alkisah buah buahan..

pada zaman dahulu..setelah bertungkus lumus berevolusi sehingga menjadikan rupanya lebih ganas daripada yang lain, Sang Durian menabalkan dirinya sebagai raja. “bukan aku yang nak jadik raja, dah puak manusia yang selalu panggil aku macam tu..no offense k” katanya kepada semua buah buahan lain..

“bila raja..mesti ada permaisuri tak gitu kawan2..? oleh sebab itu, aku mahu Sang Manggis menjadi permaisuri kerana puak manusia juga yang memanggilnya begitu..”

ada riwayat mengatakan, Sang Nenas sangat kecewa dengan pengisytiharan itu. Sang Nenas dah berusaha untuk menjadikan dirinya berduri seperti Sang Durian tetapi akhirnya gagal menjadi permaisuri..kekecewaan itu kekal sehingga rasanya juga bertukar menjadi masam dan kerana begitu terasa hati, bagi mereka yang kurang bernasib baik, makan nenas akan menjadikan lidahnya terasa pijau/lidas..

maka..beraraklah Sang Durian dan Sang Manggis ke seluruh Tanah Melayu untuk meninjau keadaan semasa..mereka tidak pernah mahu ke luar negara kerana pada mereka buah buahan tempatan sudah cukup menarik untuk dilihat..pada zaman inilah sebenarnya dah wujud slogan “cuti-cuti tanah melayu” yang dipopularkan oleh Sang Durian dan Sang Manggis yang berwawasan ini..ketika tinjauan dilakukan, Sang Durian melihat rakan2 buah yang lain begitu giat merancang jadual untuk tarikh berbuah yang baik..ada yang bercadang berbuah awal tahun, ada yang hujung tahun..ada juga yang tidak merancang untuk berbuah..Sang Durian sangat murka dengan mereka yang tidak mahu berbuah lalu mereka dipaksa juag berbuah..sebabnya adalah kerana tidak adil mereka diam sahaja tapi buah yang lain bertungkus lumus..inilah yang terjadi kepada Sang Delima..mereka tidak ikhlas berbuah sehingga sangat sukar mencari buah delima yang betul2 manis sekarang..

ada pun disebutkan juga dalam sebuah kitab yang diconteng menggunakan getah sekerap, Sang Durian berhasrat untuk memberi sedikit tanda terima kasih kepada para manusia kerana mengiktiraf sumbangan buah buahan dalam ekonomi negara..setelah puas berfikir sehingga ulas ulas buah durian di dalamnya berubah menjadi “kucing tidur”, Sang Durian berhasrat untuk memanggil mesyuarat kepada buah buahan di seluruh pelusuk negeri..

dikisahkan juga mesyuarat ini dijalankan secara tersembunyi..kadangkala kita nampak ada buah yang gugur daripada pokok tapi sebenarnya mereka sengaja gugur dan pergi meeting itu..ada juga meminta bantuan haiwan2 lain untuk dispatch mereka ke tapak mesyuarat..jangan marah bila tengok banyak buah2 rosak dimakan haiwan..sebenarnya mereka pergi mesyuarat..halalkan je lah..ada kebaikannya akan datang~

dalam mesyuarat itu, Sang Durian dipimpin oleh Sang Manggis bertitah, “beta meminta pendapat rakan2 sekalian untuk memikirkan pandangan beta ini..beta mahukan kita semua berbuah pada satu tempoh waktu yang sama sebagai tanda terima kasih kepada para manusia..rakan2 semua..setuju atau tidak..?”

buah buahan lain tidak mengambil masa lama lantas terus bersetuju dengan cadangan Sang Durian itu..Sang Durian sangan berbesar hati dan terus menjadikan tempoh berbuah serentak itu sebagai “musim buah buahan”..setiap buah buahan pula mengadjust diri masing2 supaya berbuah pada satu tempoh yang sama dengan rakan2 nya yang lain..ada disebutkan dalam satu hikayat bahawa Sang Berangan tidak bersetuju dengan perkara ini lalu membuat protes dengan memaksa dirinya sentiasa masak sepanjang tahun walaupun dengan menggunakan pasir panas..sehingga sekarang, buah berangan sahaja yang perlu dimasak dengan pasir dahulu sebelum dimakan..

dengan penubuhan “musim buah buahan” ini, maka manusia pada zaman dan ketika itu sangat gembira kerana boleh balik kampung dan menikmati pelbagai buah buahan pada masa yang sama..hasil daripada wawasan Sang Durian inilah, wujudnya karangan pelajar2 sekolah rendah dulu bertajuk, “musim buah buahan di kampung saya” ataupun wujud satu suasana harmoni yang dinikmati seluruh warga Tanah Melayu..keadaan ini kekal sehinggalah satu kejadian tak diinigini berlaku dalam komuniti buah buahan ini……..

One response to this post.

  1. apa dia kejadian tu?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: