HIV test!

HIV test diwajibkan kepada semua bakal pengantin seperti saya..ujian yang diterima HANYA daripada klinik kesihatan kerajaan sahaja..klinik swasta tak kira..in case ada orang yang duit lebih, main bayar je untuk dapat result..actualy semua orang pun bakal pengantin kan tapi HIV test tu cuma valid dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis pernikahan..jadi bagi mereka yang bakal jadi pengantin pada tahun 2030, jangan membuang masa doktor ok..

saya sudah ambil HIV test pada petang tadi..cuma proses pengambilan itu pada saya merupakan pengalaman yang ganjil..cukup ganjil..

ganjil nombor 1
saya sesat untuk mencari klinik kesihatan pasir gudang..sengal tak ingat tak jimat..sedangkan hari2 pun berada di pasir gudang tu tapi masih tak tau klinik kesihatan di mana..siap berhenti tepi jalan dan call my office mate untuk bertanya..orang kata malu bertanya sesat jalan..ni saya yang tak malu bertanya pun sesat sudah..haa lantak..setelah buang masa 30 minit, tiba juga saya di klinik itu..for info, klinik kesihatan pasir gudang cuma buat HIV test pada hari selasa sahaja..klinik kesihatan masai pula hari rabu..klinik lain, tak pasti..cuma di laman web kementerian kesihatan ada list nombor telefon semua klinik kesihatan di malaysia yang boleh buat ujian HIV..so boleh telefon mereka dan bertanya..

ganjil nombor 2
angka giliran saya 2215..sekali tekan, keluar dua keping kertas nombor sama..
“2213!!!!” jerit akak di kaunter..
“2214!!!” jeritnya lagi selepas beberapa minit..
“2216!!!” jeritnya lagi selepas itu..ada makcik tua yang pergi..takpe..mungkin makcik tu dah tua..biar je dulu..
“2217!!!” ada brader mana entah..eh..aneh..
“2218!!!” ok fine..saya sendiri pergi tanya kat kaunter tu..kenapa nombor saya ter skip..

“memanglah nombor adik tak panggil..adik tak tinggalkan nombor dan kad pengenalan di kotak depan ni ha..”

patut pun keluar dua keping nombor, sekeping kena letak dalam kotak kat depan kakak tu..sekeping lagi saya pegang..hmm..agak manual lah..panggil nombor pun kena jerit..anyway, selamat nombor masih pakai mesin..

ganjil nombor 3
selepas nama saya dipanggil, kakak tu pun bertanya, “sakit apa adik arini..”

“oh..tak sakit..saya nak buat HIV test..”

kaka tu terus tersandar di kerusi..

“laa..bukan sakit? mana borang dan sampul..?”

rupanya untuk buat HIV test, tak perlu kena sediakan kad pesakit..kakak tu dah pulun daftarkan saya sebagai pesakit baru..bila dia tau saya cuma nak buat HIV test, terus dia campak kad tersebut dan terus daftarkan saya khas untuk HIV test..cis..saya mana tau HIV test ada prosedur yang lain..kakak tu tak tanya pun..

“amik borang ni..dan pergi ke bangunan depan tu..bilik nombor dua ya..”

ganjil nombor 4
di bangunan yang diarahkan..saya pegang je borang tu menunggu nama saya dipanggil..tetapi kemudian saya terfikir, kalau dah system offline..apa kejadah dia nak panggil nama saya..? takkan dia SMS nombor giliran kat pegawai perubatan dalam bilik tu kot..? saya pun jumpa kakak kaunter tadi dan tanya sama ada borang tu kena serahkan kat sapa2 ke..

“ehh..borang tu adik masukkan dalam kotak depan bilik nombor dua tadi..kan dah tulis kat borang tu..” katanya..

“kotak? takde pun kotak kat situ tadi..”

“takde??? fauzi!!!!!!!!!!! ada ke takde orang buat HIV test ni..ya allah..adik ni tunggu daripada tadi lagi!!!!”

“oh..memang takde kotak..adik ketuk je bilik tu, pass je borang tu kat doktor” kata seorang brader klinik yang saya rasa nama dia fauzi..

“bukak je?? bukan dia ada pesakit ke masa tu..?” tanya saya untuk kepastian..

“haa..takpe..bukak je..dia tau..”

saya pun berlalu dan buat seperti yang disuruh..misteri juga sebab kan ke ada pesakit sedang berurusan dengan doktor, takkan tiba2 kita nak masuk kan..bukan ke urusan dengan doktor tu privacy? buatnya mereka sedang berubat dengan cara yang patut mereka je tau? tak ke segan silu saya seumur hidup? haa..ganjil..cukup ganjil..

ganjil nombor 5
setelah tunggu beberapa minit..nombor saya dipanggil..segala susah payah urusan saya tadi, siap dalam masa kurang 5 minit..daripada cucuk hujung jari..letak atas papan test tu..tunggu kejap..keluar garisan..

“nampak satu garisan..? so awak ok..kalau dua garisan..baru cerita lain..”

“ooooooooooooooooo..” balas saya panjang..puas sebab urusan sudah selesai~

“adik umur berapa ya..?” tanya seorang misi yang lalu lalang di belakang doktor..

‘saya..? umm..25 tahun..” balas saya..

“25..?? laaaaaaaaaa..ingatkan 19!!!” bersama mata yang dibesarkan dan muka tidak percaya..ceh..saya sudah tua ok..19 tu baru je saya masuk usm..jauh gila beza!

selepas itu..borang dimasukkan dalam sampul biru khas..dilekatkan..kemudian selesai urusan HIV test yang simple tapi penuh pengalaman..hehe..

jadi kepada mereka yang akan mengambil HIV test, pastikan borang sudah diambil di pejabat agama dan pastikan ada sampul surat berwarna biru..pastikan juga anda membaca setiap papan tanda yang ada di klinik kesihatan tersebut..pastikan juga anda kena banyak bertanya kalau blur!

^^

7 responses to this post.

  1. Hehe.tu la klau kawasan dipenuh makcik2 berumur..😉

    Balas

  2. aha….the experience was similar with mine…
    klinik kesihatan kt shah alam pn taktau kt mana..kena google2 la plak pdhl dh dok s.alam tu bape lama pn tau tau dh…
    dh la pegi without tau ada hari khas je utk hiv test..sesia pegi first time…
    smpi sana…nasib baik trus nmpk label hiv test kena pegi satu bilik tu..
    tp dh smpi sana .. congok jek tggu dia pggl nombor…x de lgsg signboard arahan suruh letak borang dlm kotak dpn bilik…mana la nk tau… ada ke org lain yg tau? orang lain yg tau tu dh buat hiv test byk kali ke ek???? kawen bape kali tuh? heheh..
    mmg la pglmn…all d mess just to get married..aha..tp nk kawen jugak jugak kan?

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Oktober 15, 2010 at 11:46 am

      ehh..agaknya mmg semua klinik kesihatan mcm tu kot..style lama..haa..saya tanya juga doktor tu dah lama ke system offline..doktor tu just jawab, “huh..bagus..senyap sikit..”..means dia tak suka bunyik mesin tu panggil nombor org..n ada kemungkinan depa sndri sabotaj system tu sbb tak suka..hehe..

      Balas

  3. Posted by yus on Oktober 16, 2010 at 1:33 am

    azam.. tima kasih… sb aku baru nak pegi…. so skng aku gunakan experiance ko untuk ‘2jam’ out-going berbaloi.. hehe

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Oktober 18, 2010 at 11:27 am

      hahaha..betul2..2 jam je cukup..gedik tu ari nak half day..hehe..pastikan ckp dgn kakak kaunter tu awal2 nak buat HIV test..idak ada dia mengamuk nanti :p

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: