hipokrit..hipokrasi..

sukar nak cerita pasal topik ni..

ada antara kita selalu cakap diri kita ni tak hipokrit bukan..?

and guess what..siapa yang gemar pakai ayat tu..? setakat pemerhatian saya, golongan artis atau selebriti yang sangat gemar mengaku diri mreka tak hipokrit..

“kami dak2 indie tak hipokrit..kalau kami hisap dadah..kami akan bagitau press kami hisap dadah..”
“saya tak hipokrit..jadi selagi tak datang seru untuk pakai tudung..saya tak pakai..buat apa pakai tudung tapi perangai teruk..?”
“saya bukan hipokrit untuk tunjuk diri saya yang sebenar..kalau cara saya pakai ini seksi..ini adalah saya..”

and so on..and so on..and so on..

jadi..adakah benar untuk menunjukkan diri kita ni tak hipokrit, jadi kita buat sesuatu ikut naluri diri sendiri semata mata..? selebriti adalah tumpuan rakyat..jadi dengan menjadikan dirinya ‘tak hipokrit’ dapat menarik lebih ramai peminat..ye ke..?

tapi..adakah benar menunjukkan diri itu tak hipokrit dengan perkara2 negatif..? pakai seksi sebab tak nak hipokrit..? apa kaitannya..??

pada saya..hipokrasi (atau hipokrit) mempunyai satu tindakan asas yang penting iaitu ‘melakukan sesuatu yang tidak menunjukkan diri kita’..but..on what certain extend untuk kita tunjuk siapa diri kita yang sebenar..? adakah perlu kita abaikan peraturan dan hukum hakam untuk pulun buktikan kita ni jujur..?

ramai orang salah faham agaknya tentang hipokrasi ini..hisap dadah contohnya, saya ada pernah terdengar di stesen televisyen seorang manusia band indie yang kata berkata lebih kurang seperti di atas tadi..tapi adakah dia sedar menyalahgunakan dadah merupakan stu kesalahan besar dalam negara kita..? jadi..kenapa perlu mengaku kat wartawan..artis lagenda kita dalam 2 3 orang tu pun mengaku ambil dadah lepas kena tangkap..sebelum tu ada ke mereka mengaku ambil dadah..?? tidak pula rasanya..

ada juga beberapa manusia yang saya jumpa dalam hidup saya yang mulut macam syaitan kutuk orang sana sini ikut suka..bila ada orang tegur, dia cakap itu adalah diri dia dan “buat apa nak hipokrit bila tak suka sesuatu then buat senyap je..hamburkan je lah..”

ada benarnya bukan..? tapi adakah manusia tu sedar yang tak semua berfikiran macam kita..dan tak semua orang akan bertindak seperti apa yang kita lakukan..jadi jika kita tak suka dengan sesuatu, tak semestinya kita boleh meluahkannya sesuka hati tanpa ambil kira perasaan orang lain..

dalam majalah juga saya ada terbaca tentang seorang manusia yang mengatakan diri dia tak hipokrit sebab tu dia tak solat n puasa sebab dia tetap dengan gaya hidup ranggi dia..’buat apa nak tunjuk baik sedangkan diri kita dah jahat..?’

sebenarnya tidak ada salah dah tidak ada siapa juga yang betul bila berbicara tentang hipokrit dan hipokrasi ni..semua orang adalah boss kepada diri sendiri..jadi setiap orang ada hak untuk apa yang dilakukan dan difikirkan tanpa ada batasan..

tapi..kita tak harus lupa sebab itulah wujudnya peraturan dalam hidup kita tak kiralah peraturan alam..peraturan negara..atau peraturan dalam agama masing2..dengan peraturan inilah kita hidup sekurang kurangnya atas satu landasan yang memuaskan hati smua pihak..

jangan anggap hipokrasi tu sebagai sesuatu yang jahat..dia jadik jahat bila ada pihak yang salah guna hipokrasi itu untuk kepentingan masing2..how on earth utk orang main bola tengah padang nak gelecek2 dan dribble tipu pemain lawan kalau takde sifat hipokrit dalam diri dia..? sudahnya..bawak bola pun nanti tegak je..takdenya nak gerak2 kaki mengaburi mata lawan~

or macam mana pulak untuk orang bisnes buat plan bisnes dia..? satu barang harga RM3..tapi bila ada hadiah percuma, harga barang tu jadik RM4..? macam mana bisnes nak menjadik kalau semua benda tu selari je..

then macam mana pulak dengan budak2 sekolah yang kena pakai seragam sekolah dia..? bukan ke hipokrasi tu yang jadikkan mereka pakai baju tu..? perasan kan sebahagian budak2 ini lepas keluar pagar je, terus salin baju lain..jadi kalau dunia tanpa hipokrasi..kalau mereka datang sekolah pakai baju macam nak gi jalan..macam mana..? hehe..

remember..hipokrit dan hipokrasi menjadi jahat bila kita sendiri yang mempergunakannya untuk kepentingan sendiri..setiap kita mungkin hipokrit..tapi hipokrit kita dibatasi dengan undang2 dan peraturan untuk sedarkan yang kita hidup bermasyarakat dan tak semua orang akan berfikiran macam kita kan..

oh ye..walau apa pun yang berlaku..kita kena sedar tujuan kita hidup..dan kita juga kena sedar yang kita hidup di dunia ini berkongsi dengan 1001 lagi jenis manusia yang kita tak jangka akan terjumpa..

being hipokrit is good..but there’s a limit..

being NOT hipokrit also is good..but not all personnel can accept it..

think..before u do something..

3 responses to this post.

  1. know what, aku pun ada terfikir exactly apa yg kamu fikir. cumanya aku tak tau how to tackle the issue as well as you said in this blog.

    perlu ke alasan tanak hipokrit tu digunakan utk halalkan benda buruk yg kita buat?

    bagi aku, itu easy way out, mindless excuse supaya org rasa bersalah utk tegur kita dr buat benda bukan2. aku cakap ‘kita’ sebab aku yakin aku pun pernah buat benda yg sama. “Why should i censor my language? I’m speaking my mind. I don’t want to be a hipocrite”

    yes, i’m guilty as charged!

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Mac 30, 2010 at 8:20 am

      oh yeah! ‘kita’ tu memang tepat..^^ might be not all speaking-our-mind due to hypocrite rite..ada kalanya kita buat sebab tu je lah cara nak sedarkan diorang~

      Balas

  2. statement biasa org ckp pada saya: “along ni mmg hipokrit la..” “kau mmg pandai eh hipokrit”

    mmg pun..sbb kebanyakan masa..walaupun segunung benci pun saya kat seseorang tu..depan dia klau boleh tak berani nak cakap benda yang leh menyinggung perasaan dia.huhu..apa blh buat..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: