mengapa pak jadi seperti itu..??

misteri betul la kegiatan jiran kita di seberang tu..

if ada masalah walaupun sekecil mana sekalipun, pasti akan jadi besar..jadi besar tu satu perkara, dapat sokongan beberapa media dan ahli politik pulak tu..sudahlah dapat sokongan media dan ahli politik, rakyat kita di seberang tu pun dah rasa sangat terancam sebab tidak ada siapa yang diyakini boleh membantu mereka..

sukar nak salahkan sesiapa bila pasukan BENDERA memijak bendera malaysia kerana menangkap (dan sudah dilepaskan pun) polis marin mereka..nak diikutkan gaya kita di malaysia, paling biasa pun, tv3 contohnya akan pergi ke bazar ramadhan dan interviu rakyat jelata tentang pendapat mereka tentang penahanan nelayan malaysia oleh polis marin indonesia..itu je lah pun..tapi di indonesia..siap buat demonstrasi di kedutaan lagi atas kes yang sama..sungguh berbeza ok..

pada hemat saya, perkara ni sebenarnya dimainkan oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan peribadi atas sesuatu perkara..ingat kejadian di tiananmen square di negara china satu ketika dulu..? para pelajar universiti di china ketika itu cuma mahukan pembelaan terhadap sistem pendidikan di negara mereka termasuklah makanan di kantin yang lebih baik, suasana asrama yang lebih kondusif dan juga aspek pembelajaran yang lebih sempurna..tapi sentimen itu dipermainkan oleh beberapa pihak yang cuba mengeksploitasi keadaan..maka para pelajar universiti ini daripada meminta hal berkaitan asrama dan pendidikan, bertukar menjadi ‘demokrasi’ terhadap seluruh sistem kerajaan china..sebahagian daripada pelajar itu tidak pasti pun apa itu demokrasi tapi sentimen tu berjaya diubah oleh pihak2 tertentu yang berkepentingan..

dan mungkin ini yang terjadi di indonesia..malah lebih teruk lagi apabila orang2 yang berkepentingan ni mempergunakan rakyat marhaenis dengan menubuhkan satu pakatan yang khas untuk membenci malaysia seperti BENDERA..pakatan ini pula akan di didik mempunyai cuma semangat patriotik melampau tanpa semangat kejiranan..jadi, mereka yang mengeksploitasi pakatan ini tidak perlu buat kerja lebih kerana sudah ada orang2 marhaenis yang melakukan kerja2 itu untuk mereka..tujuan..? tidak pasti..tapi sudah pasti bukan semangat nasionalisme yang mebangkitkan kemarahan mereka semua..pasti ada sebab lain juga..

menjadi sesuatu yang pelik bila kerajaan indonesia dan malaysia saling menghormati dan bertimbangrasa antara satu sama lain tetapi sebahagian rakyat indonesia tidak..

saya katakan rakyat indonesia kerana hakikat di malaysia, kita tidak suka akan pendatang indonesia yang memecah masuk rumah, merompak, merogol, mencuri, melakukan perkara2 yang jahat..dan kebencian rakyat malaysia terhadap rakyat indonesia terhenti setakat itu..bukan membenci seluruh negara..tetapi di negara indonesia, walaupun kes berkaitan polis marin tu sahajapun, dah cukup menjadikan seluruh warga malaysia dan keturunannya menjadi mangsa..

alasan bagi rakyat indonesia yang membenci malaysia ini adalah mereka mahukan kerajaan indonesia lebih tegas terhadap malaysia..

Selama ini pendirian kita sangat berlemah lembut dan bertimbangrasa apabila melibatkan hubungan antara kedua dua negara..adakah mereka mahu lihat kerajaan malaysia lebih bertegas terhadap rakyat mereka di sini..?

ada baiknya kita jemput wartawan dan media negra indonesia itu semua, datang ke malaysia dan interview kebanyakan besar rakyat indonesia yang mencari makan di sini..apakah pendapat mereka tentang keharmonian malaysia dan cuba juga tanya adakah mereka mahu pulang dan bekerja di indonesia..?

saya pasti..hampir semua jawapan mereka adalah tidak kerana malaysia merupakan lubuk duit bagi mereka..

jadi jika ingin bertegas, kita tak perlukan sweeping indonesia..cukup kita kuat kuasakan larangan mengambil para pekerja daripada indonesia bekerja di sini..adakah kerajaan indonesia sanggup menyediakan peluang pekerjaan di negara mereka sendiri untuk berjuta juta rakyat indonesia yang mencari nafkah disini..?

dan adakah sanggup melihat saudagar ayam penyet di sekitar negara ini bungkus dan menjual ayam penyet di negara mereka sendiri..ada peluangkah mereka untuk menladi lebih kaya seperti di sini..?

tepuk dada..tanya selera ya pak..

3 responses to this post.

  1. Posted by ponorogo on Ogos 30, 2010 at 9:08 pm

    tidak….jgn ayam penyet itu!!!!

    Balas

  2. apakah ayam penyet? <–menunjukkan ayam penyet tak penting dn boleh jual ayam penyet di negara sndri..hehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: