jb-parit buntar-ipoh-jb #2

alhamdulllah..saya selamat berada di jb semula lepas satu trip yang meletihkan ke parit buntar (sebutan lidah biasa saya, parit buntar = penang)..walaupun letih tapi sangat enjoy..sangat2 enjoy!

tiba je di stesen bas parit buntar, segalanya masih lagi tidak berubah..semua masih terletak seperti itu..kaunter tiket juga tidak berubah kedudukan, cat peach di dinding dan biru di rasuk2 besi bumbung pun maintain juga la saya ingat..pagi2 jam 6 di stesen itu sangat tenang dengan kicauan burung dan pakcik india yang kerjanya menyapu itu juga masih menyapu lagi! brader kurang betul berseluar hijau yang sentiasa tersenyum itu juga ada tidur di hujung stesen..saya ingat brader tu sebab kadang2 bila kami makan di kedai makan, brader ni akan datang..senyum2 dan pau rokok barang sebatang dua daripada kawan2 saya..selagi tak bagi rokok, dia akan stay kat meja tu..sakit kepala juga..

cuma kali ini, destinasi saya tak masuk ke dalam kampus..kerana rakan2 saya yang sambung phd itu sudah duduk rumah bujang di taman perumahan biasa..pagi itu setelah tiba, letak2 barang bagai, rakan saya pun mengajak sarapan di restoran mamak paling glamer di kampus kejuruteraan usm, restoran nasi kandar riyas..hoho..terima kasih kat rashid yang menaja sarapan..

cuma restoran ini ada sedikit perubahan, semua pekerjanya haram saya tak kenal langsung..mereka juga lebih korporat dengan memakai baju kemeja yang seragam..tapi memang tak mesra langsung..buat lawak pun mereka diam je..rasa nak sungkit je hidung masing2..

hari sabtu itu habis dengan melepak seperti masa2 dahulu..tengok movie..main kad..borak2 kenangan silam..oh ye..ada juga melepak di old town white coffee..terima kasih kat awie kerana menaja minum pagi..hoho.. but somehow, gila teruja..parit buntar sudah maju! everything just soo nice..even memang lah takde aktiviti jalan2 tapi pada saya lepak2 dengan rakan yang dah lama tak jumpa tu pun dah cukup memuaskan hati dah..

then later that evening, my friend bawak pergi makan nasik kandar pulak kat perda..serius beb..bila tengok restoran mamak di jb ni, sangat takde selera nak makan nasik kandar mereka..kembang lah tekak..bukan nak sembang~ tapi bila dah tiba area penang ni..rasa nak makan tu akan sendiri timbul..jadi saya tak lepaskan peluang untuk ‘menjamah’ serba sedikit..barulah rasa lengkap bila tiba penang ni kan..hehe..thanks to my dear nani yang meluangkan masa bersama dan belanja makan..even beliau makan sikit je, huhu..

on that night, mula2 nak main futsal..tapi tak cukup korum, so gantikan dengan bersukan di pusat hiburan keluarga..karaoke je lah yang mampu..sewa bilik tu 2 jam..melalak macam tak ingat dunia..kejap jadik ramli sarip..ada yang jadik jamal abdillah..ada juga yang jadik peterpan..oh..ada juga jadi ziana zain..sapa2 je pun boleh janji lagu tu tinggi2 belaka..penutup lagu, kami ambil lagu inul..goyang inul..yeah..lagu goyang inul versi rock..kalau inul dengar, meleleh air mata dia menyesal kenapa dia tak jadik penyanyi rock sebelum join genre dangdut..lantak..terima kasih kat masrizal yang sapot sesi karaoke malam itu..

hari ahad itu, kami pun bergerak ke kampar..gerak satu kereta je tapi berhenti kejap di exit kampar tu untuk menunggu dua lagi kereta yang memang lambat tak ingat..selamat kami ni setia dan beriman orangnya, hwahwahwa..

tiba di dewan majlis..jumpa2 semua orang yang kenal..salam2 sikit..kemudian salam pengantin..kemudian ambil nasik..makan..gelak2..minum..gelak2..jalan2..gelak2 lagi..bergambar..gelak2 lagi sampai sakit rahang..lepak2..gelak2..gelak..gelak..dan gelak sampai keluar air mata, tengok2 jam dah hampir kul 4..kami jumpa semua orang sekali buat kali terakhir sebab entah bila boleh jumpa lagi..salam2..dan beransur pulang..yeah! tercapai niat saya nak jumpa mereka semua..even bukan semua sekali..tapi cukup memuaskan hati dapat jumpa setelah hampir 2 tahun tidak bersua muka~

saya gelabah juga bila nak pulang ni sebab tak beli tiket apa pun lagi..gamble je..setibanya di medan gopeng, saya cek..tiket yang ada cuma jam 8.30 malam je..rakan saya yang menemani tu pun kerut2 juga dahi sebab jam baru pukul 4 lebih..sangap juga la saya nak menunggu di medan gopeng tu..kalau ada library takpe jugak..ni duduk je kat kerusi tengok2 orang..huh..sure sangap..

the tiba-tiba, ada rakan saya telefon bertanya tiket saya pukul berapa..lepas saya cakap jam 8.30 malam, mereka pun willing untuk stay bersama sama untuk mengisi masa lapang saya..ohhh..terharu gila..!!!

petang itu kami lepak di mcd sampai jam 6 petang lebih kurang..kemudian pergi mencari masjid berhampiran untuk solat..sebab hati kami semua suci murni dan bersih lagi beriman dan dirahmati, misi mencari masjid tidak sukar..lepas solat..lepak2 jap di masjid sampai dekat2 jam 7, kami pun berpisah..satu kereta bergerak pulang direct dari masjid itu, dan rakan saya menghantar saya ke medan gopeng dan terus meneruskan perjalanannya ke kemaman..petang tu merupakan masa yang sangat sempoi pada saya..talk about everything..laughing about nothing..but still enjoy the time~

hence..i would like to thanks my best buddy, masrizal misran dan pasangan mastura ahmad (cis korang tarikh majlis sama), saudara kulert dan juga saudara awie yang sudi menemani saya pada petang itu..kalau tak, sure aku sangap beb duduk medan gopeng tu..mau suma gadis2 berhampiran menjadi mangsa godaan aku..hoho..once again, thanks a lot ya..!

thanks juga kepada saudara rashid yang sudi memberi tempat tinggal..

thanks untuk saudara amin skool polimer (banyak amin, so kena bezakan) yang belikan aku sticker usm kampus kejut..yeah..neo boleh bergaya dengan sticker usm baru~

thanks juga kat semua orang yang ada di sana masa ketika saya ada di sana juga..thanks a lot..

sampai masa jumpa lagi..n jika kalian datang jb, so bagitau je lah..akan ku hamparkan permaidani merah untuk laluan kalian tapi lepas tu lipat sendiri ah..hwahwa..

again..thanks 4 all ur time..thanks for the memories~

One response to this post.

  1. wah..sponsored memanjang ^^

    balik trus tak sihat..sbb gelak tak henti2.. hihihi

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: