minyak naik harga…lagi..

as per expected..memang minyak akan naik harga..takkan pernah turun..tapi macam biasalah..janji kerajaan yang sentiasa cakap harga minyak malaysia adalah yang termurah di rantau ini..

mungkin kerajaan akan naikkan harga sampai cuma beza 2 3 sen je berbanding negara2 jiran kita..ok lah tu kan..? YANG TERMURAH di rantau ini even beberapa sen😛

tujuan utama adalah untuk memacu ekonomi malaysia..yes..i agreed with that..tapi apa ke bendanya memacu ekonomi kalau duit yang ada tu membazir kat benda bukan2..construction sampai 700 800 juta..? buat stadium besar2 lepas tu roboh..? buat beli balik saham pantai yang terjual tiba2 kat pelabur asing..bukan sikit..beratus ratus juta jugak yang hilang..then yang paling tak boleh diterima akal, yet orang2 kerajaan lebih suruh kita tukar cara hidup..wtf..diorang sendiri yang mengamalkan gaya hidup mewah suruh kita ubah gaya hidup..nak suruh makan dedak..?

tapi bila rakyat dah ramai2 makan dedak, harga dedak pun naik..then ada subsdi..then ditarik balik..alasan untuk memacu ekonomi negara lagi..dah dedak naik harga, rakyat beralih untuk makan rumput pulak..then harga rumput naik..subsidikan rumput tersebut..then tarik balik..cakap untuk memacu ekonomi negara lagi sekali..hah lantak..

enough said semuanya takkan ada pembaharuan..masa mula harga minyak diselaraskan, ada kita tengok pengangkutan awam lebih maju daripada sekarang..? saya concern pasal pengangkutan awam sebab saya dapat rasakan penat jerihnya mereka yang tidak ada kenderaan sendiri untuk pergi ke mana2..mereka yang belajar di kampus seluruh negara untuk pulang kampung..lagipun saya major in highway and transportation dulu so jiwa saya lebih terarah ke benda2 macam ni..hihi..

somehow..macam berantai kan..harga minyak naik..harga barang2 semua pun naik..tapi gaji takkan naik..it’s normal lah kan..ada satu pernyataan yang saya baac di surat khabar bahawa dengan kemajuan ekonomi yang dirancang, rakyat malaysa mampu berpendapatan RM3000 hingga RM5000 paling biasa..kelakar saya dengar..gaji RM3000 paling biasa, sure masa tu roti canai dah RM2 sekeping..minyak tak payah cakpalah berapa harga dia..sure lebih RM2.50 punya..then tol pun naik..semua benda pun naik..durian D24 pun mungkin RM30 sekilo paling biasa..jadik RM3000 tu mewah ke masa tersebut..? bukannya mereka tak pernah hidup zama dulu di mana gaji RM1000 tu dah cukup mewah..kata lebih makan garam kan..then why ada statement macam tu..sungguh mengecilkan hati..

then kerajaan decide untuk membuat larangan menjual minyak RON95 untuk kenderaan asing yang memasuki malaysia bermula 1 ogos 2010..

i bet..dekat2 1 ogos nanti, kerajaan akan cakap kita akan tunda larangan tu untuk mengkaji mekanisme sesuai supaya tidak membebankan para pelancong yang memasuki negara kita..kita juga akan melihat daripada segenap aspek untuk menguat kuasakan larangan itu..dengan alasan untuk kesejagatan serantau dan saling menghormati jiran2 kita..kita tunggu dan lihat k..saya harap agakan saya tak tepat tapi kalau tepat, maknanya kerajaan memang pandai bermain wayang..patut pun kalah teruk PRU 12 tu ari..lalala..

rakyat semakin bijak..yang hidup menumpang di malaysia pun dah pandai mempersoalkan hak2 mereka yang tak pernah ada..nanti bila ungkit pasal kemuliaan hati rakyat malaysia tulen memberi jus soli kepada mereka semua ni, cakap perkauman pulak..haiii entahlah..

we all live in a country where politics is everything..parti yang membawa agama islam kononnya pun dah tersasar jauh..mereka yang menyokong pun tak sedar yang mereka bersekongkol dengan parti lain yang pentingkan diri dan kaum mereka sendiri..para penyokong ini tak pernah sedar mereka sebenarnya duri dalam daging pada malaysia..tambahan pula apa parti islam ini tahu cuma, “allah akbar!’ dan baca yasin di lobi parlimen..

saya tak berapa nak kisah harga minyak naik..saya lebih berpendapat harga minyak akan sentiasa naik..so, better pandang 10 tahun ke hadapan untuk kita cuba2 hidup secara mewah sekarang..mungkin 5 6 tahun lagi, kita dah tak mampu semewah sekarang..who knows rite..saya cuma lebih suka jika saya atau rakyat2 marhaenis nampak ke mana wang yang dijimatkan itu pergi..lebih suka untuk melihat kaum2 yang kurang berkemampuan terbela fizikal dan mental..

we dont need to be a politicians to talk about anything arounds us..we do have eyes..we do have brains..so if some other people said that, ‘kau tak faham politik so jangan comment apa2..’, please..we are smarter than u expected..

2 responses to this post.

  1. Posted by ponorogo on Julai 20, 2010 at 2:05 pm

    harga minyak:
    paling murah (dalam 20-30sen seliter) di rantau ini

    gaji rakyat:
    paling murah (dalam 2-3kali ganda sebulan) di rantau ini….

    lansung x seimbang….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: