apa ada dalam dunia selebriti..?

seorang selebriti or sepatutnya saya cakap seorang artis merupakan golongan yang sangat bertuah pada saya..

selain daripada dikurniakan bakat, mereka juga berpeluang merasai nikmat kemewahan yang tak semua orang boleh rasa..menarik bukan..?

tapi saya pelik..kenapa apabila seseorang manusia pada asalnya marhaenis..pada asalnya cuma seorang yang tidak ada apa2..selepas menjadi artis, hidup mereka bertukar 360 darjah..?

recently saya mengikuti cerita nabil raja lawak..kalau dah raja, mesti semua orang kenal kan..cuma juara raja lawak kumpulan Kecik sahaja yang kena letak ‘juara’ di depannya kerana saya rasa mereka tak raja pun..lawak pun pelik2 je..huhu..

anyway..saudara nabil kita ni bercinta dengan saudari irma hasmie yang saya minati..kenapa saya minat..? sebab dia comel dan nampak sweet ok~ lagipun mata dia kuyu..pipi dia chubby sikit2..senyum dia biasa2 je tapi menariklah pada saya..eh..ni nak cerita pasal nabil ke pasal irma..?

then lambat laun selepas itu..timbul cerita yang nabil akhirnya putus dengan irma..punca sebenar putus tu saya sure cuma irma sahaja yang tahu..perempuan tidak akan putus dengan lelaki tanpa sebab munasabah bukan..jadi saya rasa memang sebab tu sangat kuat..biarlah irma dan rahsianya..

pada mulanya saya fikir dunia artis bercinta dan bercerai tu perkara biasa..lihat saja fasha sandha yang gosip dia bercinta dah macam dia bercinta dengan hampir semua orang di dunia ni! n yet..beliau masih belum kahwin juga..harapnya saudara jejai boleh menjadi raja di hati fasha sandha yang pertama dan terakhir..hehe..

tapi lama kelamaan, saya menjadi obses kat kisah percintaan nabil-irma..kemudian saya google dan akhirnya banyaklah gambar orang yang sedang bercium dan dikatakan orang itu adalah nabil dan teman wanita barunya..guess what..gambar itu dikatakan dipetik di phuket ketika mereka bercuti bersama..terbaekkkkk..

stop about irma dan nabil..apa yang buat saya tertanya tanya adalah, jika nabil masih lagi seorang despatch, adakah dia akan bercuti ke phuket bersama teman wanitanya..? dan jika dia masih lagi seorang nabil yang dulu, adakah dia akan bertukar tukar pasangan kekasih..?

ada apa dalam dunia selebriti sehingga boleh mengubah seseorang sangat drastik..? adakah jurang dunia orang biasa dan artis itu sangat berbeza..? jika orang biasa..makan nasik bungkus polisterin pun tidak ada masalah..tapi bila jadik artis, makan nak kena berhidang..selamat tak mintak bersuap..memang nak kena pelempang..

jika hidup orang biasa memang seorang anak kampung yang baik tapi bila jadik artis rupanya gayboy dan sukakan parti yang ada arak dan bertukar tukar pasangan pulak tu..

pelik kan..adakah wujud seorang mahaguru serupa ayah pin yang mengajar setiap selebriti baru cara hidup sebagai seorang selebriti..? adakah tahap akal yang pendek menjadikan seseorang selebriti terlalu mengejar status dan kebebasan..? atau adakah kebanyakan selebriti kita masih tak matang.? malah menjengkelkan..?

status bukan datang daripada kemewahan yang kita miliki..status datang daripada maruah yang kita pegang sebelum kita jadi siapa kita sekarang..

tapi..kita tidak boleh bercerita tentang dunia artis 100% selagi kita tidak berada dalam dunia mereka..kita cuma boleh berharap apa yang anak2 kita baca di akhbar atau internet, tidak akan dicontohi oleh mereka..

saya inginkan artis yang sebersih nassier wahab, aaron aziz, zul huzaimy, rosyam nor..sekurang kurangnya hal peribadi mereka tidak tersebar secara meluas..jika tersebar pun, bukan yang memalukan..malah membanggakan..

mungkin juga..kerana wang..manusia boleh rosak..hmm……..

One response to this post.

  1. setuju~ sy nk jd artis di hati org trsayang~ ^^

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: