Lee Kuan Yew minta penduduk Islam kurangkan ketegasan beragama

1st thing 1st..adakah dia cakap tentang penduduk Islam Singapura ataupun penduduk Islam secara keseluruhan..? pastinya untuk penduduk Singapura sahaja kan..kalau nak cakap secara keseluruhan, selagi kita ni Asia Tenggara, tidak ada siapa akan dengar suara kita kecuali suara Tun Dr Mahathir atau Bung Suekarno..

Lee Kuan Yew stated in his latest everlasting-controversial-words yang menyeru supaya Muslim kurangkan ketegasan di dalam beragama..ini kerana padanya, kerana agama Islam itulah yang membuatkan kita Muslim tidak mudah maju dan bergaul dengan orang lain yang berlainan agama..harsh isnt it..?

in certain point..i agree with him..but in another part and taking him in regards that he does not understand who Muslim actually is, i totally disagree..Lee Kuan Yew tidak pula menyatakan apakah perkara yang ‘tegas’ yang patut kita ‘kurangkan’ tu..boleh jadi pelbagai perkara yang dia dah campur aduk memandangkan beliau bukan seorang Muslim yang sangat faham apa itu ajaran Islam..

bahagian yang saya bersetuju adalah tentang kurangkan ketegasan agama Islam dan jika ikut balik percakapannya supaya Muslim tidak ketinggalan dalam kehidupan, ada beberapa perkara di mana agama Islam itu merupakan agama yang bertoleransi..

mungkin saudara Lee Kuan Yew merujuk Muslim itu sebagai seorang yang sangat tegas sehinggakan seorang Muslim itu wajib memakai purdah sepanjang masa..wajib beribadat sebilang waktu..wajib juga mengunjungi masjid tepat azan berkumandang..mungkin itu dalam fikiran beliau..ini kerana jika kita semua wajib melakukan itu semua, sudah pasti kita semua akan bermasalah untuk memajukan diri..

n yet..kita dsyariatkan untuk Solat 5 waktu sehari semalam contohnya tapi tidak pula kita diwajibkan solat pada waktu yang sama dengan orang lain di seluruh dunia..

seperti ustaz ustazah saya sentiasa cerita, Islam itu agama yang bertoleransi tapi dalam masa sama tegas untuk melakukan setiap perkara yang telah disyariatkan kepada kita..

Solat contohnya, tidak wajib kita keluar daripada dewan mesyuarat ataupun perbincangan jika azan berkumandang menyeru untuk solat..cukup untuk kita senyap dan menghormati azan tersebut..ustaz saya di matrikulasi dahulu, ketika beliau sedang bersyarah dan tiba2 kedengaran azan..beliau tutup pintu dewan kuliah supaya azan tidak kedengaran lalu sambung syarahannya..semua dilakukan kerana beliau diperuntukkan satu jam sahaja untuk bersyarah dan ketika itu adalah penting baginya untuk menyampaikan ilmunya..Lee Kuan yew harus faham perkara ni..tidak semua Muslim itu tegas dalam agamanya hingga sanggup abaikan sepenuhnya hal yang lebih penting dilakukan ketika itu..

ataupun mungkin Lee Kuan Yew ada rakan kabinet yang bila masuk waktu je, terus keluar dewan dengan alasan untuk solat..kalau begitu..janganlah judge seluruh Muslim seperti itu..

Dalam Islam juga tidak diperuntukkan untuk kita cuma mementingkan ibadat sehingga abaikan perkara perkara dunia..sebaliknya, kita harus melihat persekitaran dunia untuk meningkatkan iman dan fikiran kira kan..

i do encounter someone in campus yang menyuruh saya berlengah lengah di dunia kerana akan hidup di dunia 1000 tahun lagi tapi harus sentiasa beribadat kerana kita akan mati esok..saya diamkan aje..agaknya sebab dia amalkan perkara tu, jadik dia pun tak lulus beberapa subjek dan extend study di kampus sehinggalah saya dah grad..dia masih extend lagi..jadi..apa fungsinya ajaran Islam dalam hidupnya? adakah dia dah salah faham..?

sama seperti saudara Lee Kuan yew..beliau dan salah faham tentang apa itu Islam dan cuma nampak yang negatif sahaja..jika benar Islam itu sangatlah tegas seperti yang beliau sangkakan, lihat saja di negaranya sendiri, dengan adanya kasino..dengan kehidupan orang Muslim yang cuma minoriti, tetapi Muslim masih lagi dapat hidup dengan aman di sana..tidak pula mereka lari ke Malaysia dan terus beribadat..boleh je lagi bekerja di sana..rakyat Malaysia Muslim pun masih ada lagi yang memilih untuk bekerja di Singapura walaupun tahu Islam di sana tidak sekuat di Malaysia..

yes..i agree with him tentang kurangkan ketegasan untuk perkara2 yang boleh kita toleransi..

but i dont agree at all jika Lee Kuan yew anggap perkara yang disyariatkan dalam Islam, harus Muslim juga kurangkan..Lee Kuan yew dengan umur yang sangat panjang itu, seperti hidup dalam dunianya sendiri..tidak memerhati perkembangan Islam sejak dahulu hingga sekarang..ataupun..beliau tahu beliau sangat takut dengan Islam yang semakin maju seiring dengan ekonomi Singapura..

ataupun..beliau takut dengan Malaysia dan Indonesia yang mengamalkan ajaran Islam lebih bebas tetapi masih lagi boleh maju dan boleh bersaing dengan kuasa politiknya di Singapura..

entahlah..hanya Lee Kuan Yew yang tahu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: