prince of persia

adik : jom tgk prince of persia..?
saya : euuww..? best ke..?
adik : kawan kata best..
saya : marilah..

selepas memilih kereta untuk bergerak, memandulah saya membawa adik ke salah sebuah panggung wayang di bandaraya johor bahru ni..saya tak berapa gemar cerita ni sebab saya pernah main game dia dulu..tak berapa nak masuk dalam jiwa lah..main sikit2..then terus uninstall..so, my prediction..cerita ni mesti tak berapa saya nak layan..sama macam game dia..

perasaan tak best tu dikuatkan lagi dengan harga tiket cuma RM5..! haa..terkejut tak..tapi lepas tambah tax ke apa bagai..jadik lah RM7..bila tiket murah..di panggung nombor 2 yang besar..mesti ada yang tak kena..then bila saya tengok sangat banyak seat yang kosong..menunjukkan satu lagi petanda..haaii..tak kisahlah..nak tahu sedap ke tak..kita kena tengok sendiri la ye tak..so masuk lah kami ke dalam panggung wayang tu..

lepas masuk duduk dua jam..maka cerita pun habis..kami pun keluar..hehe..apa punya preview daa..

actualy sepanjang cerita tu sangat mendatar..plotnya juga longgar..watak2 tak berkembang dengan sempurna..watak2 hero dan heroin dan pembantu seperti raja dan abang2 nya tu ok lah juga..tapi bila dah sampai watak saudagar yang menganjurkan lumba kasawari..watak seorang negro yang hebat membaling pisau..menjadikan saya rasa cerita ni agak cacamarba..

kemudian cerita ni boleh menimbulkan sangat banyak WH-Question dalam kepala..kenapa mudah sangat hero (prince dastan) pergi ke sana ke mari sedangkan dia dalam buruan..? kenapa sebagai seorang raja..amik bulat2 cerita daripada penasihat dan tak tanya betul2 kat perisik..? kenapa bila orang jahat dah dapat dagger tu..tak disimpan elok2..letak je kat tempat asal dia tanpa pengawasan..? dan banyak lagilah yang banyak buat saya tertanya tanya..bila kita lebih banyak berfikir daripada menonton, maka cepat bosan la kan..sebab semua jawapan tu tak ada jawapan langsung..!

di hujung2 cerita..ada aksi yang sang hero bertungkus lumus nak mematahkan niat jahat sang jahat..siap terjatuh dalam perangkap la bagai tapi bila dia dah tiba selamat daripada perangkap tu..entah celah mana datang lak orang jahat cuba nak bunuh dia..tapi orang jahat tu saiko juga lah..maybe dia ada psikik ke kan..tau di mana saja sang hero ada..satu lagi yang buat saya kelakar..bila heroin cuba nak selamatkan keadaan (heroin cuba nak musnahkan dagger tu rasanya)..tapi dilambatkan dengan aksi’perasaan cinta’ dan akhirnya gagal usaha tu..nak selamatkan dunia..then terus je lah..apa ke hal pulak nak feeling2 tengah bahaya tu..huhu..

im not sure if all tu suma perasaan saya je..tapi saya memang tak berapa puas menonton cerita ni..aksi yang ditunjukkan juga memang lebih kurang sama macam dalam game dia tapi sangat sedikit..dan kurang menarik..

there’s no such, ‘waaaahhh’ or ‘gilalahhh..’ or ‘perghhhh..’ sepanjang saya menonton cerita tersebut..tengok je..dan tengok..dan tengok..dan habis..bukanlah cerita ni loser gila macam beberapa cerita melayu (cinta u-turn contohnya)..boleh je ditonton..tapi mungkin tak capai dengan apa yang saya harapkan daripada sebuah yang diadaptasikan daripada game yang penuh aksi..

nak tengok..? boleh lah sebab murah je..tapi jangan pulun bersusah payah pergi..beratur panjang2..menungu 3 4 jam..sebab saya dapat rasakan, penantian itu tidak akan berbaloi..whatever it is..this is my personal view..mana tau still ada orang kata cerita ni best kan =)

2 responses to this post.

  1. best stended budak kecik la kot…mcm ikah excited tgk citer korea sdgkan sy tak. (dulu pernah lak excited..hehe)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: