manusia macam macam..

balik sahaja dari tempat kerja, saya terus cergas rempit neo saya untuk pergi ke tesco di sebelah jusco tebrau..the idea is saya nak membeli belah di tesco tu kejap..beli makanan kucing, air peel fresh ke..coklat2 sikit..mister potato dan beberapa barang lain lagi..kemudian saya akan berjalan kaki ke jusco bersebelahan untuk ushar kedai handset nokia..saya nak tanya sama ada dia masih nak treat tak handset yang dah abis warranty..

lepas parking, saya cadang nak ke jusco dulu..baru2 sahaja keluar kereta, jalan dalam 7 8 langkah, ada seorang brader yang menyapa saya..

“bang..sorilah bang..saya malu tp terpaksa..abang ada 6 ringgit tak..? motor saya rosak kat shell sebelah tu n ni nak balik dah takde duit..mintak abang dapat bagi sikit utk saya..sorilah bang, saya malu sebenarnya..”

gaya brader tu mmg kusut..n kebetulan memang ada shell kat sebelah tesco tu..mungkin ok lah kot..kesian juga tengokkan..then saya seluk poket dan hulurkan dia duit RM5 sekeping dan minta diri..tapi yang buat saya rasa nak tanduk dada dia bila dia kata,

“bang..lagi singgit jadik 6 ringgit bang..tolonglah bang..saya malu ni..”

wah..cantik kau punya banyak! (quote taken from my fren suzalina) kata saya dalam hati..aku dah bagi kau 5 inggit tu dah cukup baik then boleh pulak mintak2 lg..bangsat anak beranak..tapi takpe..saya cakap, “xpelah bang saya nak cepat ni” dan terus beredar..tapiiiii…sy pura2 nak masuk tesco, in fact saya tengok dia dari jauh dan follow dia dari belakang..dia menghala ke arah jusco..saya ikut dia sampai dia macam nak naik kat car park jusco tebrau..kemudian saya jerit..at this part..saya dah mula ilang sabar..

“bro..kau kata motor kau rosak kat shell sini kan..? mana motornya? meh la aku tengok2 kan..”

“eh..motor tu jauh bang..takpelah bang..jauh motor tu..”

“jauh xpelah..aku leh je jalan..kau pn jalan ke sini kan..aku panggil pomen kawan aku k..motor kau mana..?” saya ugut dia sikit2..

“eh..jauh bang..bukan shell sini..xpelah bang..”

“jauh apa..?? kau kata shell sini..ni jauh pulak..motor kau mana sebenarnya..?? ada ke tak motor tu..?? kau jangan main2..” kata saya sambil jari dah ada depan muka dia..geram betul rasa..

“dah la bang..abg kalau tak nak tolong saya sudahlah..abg amik la balik 5 ringgit ni..saya ada banyak lagi benda nak fikir..” katanya sambil hulurkan balik duit tu kat saya..pergghh..agak kurang ajar..

“bukan aku tak nak tolong kau sial..kau cakap motor kau rosak..mana dia..kau cakap elok2 la..ni nak tipu2 orang..kau ingat berkat ke semua benda tu..celaka..”

“dah la bang..abg amik balik la 5 ringgit ni..saya ada byk benda lg nak fikir..”

saya rampas balik 5 ringgit tu..carut2 sikit serba ringan sambil ikut dia dari belakang..tp manusia tu jalan je laju2 kedepan buat dek je..saya ikut dia sampai dalam jusco..sampai satu simpang tu..dia belok dan bila saya try tgk balik dia dah hilang..

memang dasar jantan tak guna..sihat tubuh badan..akal pun ada sikit2..kerja lah..dasar pemalas..hisap dadah agaknya..

bangsat anak beranak..entah berapa ramai yang jadik mangsanya kat sana..beware kat sapa2 yang pergi jusco/tesco tebrau..if jumpa orang macam ni..jangan terus bagi duit..tanya je macam2..kalau bagi pun..lepas tu ikut je dia..paling baik, jumpakan dia dengan polis bantuan yang ada..saya sangat menyampah orang macam ni..kesian tu kesian..tapi…haiiii..entahlah..

Advertisements

4 responses to this post.

  1. owh..azam…beraninye awak berbuat begitu..orang begitu boleh buat ape2 je tau utk memenuhi keinginan mereka..termasuk meragut..huhuhu

    awak kene lebih berhati2 selepas ini~

    Balas

  2. azam ni kdg berani, berani sgt pulak..ades…

    Balas

  3. memang dalam dunia ada macam karenah manusia menipu untuk hidup sma dengan pemimpin sekarang aku tak kata bn itu baik atau pr baik sebab kita tak tahu apa yang berlaku dihadapan ttp perjuangan pemimpin sekarang lebih kepada perjuangan atas kepentingan individu itu kapitalis namaya.Melayu semakin terpinggir kerana pemimpinnya yang mengaku Islam tetapi menipu perasuah dsbnya perkara lain yang lebih munafik dilakukan mcm mana bangsa lain nak respek nbangsa melayu?

    Balas

    • Posted by AzamHassan on Februari 1, 2010 at 9:49 pm

      xpela bro fariz..kita rakyat2 biasa ni klu xmampu nak buat apa2, menidakkan dalam hati ajelah..suma melayu nak buat parti, suma melayu ada kpentingan masing2..sanggup jual pasir jual minyak ke negara jiran..tu pun dah cukup menjual maruah sendiri dah..

      jgn risau..suma yg jahat2 satu hari akan terkena jugak..doakan je lah kesejahteraan malaysia ni ye bro =D

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: