puisi hujan..

hujan yang menggila..
kurang mengenali hati..
hati yang memendam rasa..

tidak seperti gerimis..
lebih menjiwai manusia..
pentingkan diri sendiri jauh sekali..
setitis dua di kepala..ah..tidak terasa hingga kaki..
terus menapak meredah titisan titisan kecil kurniaan tuhan..

bersyukur..
khas untuk matahari..
yang berselindung di sebalik awan..
memberi peluang titisan titisan kecil mencecah bumi..

bersyukur..
khas untuk langit..
yang menggugurkan permata..
jika bukan kita menyukainya ketika ini..
pasti..
ada hidupan lain di dunia menyambutnya dengan gembira..

bersyukur..
apa yang turun..
cuma sekadar titisan kecil..
suci..
bersih..

pastikah kita..?
pastikah kita untuk menjadi seperti titisan hujan..?
terjun dari angkasa..tidak mengira masa..?

pastikah kita..?
hati sekental gerimis..?
mewarnai dunia dalam caranya sendiri..?

pastikah kita..?
jiwa selembut matahari..?
memberi peluang untuk sang kerdil hujan memancarkan kebolehannya..?

pastikah kita..?

bersyukurlah..

bersyukur sepenuh hati untuk maha pencipta..
akal yang dikurniakan..

menzahirkan kita sebagai seorang manusia………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: