revolutions of a words~

kalau dulu2..zaman kita punya emak dan ayah masih kecil..dunia didominasi oleh datuk2 kita ketika waktu belia mereka..

“kehadapan kakanda yang sangat dirindui..apa khabar kakanda di sana..diharapkan sihat sentiasa..sudah makankah kakanda sekeluarga..? surat ini diutus untuk memberitahu yang adinda memerlukan sedikit pertolongan daripada kakanda untuk memberi sedikit bantuan apa yang ada kerana adinda baru sahaja menimang cahaya mata bulan yang lalu..segala budi dan jasa kakanda akan adinda kenang sehingga hujung nyawa..sampaikan salam adinda kepada semua keluarga di sana..”

kemudian..tiba lah zaman masa saya kecik2 dulu..

“abang..apa khabar..? rindulah..harap sihat sahaja..abang dan yang lain dah makan belum? sebenarnya tujuan surat ni nak mintak sedikit bantuan kewangan sebab orang baru saja dapat anak sulung bulan lepas..terima kasih..kirim salam dekat yang lain ya..”

perubahan = daripada ayat skema ala p.ramlee..dah bertukar jadik lebih ringkas dan moden zaman2 tun dr mahathir..perasan tak yang mintak bantuan tu dinyatakan as kewangan sebab kena direct..kalau tak lambat sikit nak pick up apa dia..hehe..

kemudian tiba zaman lebih moden masa kehidupan saya di matriks dan early days in campus..

“abang..ape kabar? rindu..hope sihat je..abang n yang lain dah makan lom..? actualy nak mintak bantuan duit sikit..orang baru je dapat baby bulan lepas..thanks..kirim salam dekat yang lain ya! =)”

perubahan = dah moden sikit dah~~ bahasa pn dah lebih pasar daripada biasa..dah ada unsur2 bahasa inggeris sejajar dengan kemodenan dan cara pergaulan ketika itu juga..lagipun masa tu BI sangat ditekankan sebagai bahasa yang perlu dikuasai..dan..pada masa ini..smiley sudah wujud untuk menguatkan lagi apa yang dimahukan..^^

lately..zaman adik2 kita yang meningkat remaja..

“bro..how r u? dah mam lom =) hope suma shat..actualy nak mntak duit skit coz br dpt baby last month (=_=’) thanks..kem slm suma..!”

perubahan = lebih drastik..jika kita tunjuk ayat2 ni kat parents pun, diaorang sure susah nak faham..kita pun kadang2 ambil masa nak faham apa yang mereka tulis..perhatikan semuanya diringkaskan sehabis mungkin..dan tujuan surat juga sedirect yang boleh..jimatkan masa kot..hoho..

somehow..ada antara kita pun tak perasan yang cara percakapan kita sebenarnya berubah bergantung dengan keadaan semasa..dan revolusi percakapan dan penulisna ni akan terus berkembang selari dengan kemajuan dan modennya negara kit tanpa batasan..

mana tau suatu hari nanti kita akan campur2 cakap bahasa melayu inggeris cina dan india sekaligus..?

“yo ah long aa..may how how hwa..ko li kong lai lo..soru sappedek..? actualy nak mintak duit..tq..”

tak ke lagi haru kita nak extract apa kejadah yang mereka bualkan tu..

apa2 pun..kita kena sediakan diri untuk enghadap dunia anak2 atau adik2 kita yang lebih moden dan hebat ni..kita tak boleh nak paksa dia “mesti puasa!” tapi bila dia tanya kenapa, kita jawab “mesti puasa! jangan banyak cakap!” mereka adalah dunia yang penuh dengan persoalan..kit akena lebih bijak..setiap perkara yang berlau mesti ada sebab dalam kepala mereka..

bayangkan..tiba2 ada seorang adik2 kita pergi ambil wuduk dua kali..kita pun tanya dia kenapa..dia rilek je jawab,

“kalau saya batal satu wuduk..saya ada satu lagi..”

then kita nak reply apa..? takkan cuma cakap “eh..mana boleh..” or “ish..sapa ajar..?”

so..prepare ourself to the world ahead of us..kita kena bijakkan diri dalam segala macam bidang..para ustaz dan ustazah atau cikgu cikgi yang sentiasa memastikan anak murid dengar kata tanpa sebab yang jelas perlu ubah fikiran supaya tak melahirkan ekstrimis yang cuma tahu mengikut tetapi tidak cukup kemampuan untuk tahu mana yang hak dan mana yang batil..

dan sebenarnya..daripada tutur kata seseorang itu..kita dah dapat agak apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran mereka..untuk adik2 kita ni, mereka lebih ringkas..lebih brsifat terbuka..dan mungkin lebih mementingkan diri sendiri..so watch out!

maybe cukup tahun 2020, any words pun ringkas je kot,

“bro..duit..tq..”

hoho..3 patah perkataan je!! gila malas~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: