buang bayi..

hmm..obvious kan tajuk..

tak salah saya minggu lepas ada kes buang bayi sehingga bayi malang tersebut dihurungi semut..tak pasti sama ada bayi tersebut ditinggalkan hidup dan meninggal ketika dihurungi semut ataupun sebaliknya..

kemudian baru2 ini ada pula bayi yang dibuang ke dalam tong sampah dan kemudian dibakar! masih lagi tak dapat dipastikan sama ada bayi tersebut telah meninggal sebelum dibakar..ataupun..nauzubillah..masih hidup ketika dibakar..hmm..semoga bayi itu tidak begitu tersiksa dalam apa cara sekalipun..

hmm..menakutkanlah zaman sekarang..remaja belasan tahun pun dah pandai mengedar dadah..dah pandai curik motor, menyamun, merompak..nak kata mereka terpengaruh dengan cerita p.ramlee dulu2 anakku sazali, entah2 mereka tak pernah pun tengok cerita tu..puncanya daripada mana ye..?

ada kemungkinan kita tak boleh tackle jiwa remaja zaman sekarang dengan cara dahulu..kalau dahulu, parents serah dekat cikgu untuk didik anak2 dia..tapi sekarang bila cikgu ambil tindakan, parents pulak bising..”aku pun tak pernah naik tangan kat anak aku..apa hak kau nak lempang anak aku ni.?”

tapi entahlah..nak salahkan siapa pun saya kurang jelas..cuma bila fikir balik, macam mana remaja belasan tahun ni masih boleh berkeliaran di bandaraya atau melepak di mana2 selepas jam 10 malam..? parents mereka tak ambil kisah..? if not..in certain cases, penjaga mereka pun tak ambil kisah..?

ada certain polls yang menunjukkan bahawa parents sendiri yang salah dalam perkara macam ni..ini kerana parents yang mula2 sekali berada dengan remaja tersebut..dalam peringkat awal, sepatutnya parents boleh kawal pergerakan anak mereka, mendidik jiwa, kenalpasti jenis rakan2 mereka yang bagaimana..bila parents/penjaga abaikan perkara ni, jadi liarlah remaja2 tersebut..

next idea is pengruh rakan sebaya..berapa ramai yang kita baca or terdengar or lihat mana2, ayah seorang yang sangat baik, alim..tapi perangai anak macam haram jadah..mungkin remaja ini rasa terkongkong atau terlalu dikongkong oleh parents mereka sehingga tiba2 dapat kebebasan, terus sahaja lupa dunia..pernah dengar kan ada beberapa rakan kita yang couple atau bercinta secara senyap2 sebab takut parents mereka tahu..semuanya mungkin menuju ke arah punca pengruh rakan sebaya ni..jika remaja ni jumpa rakan yang baik, jadi perangai nya juga mungkin akan baik la kot kan..

atau mungkin apa yang terjadi tu memang ada dalam jiwa mereka..parents nasihat macam nak mati, tak pernah nak ambil tahu, ada rakan2 yang baik nasihat pun siap boleh cakap, ‘dunia kau..kau punya..dunia aku..aku sendiri..kau jangan sibuk..’ jadi hiduplah mereka ni dalam dunia sendiri..

kesimpulannya..pada saya..perkara2 negatif seperti buang bayi itu tadi berpunca daripada akal yang tidak dibentuk dengan sempurna bukan sahaja oleh parents tetapi diri mereka sendiri..ramai remaja sekarang lebih suka berseronok daripada mengetahui kesan sesuatu perkara..lebih suka merempit macam hebat tetapi tak fikir kesan jika mereka eksiden..

guess what..sebahagian remaja belasan tahun yang ada sekarang, lebih cenderung memilih boyfriend/girlfriend yang cool berbanding tahap IQ mereka, hehe..a true story that i heard that ada seorang girl age 17 love her bf so much even dia tau bf dia memang panas baran punya manusia dan seorang peminum arak..girl ni suka sebab dia rasa bf dia cool..badan ala sedap2 dan agak kacak..sebab tu sahaja..

it all goes all around..dari mata turun ke hati..tapi dari hati mesti akan naik balik ke akal..nafsu semata mata tak boleh nak jamin ke mana kita selepas ini..tapi jika dikawal dengan akal, kita tahu kemana hala tuju yang paling baik dalam hidup kita ni..

kes buang bayi or whatsoever tak akan selesai..malaysia ada 25juta rakyat yang hidup dalam pelbagai lapisan dan mempunyai pelbagai jenis fikiran dan keadaan..maybe gomen perlu tackle the core of this issue drpd nak suruh orang kerja 24 jam memantau pergerakan remaja2 kita yang melata tak tentu hala kat dunia malaysia ni..cukuplah untuk mula2 ni, bagi penerangan dengan jelas yang masih ramai lagi orang di luar sana yang memerlukan bayi daripada buang begitu sahaja..

heh..mampukah gomen..? setakat nak sembang mampulah..nak kuatkuasakan..? nanti masing2 tolak tanggungjawab tu sesama sendiri..apa daa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: