kebaikan kereta 2 pintu :P

banyak sangat bunyik bila orang cakap pasal kereta dua pintu..tak praktikal lah..tak sesuai lah..apa lah..so now i would like to list some of my ideas about kebaikan kereta dua pintu..err..most of it arguable..hwahwa..

1. tak serabut..
serabut beb pintu banyak2..nak periksa setiap satu pintu ketat ke tak..nak pastikan engsel setiap satu pintu berfungsi dengan baik..nak pastikan cermin untuk keempat empat pintu bertutup sebelum basuh kereta,,tak kira nak pastikan enjin power window berfungsi lagi..so 2 pintu..daripada dalam tempat pemandu pun dah boleh selesaikan kebanyakan masalah~

2.auto lock..
bawak masuk budak kecik yang hiperaktif tahap tak ingat dunia..? sumbat je dia kat seat belakang..tak perlu risau nak fikir, “aku dah child lock ke belum ek” “eh..tingkap dah lock belum nanti budak2 ni main..” “eh..nanti budak2 ni main engsel pintu tu macam mana..” “tingkap manual mana ada lock!!!” tak perlu risau ok..tak perlu risau..dengan kereta dua pintu..benda2 tu semuanya tak wujud!!

3. lebih mesra semangat kekeluargaan dan kekitaan..
kereta 4 pintu..4 orang..keluar pintu masing2..keluar pintu buat hal masing2..macam tidak ada apa2 berlaku..kereta 2 pintu..kena keluar ikut pintu depan..lebih mesra dan penuh gurau senda semasa nak keluar~ kemesraan tu sentiasa tertunjuk dengan kesopanan penumpang depan patahkan seat untuk bagi orang belakang keluar..semangat kekeluargaan lagi jelas bila orang di seat belakang adalah warga emas di mana orang muda akan bantu warga emas itu untuk keluar dengan penuh tanggunggjawab dan berhati hati..gurau senda seperti “ish..susahlah kereta orang bujang ni..” atau “haii..2 pintu ni leceh lah..” pasti akan disambut dengan gelak tawa ahli keluarga yang lain..haa..tuan kereta 4 pintu jeles lah tu..anak2 yang keluar daripada pintu belakang terus berlari ke rumah..takde feel man~~

4. bonet lebih besar!
semua kereta ada bonet..tapi untuk kereta dua pintu..seat belakang pun macam bonet juga..kalau kereta 4 pintu..letak barang kat seat belakang, org akan bising “letak kat bonet lah” tapi untuk kereta dua pintu..jarang sekali dengar rungutan macam tu..kalau ada barang2 di seat belakang pun, bila ada orang nak masuk, dialog biasa didengar “eh..takpe..muat je ni..” berbanding kereta 4 pintu, “barang2 ni letak bonet boleh..orang nak duduk belakang ni..” 😛

5. kurang jadi pilihan..
kurang jadi pilihan bukannya satu kelemahan ok..dengan kereta 2 pintu, mereka yang nak keluar makan tengahari bersama rakan akan melihat kereta 2 pintu sebagai last choice untuk keluar beramai ramai..bila kurang jadi pilihan, kepada pemilik yang sepp, ini merupakan satu kelebihan! iye..tak tipu punya..

6. hidup lebih bermasyarakat..
becoming a minority akan menjadikan sesuatu kelompok itu lebih berdaya saing dan bermasyarakat antara satu sama lain..hari2 kena kutuk kereta dua pintu, tapi bila jumpa rakan yang memakai kereta dua pintu yang lain sama ada di perjumpaan atau pun di bengkel, satu pertalian ikatan tu akan tiba2 muncul..bersama sama berkongsi cerita tentang kereta masing2..bercerita tentang kenapa membeli kereta dua pintu pun sudah cukup untuk membuat kawan..even rakan kereta 4 pintu pun kadang kala akan bertanya tuan kereta dua pintu soalan yang sama..bukankah suasana tu lebih harmoni..? ala2 jejak kasih jika sebenarnya mereka adalah saudara jauh yang telah lama terpisah..oh..syahdu..dan..punca pertemuan dan perbualan mereka adalah “kereta berpintu dua”..lihat..? mulia atau tidak kereta dua pintu ni..?

7. extreme modification!
kereta 4 pintu..buang seat belakang..masukkan NOS..pasang jeriji bagai..masukkan boom box..masukkan segala apa barang lagi..siap ada satu kandang untuk bela singa dalam kereta, sebahagian orang akan anggap, “eee ruginya kereta famili ubah2 untuk 2 orang je duduk..” tapi bila kereta dua pintu buat benda yang sama, orang ramai akan cakap, “alaa..kereta tu memang dua pintu kan..memang untuk dua orang je..takde masalah nak buang seat belakang pun..” jadi kereta dua pintu kurang menjadi bualan bila nak melakukan extreme modification ni..malah boleh diterima dengan mudah oleh masyarakat majmuk~

8. sifat keyakinan dan iltizam yang tinggi..
pemilik kereta dua pintu mempunyai satu sifat keyakinan yang dihasilkan otak kiri lebih tinggi daripada pemilik kenderaan lain..mereka berkeyakinan untuk memiliki kereta 2 pintu walaupun bayak orang akan bising bahawa 2 pintu tak sesuai untuk long term..mereka yakin bahawa kereta dua pintu tetap tidak akan menimbulkan masalah kepada diri mereka hatta akan datang sekalipun..semangat iltizam yang tinggi juga akan mendorong mereka cuba akan memiliki 2nd car 4 pintu untuk keluarga yang lebih besar lantas mendorong semangat mencari kekayaan lebih dan keluar daripada zon selesa yang sedia ada..nah..bukankah pemilik kereta dua pintu itu lebih bersifat mulia..? lebih mempunyai semangat juang yang lebih tinggi..? cool man~

9. lebih berjiwa remaja..
walaupun kta semakin berumur..tapi jiwa kita harus kekal remaja untuk pastikan diri dan keluarga terus memacu kehidupan yang lebih jitu dan teguh..dengan memiliki kereta dua pintu, kita akan sentiasa muda remaja walaupun umur dah sama macam nenek wook..bila kita jiwa remaja, kita akan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis untuk egala macam hal di dunia ni..pernah tengok pakcik yang tua2 dah jarang nak ambil kisah pasal hal2 dunia sekarang..? dengan memiliki kereta dua pintu, keremajaan akan terserlah..dan akan sentiasa memastikan diri brfikir sentiasa untuk kebaikan pada masa akan datang~

10. after all..tayar kereta tetap ada 4..
2 pintu ke..4 pintu ke..satu pintu je masuk kereta lalu bonet ke..tidak ada pintu langsung ke..after all, sebuah kereta tu tetap ada 4 tayar..jadi kenapa mesti pertikaikan mereka yang memiliki kereta dua pintu..? kalau tayar bocor pergi bengkel juga..kalau cermin pecah, claim insurans juga..even kalau nak tukar sport rim, ada ke sport rim khas untuk 4 pintu atau 2 pintu..? tidak ada kan..so tak perlulah pertikaian pemilikan kereta dua pintu oleh sebahagian kecil manusia di malaysia ni ok~

hoho..cukup 10..as i said..it’s arguable..and the most is just for fun ok..no offense..

tapi..saya tetap menyokong kereta dua pintu..hahaha!!

8 responses to this post.

  1. setuju….setuju….setuju……
    tapi cuma mampu pakai keta 4 pintu je……

    Balas

  2. poyo! jeles keta sy 4 pintu dan ada pemandu yg comel~~! hihihihi

    Balas

  3. Posted by Sha Sein on Jun 9, 2011 at 3:51 pm

    Sy agak setuju dgn posted di atas… Tambahan fakta : Kereta 2 pintu tak kan boleh dijadikan teksi… hahaha… LOL… 😛

    Balas

  4. Posted by akiz on April 20, 2012 at 5:33 pm

    osom!!!…..
    kereta dua pintu pun tak de….
    kereta empat pintu pun tak de…

    yang ada kereta tak de pintu..
    perminat kereta dua pintu

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: