nak carik apa..?

lokasi : kedai menjual barang2 persediaan perkahwinan di ayer hitam, johor..

watak : saya dan pembantu kedai..

selepas parking neo saya di bawah pokok..emak dan adik terus sahaja masuk ke kedai itu untuk membeli beberapa kelengkapan..saya sebagai seorang lelaki yang kurang mahir membeli belah terutamanya barang2 perkahwinan, melepak sahaja di tepi kereta dahulu untuk mengambl angin setelah satu jam memandu..

setelah 4 atau 5 minit..saya memutuskan untuk masuk ke kedai tersebut..ramai gila pekerja sibuk..yang menggubah lain..yang melayan pelanggan lain..yang tidur lain (tidur pun ada..penat sangat agaknya)..macam2 lah aktiviti mereka..tengok gaya, mereka semua macam baru habis spm..bagus2..pandai carik duit..

saya pun melangkah masuk ke kedai itu..cuba2 panjangkan kepala carik emak dan adik saya..blur la jugak kan sebab kedai kecik..tapi saya tak nampak pun mereka di dalam..yang ada cuma bunga..bunga..bunga..dan bunga..ada la manik sikit2..lepas tu gubahan..ah..macam2 lah..kalau kedai ni terbakar, mesti rugi dalam RM1trillion sebab barang2 dalam kedai tu banyak sangat!

dalam sibuk cari2..ada gadis pembantu ni tegur..

“ye abang..abang nak carik apa..?” sambil senyum2..

saya yang separa terkejut sebab dia datang drp belakang, tanpa fikir panjang menjawab,

“saya..umm..saya carik emak saya..”

gadis itu mengangkat kening dan terus tergelak..tersipu sipu juga saya..huhu..

“ohh ye ke..hehe..” jawabnya sambil dia pun sibuk2 panjang kepala carik emak saya..ceh..macam la dia kenal..

saya terus berjalan dan nampak emak saya sedang pilih bunga dan jawab, “haa..ada!”

gadis itu ketawa kecil..cakap, “ok..” dan senyum2 sambil berlalu pergi..

segan juga..tapi dah memang tu la saya sedang buat..cuma secara spontan, terkeluar daripada mulut..patut cakap,”oh..xde..nak tengok2 je..” tapi entahlah..gadis tu pun datang daripada belakang..agak terkejut juga lah..

habis sesi membeli..gadis itu masih tersenyum apabila tengok saya..sah..satu hari itu..ataupun minggu itu..ataupun bulan itu..kisah ini akan jadik bahan pada dia dan rakan2..

haii nasib..

2 responses to this post.

  1. Posted by . diya . on April 18, 2010 at 3:59 pm

    alah alah .. comelnye jwpn ..
    if la org jd sales girl tu .. mmg sampai bile2 pn ingat ..

    *dah gelak sakan ok bace ni .. hik hik ..

    Balas

    • Posted by AzamHassan on April 19, 2010 at 12:24 am

      haha…harapnya bukan saya sorang la mcm tu..ada 1001 org lg yg sama..so dia xdela nak igt sangat 😛

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: