2011!

tahun ni merupakan peluang kedua terakhir bagi sesiapa yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan dengan nombor yang cantik iaitu 11.11.11..tahun depan pulak..last;12.12.12! tahun 2013..dah tidak ada..hehehe..kena tunggu maybe 20.20.20..hah lantak..jauh betul tu..eh..tapi mana ada bulan 20??

saya tahun ini melihat bunga api tahun baru di pasar borong pandan saja..acara makan2 bersama famili..tapi bukan lah tunggu jam 12 pun..pergi makan jam 8 malam pun dah ada bunga api..cantik2 dan juga besar dan sangat colourful! tapi bila tiba jam 12..berlalu macam tidak ada apa2 berlaku seperti biasa..tengok tv pun sambutan tahun ini saya boleh sifatkan sebagai sangat sederhana..

tapi..majlis sambutan yang saya lihat ditaja oleh sbuah agensi swasta, dan yang menariknya..sebab dia dah taja, jadi ada satu slot untuk pengarah besar syarikat tu kot untuk menyanyi..bersungguh sungguh beliau menyanyi walaupun saya dapat rasa penonton yang datang akan rasa, “WTF?? datang nak tengok artis..bukan nak tengok orang tak dikenali menyanyi..” cuma sefahaman saya beliau merupakan ayah kepada seorang artis terkenal di malaysia..so ada kaitan juga dengan artis lah kan..hoho..

seperti biasa semua orang mengharap 2011 ni akan lebih membawa kegembiraan..tahun 2011 dalam kalendar orang cina adalah tahun arnab..hehe..arnab..gila comel! jadik semua orang hendaklah perasan comel sepanjang tahun ini ok! semua orang juga pasti berimpian untuk melalui 2011 dengan penuh ketenangan dan keharmonian..saya juga berharap sesuatu yang sama..

tapi jangan lupa..harga brang akan terus naik..tol juga akan terus naik..harga makanan dan runcit2 juga akan naik..semua benda juga akan terus menerus mengalami kenaikan..macam biasa, kita rakyat2 marhaenis ni lah yang kena “ubah cara hidup”..so..get yourself prepared for the worst..

ye lah..kita je yang tak “ubah cara hidup”..ahli2 politik tu sebab diorang ubah cara hiduplah daripada patut pakai bentley, cuma pakai camry 2.4 saja..patut pergi kursus di tempat2 peranginan luar negara..tapi kursus atau mesyuarat sekarang cuma buat di hotel palace of golden horses je..so diorang dah lama ubah cara hidup..kita je lagi yang daripada bawak kereta..patut kena jalan kaki supaya lebih sihat..yang naik kancil, kena bawak motor je..ye lah..ubah gaya hidup kan~~

kesimpulan..tak pasti jika ramai yang bersetuju dengan saya bahawa 2011 sebenarnya tidak ada apa2 perubahan ke arah yang lebih baik..semuanya menjadi seperti biasa malah lebih teruk..

just wait and see what we will encounter throughout the days in 2011..adakah mungkin,

1) gomen kenalkan minyak ron 94 yang lebih murah dan harganya cuma Rm1.80..tapi dinaikkan kepada RM1.90 selepas beberapa hari..ROn 95 pulak harga dah jadik RM2.30 sebab subsidi kena tarik..oh..jangan lupa..iklan minyak 4 bahasa, “ron94 is great for my engine..and even better for environment…”

2) pengambilalihan tol PLUS berjalan lancar..takkan ada kenaikan tol sehingga hujung tahun 2011 dan akan naik gradually selepas tu..reason, sebab nak maintanence..tapi lepas tu kenaikan harga tol ditunda sebab “kerajaan tahu masalah rakyat”..mulalah kita dapat tandas awam tol R&R serupa tandas yang tak di maintain selama 1000 tahun..

3) jambatan bengkok di johor tetap akan dibina tapi dalam masa sama penyeludup pasir (orang2 gomen jugak biasanya) tetap seludup pasir ke negara jiran..dan negara jiran tetap tambak kawasan di sekitar pelabuhan tanjung pelepas..jadi pelabuhan tanjung pelepas tak laku sebab kapal2 besar tak boleh masuk sana..jadiklah jambatan bengkok satu pembaziran walau pada asalnya merupakan 100% kelebihan kepada malaysia..

4) datuk seri anwar tunda kes liwatnya ke tahun 2020..senang..tak payah nak tunda setiap beberapa bulan sekali..bazir duit je..

5) makin banyak universiti swasta yang offer macam2 subjek tapi in the end semua subjek tu tak laku..mentaliti orang baru pula akan nampak universiti swasta tu lebih gah berbanding IPTA..agak membimbangkan..

6) SPRM tetap dengan tugasnya membanteras perasuah..tapi masih lagi dengan tugasnya membanteras perasuah musuh negara yang cuma merasuah RM100 kebawah..yang ditangkap pula cuma warga rakyat asing dan bukannya pegawai penjawat awam..tak ditangkap sebab pegawai penjawat awam bersih? alhamdulillah..

7) pasukan bola sepak kebangsaan kita menunjukkan prestasi sangat cemerlang dalam pusingan kelayakan olimpik..! road to london 2012 pasti akan berjalan lancar..cuma..jangan over expose para pemain kita..tolonglah..jangan offer mereka sertai pertandingan mari menari juga..tolong!!

8) agen2 MLM semakin giat mencari untung atas angin..”2010 lepas kau makan gaji..takkan 2011 ni kau nak makan gaji lagi..?” kata mereka..oh ya..mereka pula sebenarnya cuma seorang student yang bila ditanya kereta apa yang diorang nak beli lepas habis study adalah paling bangsat Nissan Fairlady..

9) artis2 tanah air lebih seksi dan lebih berani mati apabila bergambar atau bersuara..kita juga mungkin akan jumpa entah siapa2 yang mengaku dirinya artis sedangkan muka pun tak pernah nampak..dah lah muka tak pernah nampak..pakai pulak seksi..dah lah pakai seksi..lakonan tak seberapa..dah lah lakonan tak seberapa..tapi harta melimpah ruah..sebab harta itu semua “hasil penat lelahnya menjadi artis selama ini” dah lah cakap macam tu..tak lama lepas tu ada orang cakap dia memang ditaja oleh orang2 kenamaan..let’s say RM30k sebulan..? damn..

10) lepas diprovoke mati matian oleh negara jiran, negara kita lebih bersatu menghadapi apa2 kemungkinan..yang paling saya suka, mereka boleh buat apa je dekat kita, tapi sebab kita semua sangat profesional..kita diamkan sahaja..tak perlu buat perhimpunan depan kedutaan..tak perlu kita bakar2 bendera mereka..tak perlu sweeping mereka juga..tapi bila orang mereka ditangkap merampok, meragut, pecah rumah, merogol, kacau anak orang, kita semua tetap akan BERSATU memastikan dia dibawa ke muka pengadilan..err..tangan dan kakinya yang patah dan muka bengkak2 kena tumbuk adalah optional..

11) para ekstrimis akan terus bersedia dengan ajaran 2012 akan kiamat..tolong tarbiah mereka sikit jika jumpa di mana2 ok..

hopefully mana yang baik..terjadilah di 2011 ini..yang tidak baik..jangalah jadi langsung..most of us sangat letih dengan permainan duniawi yang tak memberi sebarang kelebihan kepada majoriti rakyat..

still..sangat berharap 2011 kita lebih diberkati..untuk lebih diberkati, kita harus pastikan apa hasil yang kita dapat adalah berkat dan suci disisiNya..amin..

2 responses to this post.

  1. like!😉

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: