alkisah buah buahan #2

setelah sekian lama hidup secara harmoni dan semua buah buahan hidup mewah dengan wujudnya musim buah buahan itu, Sang Durian pula ingin merangka satu strategi baru..kali ini beliau mahu menjadikan musim buah buahan itu sebanyak 2 kali dalam masa satu tahun..satu perkara yang baru untuk semua buah buahan itu..

ada sebahagian buah buahan kurang bersetuju dengan idea ini kerana memang sukar untuk memaksimumkan produk untuk dua kali dalam satu tahun..ada yang berpendapat bahawa ia boleh dilaksanakan tetapi akibatnya, buah buahan yang terhasil akan menjadi kurang manis seperti biasa..

Sang Durian berpendapat tujuan untuk mewujudkan 2 musim buah buahan ini adalah untuk menjadikan negara ini sentiasa ada stok buah buahan sepanjang tahun..”by hook or by crook..beta mahukan perkara ini tetap akan terjadi!” titahnya kepada semua buah buahan lain ketika mesyuarat bulanan mereka..

Sang Mempelam dan Mangga mempunyai sedikit masalah untuk menghasilkan buah terbaik sepanjang tahun..lantas mereka sepakat tanpa pengetahuan Sang Durian untuk mengajak rakan mereka dari seberang utara untuk berbuah pada awal tahun..dan mereka pula berbuah pada hujung tahun..

arakian disebutkan kisah bahawa Sang Mempelam dan Mangga daripada seberang ini terbukti lebih manis dan mereka berjaya menambat hati semua puak manusia supaya membeli Mempelan dan Mangga daripada seberang sahaja..ini mengakibatkan produk tempatan pelam dan mangga sangat kurang dipasarkan berbanding produk seberang itu..

dalam masa yang sama, buah buahan lain juga mengajak rakan2 mereka daripada seberang untuk ‘join venture’ bersama2 menjadikan musim buah buahan 2 kali setahun sebagai satu realiti..taktik ini memakan diri mereka sendiri apabila buah buahan seberang lebih mendapat tempat berbanding mereka sendiri..perkara ini akhirnya sampai ke pengetahuan Sang Durian..

Sang Durian sangat murka kerana mereka bertindak sendirian tanpa berunding dengan Sang Durian dahulu..Sang Durian pun akhirnya berasa sangat kecewa kerana impiannya untuk mengekalkan buah buahan tempatan untuk rakyat negara ini semakin gagal..

ditambah pula dengan berita buruk bahawa Sang Durian dari negara seberang juga telah masuk di dalam pasaran negara ini kerana di ajak oleh buah buahan lain yang melihat ‘market’ di negara ini sangat baik..

ketika inilah, disebutkan dalam satu kisah bahawa banyak buah buahan bersaing dengan rakan mereka sendiri dari seberang lantas musim buah buahan semakin lama semakin hilang..

kini..buah buahan boleh didapati sepanjang tahun dan semangat musim buah buahan juga semakin terhakis dalam jiwa setiap buah buahan itu..sekarang..tiada lagi musim buah buahan yang ktia boleh lihat di mana2 pun pelusuk malaysia..jika ada buah buahan yang berbuah pun cuma beberapa jenis sahaja dan tak semuanya manis2 seperti dahulu..

begitulah tamatnya kisah musim buah buahan di malaysia..jadi kepada siapa yang tertanya tanya kenapa musim buah buahan dan tidak ada di malaysia, inilah sebahagian daripada puncanya..

😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: