salam aidilfitri!

post ni pasti akan bercampur baur kerana sangat banyak isu terjadi sejak hari pertama syawal lagi..

1st thing 1st..salam aidilfitri untuk semua umat islam yang menyambutnya terutama di malaysia..pasti walaupun kebelakangan ini negara kita dipenuhi ranjau dan duri, aidilfitri tetap disambut sebagai satu aktiviti yang memupuk ukhuwah sesama muslim..walaupun anak2 muda zaman sekarang tak berapa nak ambil port pasal aidilfitri ni, jadi kita lah orangnya yang perlu sentisa mengingatkan mereka bahawa aidilfitri bukan sebagai satu sambutan dan cuti..aidilfitri itu datang daripada jiwa kejayaan selepas melalui ramadhan yang penuh keberkatan~

dalam kemeriahan aidilfitri, terjadi satu kes besar selepas kes mona fandey dulu..pembunuhan datuk sosilawati, jutawan kosmetik yang sangat terkenal di negara kita..kes pembunuhan ni boleh dikategorikan sebagai high profile dan saya yakin, orang yang membunuhnya tu ada sikit sengal sebab tak kenal siapa datuk sosilawati ni..main bunuh dan rampas harta je..ingat cerita hindustan ke..diharapkan keluarga mangsa yang terlibat tabah mengharungi hidup mreka selepas ini dan mereka yang sabit kesalahan, ditoreh kaki tangan sikit2..simbah merkuri..siat kulit muka..cungkil bijik mata..patahkan tulang rusuk..cabut kuku pakai playar..pakaikan baju besi..kemudian bakar je hidup2..kerana harta, manusia boleh menjadi lebih hina daripada binatang..huh..

oh..tahniah juga untuk pasukan polis malaysia yang memang cekap..atau memang sangat sangat cekap dalam melakukan kerja mereka..diharapkan kecekapan ini berterusan supaya dapat lebih menaikkan imej polis di mata masyarakat..tahniah!

(anyway..perasan tak..polis india yang asyik pegang suspek utama tu muka dia garang betul..besar2 rambut panjang..kalau tak keluar muka dia, sure takde sapa expect dia polis..muka macam ah long..hoho..tapi bagus juga polis ada muka garang2 macam tu..baru cool~)

selain isu pembunuhan high profile ni..isu normal yang ada sepanjang musim perayaan adalah OPS SIKAP..

OPS SIKAP dilancarkan khas untuk mengawal para pemandu supaya lebih berhemah di jalan raya dan sekurang kurangnya mengurangkan kecelakaan..

saya sentiasa harap nombor kematian tu akan berkurangan setiap tahun..tapi apa yang berlaku, semakin bertambah pulak..tapi dari satu sudut, tak pernah pulak pihak berwajib ni buat satu statistik kawalan di luar musim perayaan tentang berapa banyak kemalangan jalan raya berlaku di seluruh malaysia..jadi bila kita dapat lihat di luar musim perayaan dan juga ketika musim perayaan, statistik kematian tu macam lebih kurang..jadi tak perlu bazir duit lagi buat ops sikap..tak..? menandakan nilai kemalangan dan kematian di malaysia tu berkadar terus dengan pertumbuhan semasa negara dan bukan kerana OPS SIKAP, pemandu lebih berhati hati..semua kemalangan dan kematian tu adalah nilai yang normal di malaysia setiap masa..

dalam musim2 raya ni juga..ada politik sikit tentang umno dan perkasa..pendapat peribadi saya..perkasa, hindraf, persatuan cina merupakan satu perkara yang hampir setaraf daripada segi perkauman mereka..

nak mudah cerita, senang saya samakan perkasa ini dengan pertubuhan pekida..pekida pada asasnya memang sebuah pertubuhan yang sangat disegani dan dihormati kerana perjuangan mereka..saya juga tabik spring kat pekida ni kerana ahli2 asalnya cool cool belaka..ada juga antara mereka memang ada DNA pekida dan menjadikan pekida sebagai satu cara hidup..nice isnt it..? means naluri keislaman dan moral2 yang tinggi sentiasa ada dalam diri ahli pekida yang tulen ni..bukan semua orang ada macam tu ok..so patut respect~

dan dalam kemuliaan pekida tu, sampai satu tahap..pekida ni dihancurkan oleh beberapa orang yang tak faham bahasa dan menyusahkan orang ramai..budak skin mengaku pekida..artis lelaki tindik telinga pun pekida jugak..budak2 baru naik umur belasan tahun join pekida..ada juga abang long pekida tu merupakan ketua gangster di kawasannya..bila seorang budak kena pukul, terus panggil budak2 baru naik mengaku pekida ni untuk tolong pukul semula..saya macam..wtf dengan pekida ni..? daripada dulu, ahli pekida bangga dengan kemuliaan pekida dalam keislaman dan moral..sekarang ada kebanyakan ahli pekida bangga mereka pekida semata mata kerana ada back up kuat nak buat apa2..sampaikan mungkin boleh usik anak orang..lepas tu kena marah..dah malu..panggil budak2 pekida yang lain pukul orang yang marah tu..? entah apa apa..

persamaan perkasa dalam hal ini adalah asasnya perkasa memang betul untuk memperjuangkan hak hak melayu..tapi sampai satu masa, perkasa ni hampir tak relevan kerana ahli2 ikutannya terlalu taksub dengan nama perkasa..entah2..mungkin nak memperjuangkan shopping mall khas untuk orang melayu..? koc keretapi khas melayu? bas khas untuk melayu..? dividen saham yang lebih tinggi khas untuk melayu? semua2 nya melayu..? jadi..manalah kaum lain lebih sakit hati kat melayu ni dan terus support DAP yang sentiasa dianggap membela masyarakat bukan melayu..

jadi mungkin..perkasa tidak relevan untuk memperjuangkan melayu..kita ada UMNO..so cukuplah..buat apa berpecah belah..zaman nenek moyang kita sendiri mungkin dah salah kerana kenalkan jus soli..tapi jika tidak kerana itu, negara kita mungkin tak maju..jika bukan kerana british..mungkin negara kita jadi negara komunis..melayu akan duduk kat hutan dan ceruk2 kampung sahaja macam kaum rohingya tu..mahu..? jadi terimalah hakikat dan melayu bersatulah ya..!

isu lain..hmm..iklan raya tv3 yang kelihatan terpesong tu..? 1malaysia jadik 1agama..tapi 1st thing 1st..kalau betul2 nak jadikkan 1agama, sepatutnya tv kerajaan yang buat dulu dan bukan tv swasta..jadi jangan cop kerajaan serta merta ok..kaji selidik dulu..ni main pangkah je macam takde iman..apa kata buang dulu kopiah tu dan berfikir secara lebih global baru nak pangkah bukan2..agama itu skopnya lebih luas..kerana sekeping gambar, tidak boleh nak cop keseluruhan sistem..so..please..luaskan minda ok..

diharapkan tv3 alert dengan perkara2 ni..anak muda zaman sekarang dah lah kurang kisah pasal agama..kemudian ditambah pulak dengan iklan2 terpesong macam tu..sensitif lah sikit..saya rasa ada baiknya kita selidik latar belakang pengarah itu dan latar belakang mereka yang meluluskannya..mungkin kita akan dapat jawapan lebih sempurna daripada buat tafsiran yang salah..

jadi..cukuplah beberapa isu sepanjang raya..diharapkan mereka yang bersalah, dapat disabitkan kesalahan dan menerima hukuman dunia..kepada mereka yang bersedih sepanjang syawal..tabahkan hati ya..sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmahnya walaupun kita tak merasainya sekarang..

happy syawal to all! hav ful~

One response to this post.

  1. ini serius kawan-kawan! (sila ikut melodi wonder pets..hihi)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: