‘berat hati’ pertama dalam hidup saya..

saya kurang ingat kejadian ni berlaku bila..tapi saya masih ingat yang saya masih lagi seorang kanak2 kecil yang suka kan mainan kotak dendang dan juga aktif bermain guli ketika waktu rehat di sekolah rendah..oh..kadang kala saya juga main belon acah dan pura2 pergi sembahyang zuhur dan asar tapi sebenarnya melepak sahaja di surau sebab cikgu yang paksa pergi..biasalah..budak2..sekarang dah besar ok!

at that time i realize ada satu iklan yang bertampal dengan selotep keliling di satu tiang bulat besar di sekolah saya..saya pun pergi la dekat untuk baca apa yang tertulis di kertas itu..unfortunately, saya memang tak ingat langsung dah sekarang..biasalah..dulu2 mana ada internet..kertas tampal sepah2 merupakan medium utama untuk menyampaikan maklumat..

tapi dalam belek2 tu..saya terperasan yang salah satu kawasan selotep tu terdapat satu lubang yang panjang daripada atas ke bawah..dan saya juga lihat ada seekor cicak yang mungkin beliau cuba nak menyusuri lubang tu..tapi terlekat kat selotep tersebut..!

cicak tu masih hidup lagi..saya rasa sangat kasihan dengan cicak tu..orang kata cicak ni patut dibunuh tapi entahlah..saya tak sampai hati..just bayangkan kita ambil selotep..dan kita lekat selotep tu kat atas badan cicak yang sedang merayap..cicak tu gerak2 kan badan dia cuba lepaskan diri..dengan empat2 kaki yang cuba untuk buang selotep tu daripada melekat terus atas badan dia..mulut cicak ni juga kadang kala terbuka dan tertutup..cuba nak menjerit agaknya..

terus terang saya memang rasa kesian sangat2 dan bayangkan jika saya berada di tempat cicak itu..saya cuba nak lepaskan cicak itu daripada selotep tersebut..pegang ekor..terputus pulak..then pegang kepala..tolak badan2 dia pelan2..tapi still tak boleh..sebab badan cicak tu sangat halus..kalau paksa..kulit2 dia sekali akan tanggal agaknya..dah banyak kali mencuba..akhirnya waktu rehat hampir tamat..

dan inilah..perasaan berat hati pertama yang saya ingat untuk meninggalkan cicak tersebut terus melekat dan terus bergerak gerak cuba melepaskan diri..saya rasa sangat sedih sebab tak boleh tolong..saya rasa sangat sedih sebab entah apa nasib dia..saya juga rasa sangat sedih sebab kalau saya macam cicak itu, tabahkah saya untuk menghadapai semuanya..?

sepanjang kelas petang tu, saya rasa kurang tenteram..tertanya tanya apa nasib dia..habis waktu kelas..saya bergegas ke tempat tadi..saya tengok cicak itu sudah pun mati..sama ada mati kerana hilang tenaga atau mati kerana lain, saya kuarng pasti..jauh pada saya berfikir..betapa seksanya akhir2 kehidupan dia..

esoknya saya pergi tengok lagi..dan saya tengok cicak itu sudah kering..hmm..still saya sedih sebab kalau saya pun tak nak mati dengan cara tu, apa lagi cicak tersebut..

binatang kan..tak boleh nak berfikir apa bahaya dan masalah yang ada depan mata..harapnya saya sebagai manusia ni..dapat dikurniakan akal yang panjang..mata yang jelas untuk melihat apa yang menanti di depan..at least..supaya nasib saya tak akan jadi seperti cicak itu..insya allah..

2 responses to this post.

  1. eii…! lepas pegang cicak tu basuh tangan tak?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: