sambutan kemerdekaan!

esok 31ogos..kalau 53 tahun lepas, tarikh itu merupakan hari rasmi di mana kita bebas daripada penjajahan inggeris..tahniah kepada para pemimpin ketika itu~

saya dapat rasakan saya kurang menyambut secara agresif pada 31 ogos ini..agresif means saya pergi dataran atau danga bay atau mana2 sahaja di johor ni berkumpul mengira detik waktu jam 12 tengah malam..agresif juga bermaksud saya akan melepak di kawasan2 tu sehingga lewat pagi bersama rakan2 dan mungkin layan konsert la kot..

pada kebiasaannya, saya cuma menyambut 31ogos di rumah sahaja..jika tidak menyambut di rumah pun, saya menyambut di kampus ketika waktu belajar dahulu..

anyway, in certain times, saya ada menyambut 31ogos ni dengan pelbagai aktiviti yang tersendiri..kebanyakannya ketika saya di kampuslah..kerana banyak masa dihabiskan di sana berbanding di tempat2 lain setakat hari ini..hehe..

1st celebration that i always remember is when i celebrate it on the ship called MV Fajar Samudera..kapal ini seingat saya merupakan kapal latihan bagi navy..kami as army (palapes darat) cuma tumpang sekaki je ketika navy buat latihan mereka..saya rasa sebab dulu masa aktiviti menembak di kem gurun, ada navy yang ikut..so kali ni macam give and take la kot kan..cool~ masa tu kami dapat mengikuti setiap aktviti mereka di atas kapal tu..melihat bagaimana navigation works..tau apa itu port and starboard..merasa loya apabila kapal menghempas lautan dan pelbagai lagilah..then later that night, kami adakan forum tentang kemerdekaan..i was one of the panel wakil daripada army..hoho..berkobar kobar juga bercerita..then hampir jam 12 malam..kami berkumpul di pelantar depan kapal..berdetik sahaja jam, kami terus berdoa kesejahteraan malaysia, menyanyikan lagu negaraku dan pelbagai lagu patriotik..base navy di darat pun ada melancarkan bunga api yang cantik..at that time all seems so wonderful! mungkin sebab bila saya berada dalam mode seorang askar, jiwa tu akan lebih bersifat patriotik agaknya..hehe..

atas kapal MV Fajar Samudera

saya juga ingat di mana kami sebagai palapes darat mewakili usm kampus kejuruteraan untuk menyertai pertandingan perbarisan kawad kaki untuk daerah kerian ketika hari kemerdekaan..para peserta adalah daripada pelbagai institusi dan badan beruniform..memang gila bersemangat masa tu..tambahan pula kami pakai drill boot (but askar yang ada paku2 bawah dia) so bila jalan atas tar, berbunyik sedap je..lagi2 bila jalan serentak..kami agak menjadi perhatian juga..biasalah..baju kawad memang sangat segak..haha..at that time, kami berjaya memenangi perbarisan tu..dapat bawak balik piala dan hamper rasanya..so it’s kind of nice activity to celebrate hari kemerdekaan..cuma bila cuba mengulangi kejayaan tahun depannya, kami gagal kerana tabik hormat di khemah utama tak sekata sebab speaker sangat bising, kami tak dengar suara komander..apa daa..tapi macam mana pun..kami sungguh berpuas hati pada hari itu!

purple is USM~

kemudian di hujung2 hari di kampus..saya sempat juga melakukan aktiviti bermotosikal ke autocity penang daripada kampus..cuma aktiviti ini memang tidak dirancang..tau2 dan je terus jadik..yang jadi anehnya, kami bergerak selepas jam 12..saya macam..dah lepas jam 12..apa benda nak celebratenya..? huhu..setibanya kami di auto city dalam jam 1 lebih kurang, sambutan sudah habis..stage pun dah ada brader2 yang dah cbut..bendera2 berselerakan..botol2 arak..muntah2..dressing masing2 macam aneh..tapi suasana masih lagi sangat ramai manusia..cuma..kami tak dapat tengok smbutan lah..cuma dapat tengok kesan sambutan sahaja..pusing2 serba sikit tengok orang, kami pun makan KFC..jadiklah buat geli2 aktiviti menyambut kemerdekaan pada tahun itu..cuma, pada tafsiran saya, inilah maksud kemerdekaan bagi kaum bukan melayu..hmm..

yang saya ingat sambutan di auto city adalah ketika pulang ke kampus..kawan saya mengibarkan bendera malaysia dan tiba2 hujung bendera tu masuk di celah2 rantai motor saya..menggelabah juga saya nak kawal motor ketika tu..bersyukur tidak ada korban ketika tersebut..motor pun selamat je lagi..cuma bendera malaysia tu tercarik besar..kalau orang2 BENDERA di indonesia tngok, sure saya dah di cop hero oleh mereka..

malu kerana bendera koyak..

others celebration, i dont recall much..coz as i said, much of the time juz sitting in front of TV and watching the celebration from far..

sambutan sekarang mesti kena ada konsert, mesti ada artis..nak ada ramai orang datang tengok, mesti kena panggil faizal tahir atau datuk siti..setakat panggil artis2 murah dan baru naik, ada sikit susah lah..kalau takde konsert, lagilah susah nak pastikan sambutan itu meriah kan..

now 31 ogos jatuh dalam bulan ramadhan..di seluruh johor, setiap surau dan masjid dimestikan melakukan tahlil dan doa selamat pada malam ini..saya terlintas..saya dah menyambut 31 ogos dalam pelbagai cara..dan mengapa tidak menyambut dengan cara yang lebih rasional pada malam ini..?

insaf..

p/s : selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 kepada seluruh warganegara malaysia!

anak bangsa masa depan~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: