panas..

sebelum ini saya jarang nak buka air cond pada waktu pagi untuk pergi kerja..tapi lately memang saya kena bukak..sangat tak selesa memandu dalam keadaan hangat..

sebelum ini saya suka usik2 embun yang akan ada atas kereta saya pagi2..tapi baru2 embun itu semua hilang..

sebelum ini juga saya rasa sangat sejuk berhadapan dengan air untuk mandi pagi..tapi baru2 ini, air itu semua sangat hangat..mandi pagi sepatutnya segar tetapi sekarang mandi pagi sekadar untuk membersihkan diri sahaja..

sama macam ketika pulang dari tempat kerja..balik penat2..tapi bila mandi..air sangat tak best..huhu..

bilik panas..ruang tamu panas..cuauca luar panas..main komputer pun panas..apa2 pun panas sekarang..huhu..

ramalan kaji cuaca kata ini semua tak akan lama..aa..aa.. (cakap stail lagu hujan bunga di kuala lumpur – ana raffali)..saya harap memang betul2 tak lama..macam dah tak tahan..hujan pun kejap2 je..kalau berterusan macam ni, ada kemungkinan cat kereta pun cepat rosak..yelah..hujan kejap..air dari atas kereta tu tak jatuh ke bawah lagi, matahari sudah naik..air + abuk + debu menghasilkan keotoran yang sangat tak cantik pada kereta..

teringin nak pergi kutub utara atau selatan..banyak ais! boleh terus je tabur jagung, kacang, sirap..cecair2 warna untuk jadikkan ABC..ohh..sedapnya..boleh juga duduk dalam igloo..boleh juga memancing ikan..main2 dengan anjing laut..dengan beruang kutub..boleh juga pakai baju tebal2..yang penting..boleh tidur dengan sangat selesa berbanding sekarang..

semoga panas ini tidak kekal lama..saya rasa semakin tidak selesa~

p/s : bersyukur juga ada panas kan..? kalau hujan je 24 jam..mulalah rindukan panas pula..manusia..memang tak pernah bersyukur..

4 responses to this post.

  1. tp air con office kami sangat sejuuuuk~~

    Balas

  2. Posted by nurul on Mac 16, 2010 at 8:58 am

    hahaha..tau pon…so bersyukur la selalu..tapi sekarang usm dh mula ujan..sangat sejuk!! sampai pasang kipas no.1 je…

    Balas

  3. dada panas kot.. =P

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: