenam..both will do very well..di kampus saya..ataupun ketika saya di mana2..tarian poco poco sangat disenangi ramai..cuma kebanyakan step yang dilakukan cuma step yang pertama..yang menyerupai salib tadi tu lah..step yang lain perlukan pembelajaran yang lebih untuk memahami pergerakannya..

that’s why bila keluar fatwa pengharaman poco poco..im not sure how to respond..coz lagunya tidak memuja syaitan atau roh, pergerakan yang menyerupai salib pula cuma satu daripada beberapa kombinasi pergerakan lain..dan asal usul perkembangan di negara kita bukan berlandaskan pemujaan roh kerana di malaysia, rakyat beragama lebih ramai daripada mereka yang menyembah alam..asal usulnya seperti di KUKUM ketika itu adalah daripada tarian askar di indonesia..

saya mungkin akan dikecam dengan pendapat ini kerana seolah olah saya melawan fatwa mufti..tapi ada juga fatwa mufti yang mengharamkan rokok..semua orang senyap je la pulak..

secara peribadi..saya masih lagi tidak menganggap tarian poco poco menyerupai pergerakan salib atau menyerupai pergerakan menyembah roh di jamaica..

pergerakan menyembah roh di jamaica adalah yang dinamakan POCOMANIA..ya..POCOMANIA ini directly related to menyembah roh dan syaitan yang menjadi asas pengharaman tarian poco poco..

berikut adalah video daripada youtube tentang pocomania..saya tak rasa tarian poco poco menyerupai tarian ini,

mengenai menyerupai salib pula, saya sangat tak pasti..adakah lepas ini tarian para oleh para otai beret maroon kita akan diklasifikasikan sebagai menyerupai salib berdasarkan pergerakannya..?

ya..memang cuma depan kiri dan kanan..tetapi tarian poco poco juga asalnya adalah kiri kanan dan belakang..jika dilakukan berulang ulang kali..maka kelihatan penari akan bergerak ke sekeliling arah..ini yang dikatakan menyerupai salib tu..

remember..cuma kombinasi pergerakan pertama ini sahaja yang dikatakan menyerupai salib..tetapi masih terdapat banyak lagi kombinasi pergerakan tarian poco poco..

pertama tamanya sekali..jangan melawan cakap mufti..mereka telah bermesyuarat dan saya yakin fakta dan hujah yang mereka gunakan adalah berilmiah dan jitu daripada pelbagai sudut..

jika keputusan pengharaman ini dipengaruhi oleh tekanan beberapa pihak tertentu dan pengharaman poco poco juga berlandaskan ‘pocomania’ dan ‘pergerakan salib yang tidak nyata’, mufti perak harus mengeluarkan pamphlet, flyers, ulasan video di u tube dan asas2 kepada pengharaman poco poco itu supaya rakyat malaysia tidak berdebat sesama sendiri..

2 responses to this post.

  1. […] this is my post regarding pengharaman poco poco di perak.. […]

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: