lotus F1 satu pembaziran..?

tak pasti sama ada betul2 membazir ke tak..

ikut firasat saya sebagai seorang rakyat marhaenis yang suara saya takkan didengar di dewan rakyat, yang suara saya hanya dibaca dalam bentuk kertas undi, team lotus F1 memang satu pembaziran..

tujuan utama penubuhan team malaysia lotus F1 adalah untuk memperkenalkan kebolehan malaysia dalam bidang permotoran di samping memacak nama malaysia di serata pelusuk dunia..harapannya mungkin adalah sebegini,

“oh..malaysia dah mampu buat team F1..malaysia memang sebuah negara yang pesat membangun dan ekonomi yang mantap..”

tapi hakikatnya..kita masih lagi kurang membangun dengan ekonomi yang masih lagi tak seimbang..

dan bila saya sebagai rakyat malaysia..melihat semua aksi lotus f1..susah nak cakap yg team malaysia yang satu ni boleh mengharumkan nama negara..

sebabnya..? mula2 team lotus malaysia masuk padang, sibuk semua orang back up..cakap boleh bagi saingan lah..berbangga lah..apa lah..tapi bila dah 3 4 game, orang sekarang lebih menunjukkan gambar michael schumacher dan logo petronas kerana itu lebih memperkenalkan malaysia berbanding team lotus f1 malaysia..

lepas tu bila saya lihat team2 yang sama biasanya menduduki tangga bawah2 dalam ranking F1 ni, saya sendiri pun tak nak ambil kisah kat mereka..jadi..jika saya sendiri tak nak ambil kisah kat mereka yang ranking rendah2 ni..perlu ke warga dunia luar ambil kisah kat team f1 malaysia yang sentiasa duduk ranking rendah2 juga..? jadi bila orang dah tak nak ambil kisah..perlu ke kita ada kat dalam tu..?

kita sudah ada litar sepang..rasanya dah mencukupi yang kita concern tentang dunia permotoran..ramai juga orang luar kata litar sepang antara yang terbaik..dan bila f1 main di sepang, bangganya bila ada nama malaysia besar2 kat litar tu..tak cukup lagi ke..?

untuk menunjukkan yang kita juga boleh bersaing..rasanya belum tiba masa lagi..ada baiknya kita gagahkan lagi jenama proton dengan kualiti yang lebih baik berbanding proton sekarang yang kadang kala macam tangkap muat je..lepas kita dah gigihkan jenama proton..mana tau kita ada teknologi untuk enjin proton dalam f1 lak..? who knows rite..

flashing back..mula2 keluar jenama proton, saya sangat bangga..tapi kadang kala saya juga berfikir..bila kereta yang keluar tu prestasi dan kualiti boleh dipertikaikan, jadi kenapa kita nak keluarkan jugak..? adakah semata mata nak tunjuk ‘malaysia boleh’ jadi by hook by crook, kita kena keluarkan jenama sendiri walaupun tak memuaskan hati..?

as the same mcm team lotus malaysia ni..tak berbaloi semata mata nak tunjuk kat dunia yang ‘kita boleh’ kita hasilkan satu produk yang cukup2 makan je..even bila team lotus kita ni menamatkan perlumbaan tanpa eksiden dan rosak, dah jadi satu kejayaan..

hmm..bila kita berbelanja RM300-RM400 juta setahun..target kita harus lebih tinggi daripada tu..

tak dinafikan..sekarang ni masih peringkat awal..tapi jika nak cakap pasal prestasi..lotus f1 malaysia ni seakan akan tak memberi saingan..saya juga tak rasakan yang team ini juga membawa nama malaysia..saya lebih suka tertarik dekat nama ‘petronas’ yang pada saya lebih bersifatkan malaysia yang lebih global..berbanding sebuah kereta lumba yang macam tak bawak apa2 erti kat sebahagian rakyat malaysia ni..

walaubagaimanapun..saya tetap menyokong team lotus f1 malaysia tapi bukan sebab dia team malaysia..tapi semata mata kerana ada anak melayu dalam team tu..masa alex yoong main utk minardi dulu, saya juga layan gak even minardi tak berapa nak form..

jika ditanya tentang membazirnya lotus f1 malaysia ni kat tokey team ni, tentulah dia cakap tidak..tanya kat orang2 dunia permotoran juga tentulah cakap tidak..

tapi jika tanya kat orang2 kampung yg kais pagi makan pagi..tanya juga kat orang2 yang merempat di tepian jalan atau di pusat2 kebajikan, sudah tentu mereka akan kata sebaliknya..

tepuk dada tanya selera..yang kaya tu bantu2 lah yang miskin..yang miskin lak..janganlah mengharapkan yang kaya..kita duduk di malaysia yang semakin membangun..tapi kerajaan juga ingatlah..semua negara maju, taraf hidup dalam lapisan masyarakat mereka sangat berbeza..di US, ramai je orang merempat dan harapkan ihsan kerajaan..di india, dalam kekayaan dan kemajuan negaranya dengan bollywood bagai, tapi ramai je lagi rakyat dia masih sangat2 miskin..

jangan semata mata nak kejar jenama..nak kejar kemewahan..nak kejar ‘menjadi terkenal’..rakyat sendiri akan menderita..nanti mula la cakap2 sumbang..kerajaan naikkan cukai, naikkan harga minyak sebab nak cover balik kerugian dalam lotus team f1 malaysia..janganlah sampai begitu..huhu..

2 responses to this post.

  1. Posted by . diya . on April 29, 2010 at 8:37 am

    tapi .. keta tu cantek ..
    (ok .. seriously out of topic)

    perhaps, i agree with ur point !

    Balas

    • Posted by AzamHassan on April 29, 2010 at 11:09 am

      mmg cantik..ijau je..sejuk je tgk..n ada tulisan ‘visit malaysia’..tp..entahlah..lain orang lain cara kan =)

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: