all the best~

hujung minggu saya ke uitm pahang..menghantar adik saya melanjutkan pelajarannya di sana..perjalanan daripada JB ke pahang merupakan sesuatu yang pada saya agak mencabar..lepas beberapa kes yang keluar di surat khabar (lori..langgar..kereta..remuk..meninggal..5 sekeluarga..and so on so on so on..), maka kami pun memutuskan untuk lalu haiwey dari KL sahaja..

JB ke KL..memandu pakai satu jari je..menunjukkan betapa relaxnya saya..dah lah memandu pakai satu jari, sambil memecut 160km/j, saya sempat lagi makan kacang sambil lambung2 masuk mulut..

actualy..saya tak boleh memandu lebih had laju kebangsaan (120km/j) kerana ada 3 orang pemerhati bebas lagi bertauliah dalam kereta tu sekali..my dad..my mum..dan juga adik saya..jadik semua di atas merupakan luahan hati sahaja, huhu..

di KL kami tidur semalam dan pergi pahang lepas solat jumaat straight ke rumah saudara saya di jengka..melepak di sana semalam, sabtu pagi2 tu dah bergerak ke uitm jengka..

di uitm jengka dah sibuk ramai ibu bapa yang pergi hantar anak2 mereka..saya macam biasa, memerhati gelagat orang ramai..di samping itu, saya juga memerhati gelagat pelajar2 baru ni..goyang juga iman lagi2 bila ada awek AJK tu offer saya belon yang khas untuk kanak2 sebenarnya..mungkin dia bergurau..mana mungkin saya seperti budak kecik yang tingginya tak sampai satu meter..senang je nak bezakan ok..cis..

telatah budak2 baru ni menarik juga..ada juga saya tengok pelajar kembar memakai baju kurung yang sama mendaftar sama2..comel je..ada juga yang datang macam artis..pakai kebaya..freehair..rambut karat2 sikit..pendek kata memang bersih jugalah mata saya pada hari itu..tu baru orang yang mendaftar..tak kira adik beradik perempuan mereka lagi..tak kira sedara mara..tak kira AJK a.k.a senior2 yang membantu..saya dah sehabis control hensem dah dengan harapan dapat adik angkat..hwahwa..cita cita macam bedebah..

oh..sebab adik saya perempuan..jadi kami terus ke asrama perempuan..bukan saya asyik tengok gadis2 sahaja ok..dah terpaksa~~

actualy pendaftaran sekarang dah tak macam dulu..flow dia mudah..datang..isi slip..masuk dalam kotak putih..terus naik bilik..tamat..see..mudah bukan..?? takde kena pergi dari kaunter ke kaunter..takde sibuk2 nak jalan ke hulu ke hilir..takde nak bawak duit berkepuk kepuk..semuanya simple dan teratur..

bila pelajar punya urusan pasal auku, pasal ptptn, pasal orientasi mereka, pasal everything semua tertakluk kat pelajar, jadi kami pelawat2 ni cuma duduk je kat khemah sambil tunggu..gila simple..nak ikutkan kami antar adik, dah masuk bilik boleh je balik..tp saja lepak2 dulu..memang boleh naik asrama perempuan untuk tolong angkat2 barang bagai tapi segan lah jugak..lagi2 bila ada adik beradik bilik berhampiran bertukar tukar senyuman dengan saya..maka saya lepak khemah bawah je lah sambil baca surat khabar..biarlah emak yang menguruskan semuanya~

setelah mata dicuci bersih..setelah kepala sakit2 tengok orang keliling, maka tiba lah masa untuk pulang..emak dan adik macam biasa memang mula2 sekali menitikkan air mata..bak kata emak, tak sangka anak dia cepat je besar dan sekarang dah kena belajar jauh2 pulak..ayah abang dan saya juga agak sebak sebab macam sikit berat hati nak tinggalkan anak perempuan belajar sorang2 di tempat yang jauh..tapi macam mana pun, it is a must untuk tengok dia capai cita2 yang dia nak..dan seterusnya dapat tanggung hidup dia sendiri kelak kan..

bergerak keluar daripada uitm tu..saya rasa kehilangan juga sebab siapa nak lawan saya borak2 pasal dunia..siapa pula nak teman saya tengok spongebob..pesan sya kat adik cuma satu, hati hati memilih kawan..somehow saya faham yang dia dah tahu pasal hal hal macam ni..

sometime..we shed our tears not because we wanted to..it’s simply because we really delight and happy to see others have their happiness..

n i know..my parents and my sister have their happiness both in their own way..

=)

4 responses to this post.

  1. hati-hati pilih kawan, hati-hati pilih kawan lelaki jugak.
    jgn dpt yg tdo dr matahari terbit, sampai matahari terbenam udah la.
    hehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: